Category  |  Pedoman Harian

Seandainya Aku Tahu ...

Saya mendengar sebuah lagu berjudul “Dear Younger Me” ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Seni kata lagunya berbunyi: Seandainya kamu boleh kembali ke masa silam, apa yang akan kamu katakan kepada dirimu yang muda, setelah mengetahui apa yang kamu ketahui sekarang? Saya mendengar lagu itu sambil merenungkan kata-kata hikmah dan amaran yang saya mungkin akan berikan kepada diri sendiri ketika masih orang muda yang naif. Pada peringkat yang tertentu dalam hidup kita, kebanyakan kita pernah berfikir bahawa alangkah baiknya jika hidup kita berpeluang kembali ke saat mula-mula—mungkin hidup kita akan berbeza daripada masa sekarang.

Kita Diperhatikan-Nya

Anak perempuan Betty pulang ke rumah dalam keadaan sakit selepas satu perjalanan ke luar negara. Apabila dia tidak dapat menahan kesakitannya lagi, Betty dan suaminya terus membawa dia pergi ke wad kecemasan. Para doktor dan jururawat pun menjalankan rawatan dengan segera. Selepas beberapa jam, salah seorang jururawat memberitahu Betty, “Anak anda akan okey! Kami akan menjaga dia dengan baik agar dia boleh sembuh sepenuhnya.” Pada saat itu, Betty berasa hatinya dipenuhi ketenangan dan kasih. Dia sedar bahawa sedangkan dia hanya boleh menemani anak perempuannya dengan kebimbangan, Tuhan adalah ibu bapa yang sempurna. Dia akan menjaga anak-anak-Nya dan menghiburkan kita pada masa kesusahan kita.

Gangguan Ilahi

Para pakar berpendapat bahawa kebanyakan masa dalam kehidupan harian kita dipenuhi dengan ganguan. Umpamanya panggilan telefon atau kedatangan seseorang yang tidak dijadualkan terlebih dahulu sering mengalihkan perhatian kita daripada rancangan asal kita.

Di Bawah Naungan Sayap-Nya

Marc masih ingat suatu masa ketika dia masih kecil, bapanya mengumpulkan keluarga mereka dan memberitahu mereka bahawa kereta mereka sudah rosak dan mereka akan kehabisan wang pada penghujung bulan. Namun dalam keadaan sedemikian, bapanya berhenti sejenak dan berdoa. Kemudian dia meminta semua ahli keluarga menantikan jawapan Tuhan.

Rakan Doa Yang Sempurna

Suara doa syafaat daripada seseorang yang mengasihi kita adalah suatu bunyi yang sungguh indah. Apabila seorang kawan berdoa bagi pihak kita dalam nada yang penuh belas kasihan serta diberikan ilham daripada Tuhan, ia seolah-olah Tuhan bercakap kepada kita secara langsung.

Pertumbuhan Mengambil Masa

Pada hari pertamanya di tadika, Charlotte disuruh melukis potretnya sendiri. Dia telah melukis satu bulatan untuk tubuh yang ringkas dengan kepala yang bujur, dan dua biji mata yang bulat. Pada hari terakhirnya di sekolah tadika, Charlotte disuruh lagi untuk melukis potretnya. Kali ini, dia melukis seorang budak perempuan yang memakai baju yang berwarna-warni, senyuman yang cantik pada wajah serta rambut panjang berwarna merah yang mengurai. Tugasan yang mudah ini telah digunakan oleh sekolah tersebut untuk menunjukkan pengaruh masa atas tahap kematangan seseorang.

Baru: Luar Dan Dalam

Beberapa tahun yang lalu seorang penerbit telah membuat satu kesilapan besar. Sebuah buku telah berada di pasaran untuk beberapa tahun, jadi tiba masanya untuk membuat perubahan. Maka pengarang itu pun menulis semula buku tersebut untuk membuatnya relevan dengan aliran zaman. Namun apabila edisi semakan ini diterbitkan, mereka menemui masalah. Rupanya penerbit itu telah memberikan kulit buku baharu yang sangat baik pada buku tersebut tetapi memasukkan isi kandungan yang lama.

Iman Yang Segar

Ketika anak lelaki kami bergelut dengan ketagihan heroin, jika anda memberitahu saya bahawa suatu hari nanti Tuhan akan menggunakan pengalaman kami ini untuk menggalakkan keluarga lain yang menghadapi pergelutan yang sama, saya sukar untuk mempercayainya. Tuhan mempunyai cara untuk membawa keluar kebaikan melalui keadaan-keadaan yang sukar, yang selalunya tidak mudah dikesan apabila anda sedang melaluinya.

Hari Yang Tidak Dapat Berdoa

Pada bulan November 2015, saya diberitahu bahawa saya perlu menjalani pembedahan jantung. Dengan perasaan terkejut dan sedikit gentar, frasa “saya akan mati” telah terlintas dalam fikiran saya. Adakah sebarang hubungan yang perlu saya perbaiki? Adakah hal-hal kewangan yang perlu saya selesaikan untuk keluarga saya? Adakah kerja-kerja yang boleh dilakukan terlebih dahulu? Bagaimana dengan tugas-tugas yang tidak boleh ditangguh; siapakah yang boleh saya serahkan tugas itu? Inilah masa saya perlu mengambil tindakan dan berdoa.