Menembak Kaki Sendiri
Pada tahun 2021, seorang jurutera yang mempunyai cita-cita untuk menembak anak panah lebih jauh daripada sesiapa pun dalam sejarah menyasarkan rekod sejauh 618 meter. Ketika berbaring telentang di dataran garam, dia menarik tali busur daripada busur kaki yang direkanya sendiri dan bersedia untuk melancarkan anak panah ke arah sasaran yang dia berharap akan menjadi rekod jarak baharu . Sambil menarik nafas panjang, dia melepaskan anak panah itu. Namun anak panah tidak meluru satu meter pun, bahkan ia melayang kurang daripada itu kerana anak panahnya tersasar ke kakinya dan telah menyebabkan kecederaan yang teruk. Aduh!
Setia tetapi Tidak Dilupakan
Semasa membesar, Sean tidak berapa tahu tentang maksud mempunyai keluarga. Ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya jarang berada di rumah. Dia sering berasa sunyi dan terbiar. Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang tinggal berhampiran selalu mendampinginya. Mereka membawa Sean ke rumah mereka dan meminta anak-anak mereka menjadi “abang” dan “kakak” kepadanya. Tindakan suami isteri ini meyakinkan Sean bahawa dia disayangi. Mereka juga membawanya ke gereja. Kini, Sean seorang pemuda yang berkeyakinan dan merupakan pemimpin belia dalam gereja.
Projek Pakaian Merah
Projek Pakaian Merah diilhamkan oleh artis British, Kirstie Macleod, dan telah menjadi barangan pameran di muzium dan galeri di seluruh dunia. Selama tiga belas tahun, lapan puluh empat helai kain sutera merah manggis dibawa ke seluruh dunia untuk disulam oleh lebih daripada tiga ratus orang wanita (dan beberapa orang lelaki). Kain-kain sutera itu kemudiannya dijahit menjadi gaun, mengisahkan setiap artis penyumbang—kebanyakannya terdiri daripada golongan yang terpinggir dan miskin.
Ada Pertanyaan?
Ann berjumpa dengan pakar bedah mulutnya untuk membuat pemeriksaan awal. Pakar perubatan itu sudah dikenalinya bertahun-tahun lamanya. Dia bertanya kepada Ann, “Adakah puan mempunyai sebarang pertanyaan?” Ann berkata, “Ya. Adakah Doktor pergi ke gereja pada hari Ahad lepas?” Pertanyaannya bukan bertujuan untuk menghakimi, tetapi semata-mata untuk memulakan perbualan tentang iman.
Seperti Yesus
Pada tahun 2014, ahli biologi menangkap sepasang kuda laut pigmi yang berwarna jingga di Filipina. Mereka membawa makhluk laut itu, bersama-sama dengan sebahagian karang kipas laut berwarna jingga yang merupakan habitatnya ke Akademi Sains California di San Francisco. Para saintis ingin mengetahui sama ada kuda laut pigmi dilahirkan untuk dipadankan dengan warna induknya atau dengan persekitarannya. Apabila kuda laut pigmi melahirkan anak berwarna coklat pucat, saintis meletakkan karang kipas laut berwarna ungu ke dalam tangki. Anak-anak kuda laut itu, yang mempunyai induk berwarna jingga, menukar warnanya untuk dipadankan dengan karang kipas laut yang berwarna ungu. Disebabkan jangkat hayat yang singkat, kelangsungan hidup makhluk ini bergantung pada keupayaan yang diberikan Tuhan untuk bersebati dengan persekitarannya.
Mesej Para Nabi
Sebelum Besbol Siri Dunia berlangsung pada tahun 1906, penulis sukan Hugh Fullerton membuat ramalan yang pintar. Dia berkata bahawa pasukan Chicago Cubs, yang dijangka menang, akan kalah pada permainan pertama dan ketiga serta memenangi permainan kedua. Oh, hujan juga akan turun pada permainan keempat. Setiap ramalannya menjadi kenyataan. Kemudian pada tahun 1919, dia menganalisis bahawa pemain tertentu akan kalah dalam permainan Siri Dunia dengan sengaja. Fullerton mengesyaki mereka telah disogok oleh penjudi. Pendapat umum mencemuhnya. Tetapi sekali lagi, ramalannya tepat.
Lepaskan!
Pemilik kedai buku di tempat yang Keith bekerja baru pergi bercuti selama dua hari, tetapi Keith selaku pembantunya sudah panik. Kegiatan perniagaan berjalan lancar, tetapi Keith bimbang bahawa dia tidak dapat menyelia kedai secara baik. Oleh itu, dia kegila-gilaan mengawal setiap perkara dengan sedaya upaya.
Menyambut Pendatang
Ketika beribu-ribu orang wanita dan kanak-kanak Ukraine tiba di stesen kereta api Berlin kerana melarikan diri daripada perang, mereka disambut dengan kejutan—beberapa keluarga Jerman memegang papan tanda buatan sendiri untuk menawarkan perlindungan di rumah mereka. Papan tanda tersebut tertulis: “Boleh terima dua orang!” “Ada bilik besar”. Apabila ditanya sebabnya dia menawarkan layanan baik seperti itu kepada orang yang tidak dikenali, seorang wanita berkata bahawa dahulu ibunya memerlukan perlindungan semasa melarikan diri daripada pihak Nazi, maka dia juga mahu membantu orang lain yang ada keperluan sedemikian.
Berdiamlah
Selepas saya memasuki tangki pengasingan dan badan saya terapung dengan selesa di atas air, bilik pun menjadi gelap dan muzik lembut yang dimainkan sebagai latar belakang menjadi senyap. Saya telah membaca bahawa tangki ini bersifat terapeutik, menawarkan kelegaan kepada penggunanya daripada tekanan dan keresahan. Akan tetapi, ini merupakan sesuatu yang tidak pernah saya alami. Huru-hara di dunia ini seolah-olah sudah reda, dan saya dapat mendengar suara hati saya dengan jelas. Pengalaman semasa sesi itu menghasilkan rasa stabil dan segar semula dalam diri saya, sambil menyedari bahawa ada kuasa ketika mendiamkan diri dalam keheningan.