Category  |  Pedoman Harian

Dia Sendiri Pernah Mengalaminya

Untuk membantu arkitek-arkitek muda yang merupakan kakitangannya memahami keperluan pelanggan dalam rekaan bentuk rumah, David Dillard menghantar mereka “tidur di luar.” Mereka memakai baju tidur dan meluangkan 24 jam di perumahan orang tua, dalam keadaan yang sama dengan orang yang berada dalam lingkungan umur 80-an dan 90-an. Mereka memakai penyumbat telinga untuk menyerupai orang pekak, membalut jari dengan pita pelekat untuk menghadkan pergerakan dan menukar kaca mata untuk menyerupai orang yang ada masalah penglihatan. Dillard berkata, “Manfaat utama yang saya terima setelah para arkitek muda yang berumur 27 tahun ini kembali, mereka kini memiliki kematangan dan pemahaman 10 kali ganda daripada sebelumnya. Mereka hidup dengan orang tua ini dan memahami kesusahan mereka” (RODNEY BROOKS, USA TODAY).

Kesejahteraan Yang Mengalir

“Saya tidak hairan bahawa kamu yang mengetuai kem rohani ini” kata seorang rakan dalam kelas senaman saya. “Kamu mempunyai aura yang baik.” Saya agak terkejut tetapi berasa gembira dengan komennya, kerana saya sedar bahawa apa yang dilihatnya sebagai “aura” saya, adalah kesejahteraan Kristus. Apabila kita mengikut Yesus, Dia memberi kita kesejahteraan yang tidak mungkin difahami oleh manusia (Filipi 4:7) dan ia terpancar dari dalaman kita—walaupun kita mungkin tidak menyedarinya.

Seperti Domba

Salah satu tugas harian saya semasa tinggal dengan datuk saya di bahagian utara Ghana, ialah menjaga domba. Setiap pagi saya membawa domba-domba meragut rumput dan pulang pada lewat petang. Masa itulah saya sedar betapa degilnya domba-domba ini. Contohnya, setiap kali melihat ladang, domba-domba mempunyai naluri untuk terus menuju ke padang rumput itu. Hal ini sudah beberapa kali menyusahkan saya dan pemilik ladang tersebut.

Apabila Hutan Bangkit Semula

Setelah melalui musim-musim sejuk yang bersalji, kami yang tinggal di Michigan amat menginginkan ketibaan musim bunga. Mei ialah bulan yang kita boleh menemui harapan itu. Transformasinya amat menakjubkan. Dahan kayu yang kelihatan tidak bernyawa pada 1 Mei telah berubah menjadi dahan yang dipenuhi dedaun hijau pada akhir bulan. Walaupun kita tidak dapat melihat perubahan itu setiap hari, namun pada penghujung bulan, hutan kecil di halaman belakang rumah saya akan bertukar daripada warna kelabu ke warna hijau.

Tiada Kerisauan

Satu penerbangan yang baik dan selesa mula menjadi menakutkan. Ketika minuman sedang diedar, kepten memberi amaran agar para penumpang memastikan tali pinggang mereka dipasang. Kemudian pesawat itu terloncat-loncat serta berbunyi seperti kapal laut yang berada di tengah lautan bergelora. Sementara penumpang lain sedang berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi situasi itu, seorang budak perempuan duduk dengan begitu tenang sambil membaca buku. Setelah kapal itu mendarat, budak ini ditanya sebab dia begitu tenang menghadapi keadaan tersebut. Dia menjawab, “Juruterbang pesawat itu ialah bapa saya dan dia akan membawa saya pulang.”

Kenapa Saya?

Rut merupakan orang asing. Dia seorang balu. Dia miskin. Di kebanyakan tempat di dunia zaman sekarang, dia akan dianggap sebagai orang yang tidak penting—seseorang yang tiada masa depan.

Mendayung Pulang

Saya suka Reepicheep, seekor tikus watak rekaan C. S. Lewis yang berani dan boleh bercakap dalam siri Chronicles of Narnia. Kerana dia berazam pergi ke “Timur di hujung dunia” untuk menyertai pasukan Aslan, raja singa [simbolik Kristus] yang hebat, Reepicheep berkata: “Kalau mampu, saya akan berlayar ke Timur dalam kapal Dawn Treader. Jika kapal itu tidak dapat sampai destinasi saya, saya akan mengayuh ke Timur dalam bot kecil (coracle) saya. Sekiranya ia tenggalam, saya akan mendayung ke Timur dengan menggunakan keempat-empat kaki saya. Seterusnya, apabila saya tidak mampu lagi berenang, mahupun belum sampai ke Negara Aslan, saya akan mengarah ke ufuk matahari terbit walaupun tenggelam.”

Tempat Kediaman Tuhan

James Oglethorpe (1696–1785) merupakan jeneral British dan ahli Parlimen yang mempunyai visi untuk menjadikan bandarnya sebagai bandar yang hebat. Ketika dia ditugaskan untuk membentuk bandar Georgia di Amerika Utara, dia merancang bandar Savannah mengikut visi tersebut. Dia mereka bentuk beberapa siri petak, setiap satunya mempunyai ruang hijau dan tempat khas untuk gereja dan kedai-kedai, dan ruangan lain dikhususkan untuk perumahan. Idea Oglethorpe yang berwawasan pada masa itu dapat dilihat pada hari ini melalui sebuah bandar yang cantik dan terurus baik, malah dianggap sebagai permata di Amerika Selatan.

Cili

“Ibu saya memberi kami makan cili sebelum kami masuk tidur,” kata Samuel ketika dia mengenang semula zaman kanak-kanaknya yang sukar di Afrika Sub-Sahara. “Kami akan minum air kerana cili itu sungguh pedas, dan ingat kami akan berasa kenyang.” Dia menambah, “Namun saya masih berasa lapar.”