Memerhatikan Konduktor Orkestra
Joshua Bell, seorang pemain violin yang terkenal di dunia, mempunyai cara yang luar biasa dalam memimpin Akademi St. Martin di Fields, orkestra muzik kamar yang terdiri daripada 44 anggota. Tanpa melambai baton, dia mampu memberi arahan kepada seluruh anggotanya sambil memainkan violin berjenama Stradivarius dengan para pemain violin yang lain. Bell memberitahu Radio Awam Colorado bahawa, “Walaupun ketika saya memainkan violin, saya boleh memberi mereka semua jenis arahan dan isyarat yang saya rasa hanya mereka dapat memahami pada saat ini. Mereka mengetahuinya berdasarkan setiap kecondongankecil pada violin saya, atau ketika saya mengangkat kening, atau cara saya menggesek violin. Mereka mengetahui bunyi yang saya cari daripada keseluruhan orkestra.”
Mengalihkan Halangan
Saya berjumpa Mary pada setiap hari Selasa ketika saya menziarahi “Rumah Itu”—sebuah pusat yang membantu bekas banduan untuk berhubung semula dengan masyarakat. Hidup saya kelihatan berbeza daripada kehidupannya yang: baru keluar dari penjara, melawan ketagihan, terpisah daripada anak lelakinya. Mungkin anda boleh berkata bahawa dia tinggal di pinggir masyarakat.
Mengendalikan Kemarahan
Semasa makan malam dengan kawan saya, dia meluahkan perasaan radangnya terhadap salah seorang ahli keluarganya. Namun dia enggan menegur orang tersebut mengenai tabiat buruknya yang mengabaikan atau memperolok-olokkannya. Ketika dia cuba bersemuka dengannya mengenai masalah ini, orang tersebut menjawab dengan kata-kata menyindir. Hal ini mengakibatkan meletusnya perasaan marah yang teramat sangat terhadap orang itu. Kedua-dua pihak saling mempertahankan diri sehingga perselisihan dalam keluarga itu kian melebar.
Siapakah Nama Bapa Anda?
Apabila saya membeli telefon bimbit di Timur Tengah, saya ditanya soalan-soalan biasa: nama, kewarganegaraan dan alamat. Tetapi semasa kerani itu sedang mengisi borang itu, dia bertanya, “Siapakah nama bapa anda?” Soalan itu mengejutkan saya, dan saya tertanya-tanya kepentingan soalan itu. Sebenarnya nama bapa saya tidak penting dalam budaya saya, tetapi ia diperlukan untuk menentukan pengenalan saya di negara tersebut. Dalam kebudayaan tertentu, keturunan adalah mustahak.
Kita Mempunyai Seorang Raja!
Setelah menyerang suami aku dengan kata-kata yang melukakan apabila keadaan tidak mengikut kehendak saya, saya menolak kuasa Roh Kudus semasa Dia mengingatkan saya akan ayat-ayat Alkitab yang mendedahkan perangai berdosa saya. Adakah berbaloi untuk memusnahkan perkahwinan saya atau tidak mematuhi Tuhan kerana ingin mempertahankan kedegilan saya? Tentulah tidak. Tetapi, sehingga tiba masanya saya meminta ampun daripada Tuhan dan suami saya, saya telah meninggalkan satu olakan kecederaan bagi orang di sekeliling saya—akibat daripada mengabaikan nasihat bijak dan menjalani kehidupan yang seolah-olah saya tidak perlu bertanggungjawab kepada sesiapa pun kecuali saya sendiri.
Berhenti Sebentar
Dalam satu perbincangan mengenai wayang trilogi, The Lord of the Rings, seorang anak remaja berkata bahawa dia lebih suka cerita-ceritanya dalam buku dan bukan wayang tersebut. Apabila ditanya sebabnya, remaja itu menjawab, “Dengan membaca sebuah buku, saya boleh “tinggal” dalam cerita seberapa lama yang saya suka.” Rupa-rupanya orang lain adalah betul apabila mengatakan bahawa buku “berkuasa” untuk menarik kita terus membacanya dan leka dalam cerita-ceritanya, terutamanya Alkitab.
Mengambil Langkah Pertama
Tham Dashu merasai kekosongan dalam kehidupannya. Jadi dia mulai pergi ke gereja-gereja yang juga dihadiri oleh anak perempuannya. Akan tetapi, mereka tidak pernah pergi bersama-sama. Rupa-rupanya dia telah menyinggung perasaan anak perempuannya pada masa lalu, hal ini pun telah merenggangkan perhubungan mereka. Jadi, Tham akan menyelinap ke dalam gereja apabila nyanyian pujian bermula, kemudian dia akan meninggalkan gereja dengan pantas selepas ibadat berakhir.
Maha Esa Yang Memahami
John Babler ialah paderi bagi jabatan polis dan bomba dalam komunitinya di Texas, Amerika Syarikat. Semasa cuti sabatikal selama 22 minggu daripada kerjanya, dia menjalani latihan akademi polis supaya dia boleh lebih memahami situasi yang dihadapi oleh pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang. Melalui masa latihan bersama dengan kadet-kadet yang lain dan mempelajari cabaran yang gigih dalam profesion itu, Babler mempelajari kerendahan hati dan empati yang baharu. Pada masa akan datang, dia berharap menjadi lebih berkesan apabila dia menasihati pegawai polis yang bergelut dengan desakan tekanan, keletihan dan kehilangan.
Menulis Surat
Ibu saya dan saudari-saudarinya masih melibatkan diri dalam suatu karya kesenian yang kian pupus, iaitu menulis surat. Setiap minggu mereka akan saling mengirimkan surat dengan begitu kerap sehingga penghantar surat mereka berasa risau sekiranya dia tiada surat yang harus dihantar kepada mereka! Surat-surat mereka begitu penuh dengan kisah-kisah kehidupan, kegembiraan dan suka duka, serta kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian bersama keluarga dan kawan-kawan mereka.