Category  |  Pedoman Harian

Tanggungjawab Sendiri

Mata sahabat saya memaparkan apa yang saya rasai—ketakutan! Kami dua orang remaja telah berperangai buruk dan kini meromok di hadapan pengarah kem kami. Pengarah tersebut yang mengenali kedua-dua bapa kami, menegur dengan penuh kasih sayang tetapi dengan tegas menyatakan bahawa bapa kami akan berasa amat kecewa dengan perangai kami. Pada waktu itu, kami mahu merangkak bersembunyi di bawah meja sebab terasa beban tanggungjawab sendiri atas kesilapan kami.

Basuhlah Aku! 

“Basuhlah aku!” Walaupun kata-kata tersebut tidak tertulis pada kenderaan saya, ia nampaknya sebegitu. Jadi, saya pun ke pusat cuci kereta, dan begitu juga dengan pemandu-pemandu lain yang hendak mencuci kenderaan mereka daripada kotoran dari permukaan jalan yang ditaburkan garam selepas turunnya salji. Deretan kenderaan di tempat tersebut adalah panjang, dan perkhidmatannya pula menjadi lambat. Namun waktu menunggu tersebut berbaloi. Saya beredar dengan sebuah kenderaan yang bersih, dan sebagai pampasan untuk perkhidmatan yang lewat, saya mendapat perkhidmatan mencuci kereta yang percuma! 

Siapakah yang Layak Dipuji?

Dari tangga pilin ke bilik tidur mewah, dari lantai kayu keras ke permaidani indah, dari bilik dobi yang besar ke pejabat yang teratur dengan baik, ejen harta tanah menunjukkan sebuah rumah yang berpotensi kepada sepasang suami isteri yang muda. Di setiap sudut yang dikunjungi, mereka tidak henti-henti memuji keindahan rumah tersebut: “Anda telah memilih rumah yang terbaik untuk kami. Rumah ini menakjubkan!” Kemudian ejen tersebut memberikan jawapan yang dianggap agak luar biasa oleh pasangan tersebut tetapi benar. “Saya akan menyampaikan pujian anda kepada pembina rumah ini. Pembina rumah inilah yang layak dipuji; bukannya rumah ini atau orang yang menunjukkannya.” 

Daripada Gelap kepada Cahaya

Tiada apa-apa yang mampu menarik Aakash keluar daripada kemurungannya. Aakash mengalami cedera parah dalam nahas lori dan dibawa ke sebuah hospital mubaligh di Asia Barat Daya. Lapan pembedahan dijalankan untuk memulihkan tulang-tulangnya yang patah, tetapi Aakash tidak lalu untuk makan. Aakash kemudiannya dilanda kemurungan. Keluarganya bergantung kepadanya sebagai pencari nafkah, tetapi dia tidak mampu melakukannya lagi. Akibatnya, dunia Aakash menjadi semakin gelap. 

Seruan Meminta Tolong

Ketika David Willis yang berada di tingkat atas Kedai Buku Waterstones turun ke tingkat bawah, dia mendapati lampu kedai sudah padam dan pintu telah dikunci. Dia terperangkap di dalam kedai tersebut! Ketika berasa cemas, dia membuka Twitter lalu mentwit: “Hai @Waterstones. Saya sudah terkunci di dalam kedai anda di Trafalgar Square selama dua jam. Tolonglah lepaskan saya.” Tidak lama selepas ciapan Twitter itu, dia diselamatkan.

Bebas dalam Roh Kudus

Orville dan Wilbur Wright tidak mempunyai lesen juruterbang ataupun melanjutkan pelajaran di universiti. Mereka merupakan mekanik basikal dengan impian dan keberanian untuk cuba melakukan penerbangan. Pada 17 Disember 1903, mereka bergilir-gilir mengemudikan Wright Flyer mereka dalam empat penerbangan yang berasingan. Masa penerbangan yang paling lama hanyalah seminit, tetapi peristiwa tersebut telah mengubah dunia kita untuk selama-lamanya.  

Emping Salji Coklat 

Penduduk Olten, Switzerland telah dikejutkan dengan hujan kepingan coklat yang telah meliputi seluruh bandar. Kerosakan sistem pengalihan udara di kilang coklat yang berdekatan telah menyebabkan serbuk koko tersembur ke udara dan kawasan tersebut ditaburi zat manisan. Bagi penggemar-penggemar coklat, salutan coklat tersebut kedengaran seperti impian yang menjadi kenyataan.

Harapan di sebalik Padah

Pernahkah anda melakukan sesuatu dalam kemarahan dan kemudiannya berasa sesal? Ketika anak lelaki saya bergelut dengan ketagihan dadah, saya telah meluahkan kata-kata keras mengenai pilihan-pilihan dalam hidupnya. Kemarahan saya itu mematahkan semangatnya. Namun, akhirnya dia telah bertemu dengan orang-orang percaya yang menggalakkan dia menghargai hidup dan berpegang pada harapan, tidak lama kemudian dia pun terlepas daripada ketagihannya. 

Memimikkan Yesus

Sotong kurita mimik digelar sebagai “tuan menyamar” dan hidup di perairan Indonesia dan di Terumbu Sawar Besar. Seperti spesies sotong kurita yang lain, makhluk ini dapat mengubah pigmen kulitnya menyerupai persekitarannya. Haiwan yang cerdik ini juga akan mengubah bentuk, corak pergerakan dan perlakuannya apabila terancam untuk memimikkan haiwan lain seperti ikan singa bahkan ular laut yang berbisa.