Keindahan Sinar Tuhan
Pulau Lord Howe yang terletak di persisiran pantai timur Australia, adalah sebuah syurga kecil yang berpasir putih dengan air lautnya yang jernih. Ketika saya mengunjunginya beberapa tahun yang lalu, saya benar-benar kagum dengan keindahannya. Di situ, para pengunjung boleh berenang bersama dengan penyu dan ikan, sementara belodok karang bergerak mengikut arus lautan sambil memancarkan warna-warna neon seumpama sebuah papan iklan. Di dalam lagun lautan itu saya melihat terumbu karang yang penuh dengan ikan yang berwarna oren cerah dan ikan bagang yang bergaris kuning meluru ke arah saya untuk mencium tangan saya. Dengan diliputi keindahan seperti itu, saya tidak dapat berkata apa-apa selain menyembah Tuhan.
Dibersihkan
Ketika saya membuka mesin pembasuh pinggan mangkuk, saya berasa hairan tentang apa yang telah berlaku. Saya mendapati bukan sahaja pinggan dan gelas yang dimasukkan ke dalam mesin itu tidak bersih, tetapi semuanya dipenuhi dengan debu putih. Saya tertanya-tanya ini mungkin disebabkan oleh kualiti air di kawasan kami, ataupun disebabkan oleh kerosakan mesin tersebut.
Berbuah Lebat
Semasa musim bunga dan musim panas, saya mengagumi buah yang membesar di halaman rumah jiran kami. Pokok anggur yang diusahakan mereka menjalar meliputi pagar yang kami berkongsi untuk menghasilkan gugusan-gugusan buah anggur yang besar. Ranting-ranting yang dipenuhi dengan plum berwarna ungu dan oren meruntai pada kedudukan yang boleh kami jangkau.
Memberikan Perhatian
John Newton menulis, “Jikalau, ketika saya pulang ke rumah, seorang kanak-kanak tercicir setengah peni, dan jikalau dengan memberikannya setengah peni akan menghapuskan air matanya, maka saya rasa bahawa saya telah melakukan perkara baik. Saya seharusnya berasa bangga kerana dapat melakukan perkara yang lebih besar; tetapi saya tidak akan mengetepikan perkara kecil ini.
Pencarian Yang Tulus
Setiap hari Sabtu, keluarga saya akan berada di akhir garisan penamat untuk memberikan sorakan kepada anak perempuan saya ketika dia menyertai kumpulan larian merentas desa di sekolah tingginya. Selepas melepasi garisan penamat, para atlet akan bergabung semula dengan rakan sepasukan, jurulatih dan ibu bapa mereka. Orang ramai juga akan mengerumuni para atlet yang biasanya terdiri lebih daripada 300 orang. Ini menyukarkan kita untuk mencari seseorang di kalangan orang ramai itu. Kami mencari-cari antara orang ramai dengan perasaan yang sangat gembira sehingga kami melihat anak kami. Dengan tidak sabar kami ingin memeluk dia, satu-satunya atlet yang kami datang semata-mata untuk menyokong dia: anak perempuan kami yang tersayang.
Ular dan Basikal Tiga Roda
Bertahun-tahun lamanya, saya berulang-kali menceritakan sebuah kisah lama di Ghana ketika saya dan adik saya masih kecil. Saya masih ingat, adik telah meletakkan basikal lama kami yang beroda tiga di atas seekor ular tedung kecil. Basikal itu terlalu berat bagi ular itu sehingga ia terus terperangkap di bawah hadapan roda basikal.
Tergoda
Pada musim panas 2016, anak buah perempuan saya meyakinkan saya untuk bermain Pokémon Go—satu permainan yang dimainkan dalam telefon pintar, dengan menggunakan kamera telefon. Matlamat permainan itu adalah menangkap makhluk kecil yang dipanggil Pokémon. Jika seekor Pokémon muncul dalam permainan tersebut, maka sebuah bola berwarna merah dan putih juga akan muncul pada skrin telefon. Untuk menangkap seekor Pokémon, pemain harus melemparkan bola ke arahnya dengan gerakan satu jari. Bagaimanapun, Pokémon akan lebih mudah ditangkap dengan cara yang menarik perhatian mereka, iaitu melalui teknik godaan.
Kepentingan Orang Lain
Rakan saya Jaime bekerja di sebuah syarikat antarabangsa yang besar. Ketika dia mula bekerja dengan syarikat itu, seorang lelaki datang kepadanya dan bertanya tentang tugasnya di situ. Selepas memberitahu lelaki tersebut mengenai kerjanya, Jamie bertanyakan nama lelaki itu. “Nama saya Rich,” jawabnya.
Kesalahan Kita Dihapuskan
Ketika saya masih seorang budak perempuan, saya mengajak seorang rakan pergi melihat-lihat di sebuah kedai hadiah yang berdekatan dengan rumah saya. Bagaimanapun, dia memeranjatkan saya kerana dia memasukkan segenggam penyepit rambut berwarna-warni yang berbentuk krayon ke dalam poket saya, lalu menarik saya cepat-cepat keluar dari kedai itu tanpa membuat pembayaran. Kesalahan itu telah menyeksa saya selama seminggu sebelum saya memberitahu ibu saya—dan ketika saya membuat mengaku kesalahan kepadanya, air mata saya pun tercucur.