Semua Manfaat-Nya
Kesukaran yang berlaku berulang-ulang dalam kehidupan sering menyebabkan kita memfokuskan apa yang kita perlukan pada masa itu, sehingga kita melupakan apa yang kita sudah miliki. Saya diingatkan akan hal itu apabila koir gereja kami menyanyikan lagu yang indah berdasarkan Mazmur 103. “Pujilah TUHAN, hai jiwaku, dan janganlah lupa akan kebaikan-Nya” (ayat 2). Tuhan adalah pengampun, penyembuh, penebus, pembekal, pembaharu dan pemuas hidup kita (ayat 4-5). Bagaimana mungkin kita boleh melupakannya? Namun kita sering melupakannya apabila peristiwa-peristiwa kehidupan seharian mengalihkan perhatian kita kepada keperluan hidup, kegagalan yang berulang-ulang, dan hal keadaan yang seolah-olah di luar kawalan kita.
Dia Akan Menjawab
Saya berasa gembira apabila saya terlihat bintang filem wanita Korea kegemaran saya muncul di laman Twitter, maka saya memutuskan untuk menulis satu nota kepadanya. Saya menulis mesej yang terbaik dan menunggu jawapannya. Saya tahu mungkin saya tidak akan menerima sebarang respons. Seorang selebriti sepertinya akan menerima sejumlah besar mel daripada peminat setiap hari. Walaupun begitu, saya masih berharap dia akan menjawab. Tetapi akhirnya saya dikecewakan.
Mungkinlah Tahun Ini
Ayah saya seorang pastor, dan pada hari Ahad pertama setiap tahun baharu dia sering berkhutbah mengenai kedatangan Kristus, dengan memetik 1 Tesalonika 4. Tujuannya adalah sentiasa sama: “Yesus mungkin akan kembali pada tahun ini. Adakah anda bersedia untuk menemui-Nya?” Saya tidak akan melupakan khutbah itu pada usia 6 tahun, berfikir, Jika itu benar, saya tidak pasti saya akan menjadi salah seorang antara mereka bagi kedatangan-Nya itu.”
Di Atas Sayap
Dalam buku Alan Tennant, On the Wing (Di Atas Sayap), dia menceritakan tentang usahanya untuk mengesan penghijrahan burung helang berbaka falko belalang. Burung helang ini terkenal dengan kecantikan, kepantasan dan kekuatan, malah burung yang menakjubkan ini pernah menjadi rakan memburu kegemaran bagi raja-raja dan orang kenamaan. Sedihnya, akibat penggunaan racun DDT yang berleluasa pada tahun 1950-an, kitaran pembiakan burung helang ini terganggu dan disenaraikan sebagai spesis terancam.
Jemputan Untuk Rehat
Semasa berdiri di tepi katil kawan saya di wad kecemasan hospital, saya tersentuh dengan rintihan kesakitan pesakit lain di situ. Sementara saya berdoa untuk kawan saya dan pesakit lain, saya sedar semula betapa cepatnya hidup kita berlalu di bumi ini. Kemudian saya teringat akan satu lagu rakyat Amerika yang dinyanyikan oleh Jim Reeves yang berkisah tentang dunia ini sebenarnya bukan rumah kita—kita hanya “berjalan lewat” dunia ini.
Tolaklah Sikap Acuh Tidak Acuh
Bilik itu dihiasi dengan pelbagai warna menarik apabila wanita-wanita cantik yang memakai sari berkerumun di situ sambil bersolek pada masa terakhir sebelum bermulanya acara pengutipan dana. Berasal dari India, wanita-wanita ini sekarang tinggal di Amerika Syarikat. Walaupun demikian, mereka masih mengambil berat tentang negara asal mereka. Setelah mendengar tentang masalah kewangan di sebuah sekolah Kristian untuk anak-anak autistik di India, mereka bukan sahaja mendengar tentang keperluan itu, tetapi juga mengambil berat lalu bertindak dengan melakukan sesuatu.
Tempat Perlindungan
Orang yang tidak berumah di Vancouver, British Columbia, mempunyai cara baru untuk mendapatkan tempat tinggal pada waktu malam. Sebuah organisasi kebajikan, RainCity Housing, telah mencipta bangku khas yang dapat bertukar menjadi tempat perlindungan sementara. Belakang bangku tersebut ditarik ke atas untuk menjadi atap bagi melindungi orang daripada angin dan hujan. Pada waktu malam, tempat tidur ini senang dijumpai kerana ia mempunyai ciri perkataan bercahaya dalam kegelapan yang bertulis: INI ADALAH BILIK TIDUR.
Serbuk Berlian
Semasa musim salji paling sejuk melanda kawasan kami di Michigan, Amerika Syarikat, terdapat banyak emosi bercampur tentang keadaan cuaca itu. Sementara musim sejuk berlarutan sehingga bulan Mac, ramai orang sudah mula membenci salji dan asyik mengeluh tentang berita cuaca yang melaporkan bahawa musim salji akan berpanjangan.
Korban Krismas
Kisah klasik O Henry, bertajuk “The Gift of the Magi” (Hadiah daripada Ahli Kaji Bintang) menceritakan tentang Jim dan Della, pasangan suami dan isteri muda yang sedang bergelut dengan masalah kewangan. Semasa Krismas menjelang, mereka ingin saling memberikan hadiah yang istimewa, tetapi masalah kekurangan wang membuat mereka mengambil langkah drastik. Harta yang paling disayangi oleh Jim adalah jam tangan emasnya, manakala Della adalah rambutnya yang cantik dan panjang. Oleh itu, Jim menjual jam tangannya supaya dia dapat membeli sikat rambut untuk Della, sementara Della menjual rambutnya supaya dia dapat membeli rantai untuk jam saku Jim.