Kuasa Firman Tuhan
Stephen adalah seorang pelawak yang sedang meningkat maju, dan seorang “anak yang hilang”. Dia dibesarkan dalam keluarga Kristian, tetapi kemudian dia bergelut dengan keraguan selepas ayah dan dua adik lelakinya maut dalam nahas kapal terbang. Ketika usianya menjejak awal dua puluhan, dia telah kehilangan imannya. Namun dia menemukannya kembali apabila seseorang yang tidak dikenali memberinya sebuah Alkitab Perjanjian Baru bersaiz kecil, pada suatu malam yang sejuk ketika dia berjalan-jalan di sekitar bandar Chicago. Stephen mula membuka halaman Alkitab itu dan terlihat indeks yang mengatakan bahawa mereka yang bergelut dengan kebimbangan harus membaca Matius 6:27-34, Khutbah Yesus di atas Bukit. Stephen bertaubat pada saat itu juga. Firman Tuhan menyemarakkan api yang membakar dalam hatinya. Dia mengimbas kembali dan berkata, “Saya benar-benar disedarkan dengan serta-merta. Saya berdiri di sudut jalan dalam kesejukan sambil membaca khutbah tersebut. Sejak itu, hidup saya telah berubah sepenuhnya.” Demikianlah kuasa firman Tuhan. Alkitab tidak seperti buku yang lain, kerana firman Tuhan itu hidup. Kita tidak hanya membaca Alkitab. Alkitab membaca kita. “... lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh …; Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia” (Ibrani 4:12). Firman Tuhan memberikan kuasa yang sangat kuat di dalam planet ini, kuasa yang mengubah dan membawa kita ke arah kematangan rohani. Mari kita membuka dan membacanya dengan suara yang nyaring, meminta Tuhan menyemarakkan hati kita. Dia berjanji bahawa perkataan yang diucapkan-Nya “akan berjaya mencapai tujuan-[Nya], dan melakukan setiap perkara yang [ditentukan-Nya]” (Yesaya 55:11). Hidup kita tidak akan sama lagi.
Kawalan Kendiri dalam Kekuatan Tuhan
Pada tahun 1972, satu kajian yang dikenali sebagai “ujian marshmallow” telah dibuat untuk menilai keupayaan kanak-kanak menahan diri daripada memuaskan keinginan mereka. Kanak-kanak ditawarkan dengan sebiji gula-gula marshmallow untuk dinikmati, tetapi mereka diberitahu bahawa jika mereka boleh menahan diri daripada memakannya dalam tempoh 10 minit, mereka akan diberi gula-gula marshmallow yang kedua. Hasilnya, kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak itu dapat melakukannya demi ganjaran yang lebih besar. Satu pertiga lagi memakannya dengan gelojoh dalam masa hanya 30 saat!
Burung di Udara
Melihat Masa Depan yang Berbeza
Seramai 300 pelajar dari sebuah sekolah menengah di bandar kecil Neodesha, Kansas, berjalan dalam barisan menuju ke satu perhimpunan sekolah yang istimewa. Mereka kemudiannya duduk dalam keadaan tidak percaya apabila mendengar bahawa sepasang suami isteri yang berasal dari bandar mereka itu telah memutuskan untuk membiayai yuran universiti bagi setiap pelajar di Neodesha selama 25 tahun seterusnya. Para pelajar berasa terpegun, gembira dan sebak. Neodesha telah terjejas teruk dari segi ekonomi sehingga banyak keluarga bimbang tentang perbelanjaan anak-anak mereka di universiti. Sumbangan tersebut membawa perubahan untuk beberapa generasi, dan para penderma berharap itu akan segera membawa pengaruh yang baik kepada setiap keluarga, serta memberi insentif kepada orang lain untuk berpindah ke Neodesha. Mereka membayangkan kemungkinan bahawa melalui kemurahan hati mereka itu, peluang pekerjaan dan tenaga yang baharu akan diwujudkan—masa depan yang sangat berbeza untuk bandar tersebut. Tuhan menghendaki umat-Nya agar bermurah hati dengan bukan sahaja memenuhi keperluan sendiri, tetapi juga membayangkan masa depan yang baru bagi sesama mereka yang sedang berjuang. Perintah Tuhan adalah jelas: “Jika seorang sesama bangsa Israel, yang tinggal di kalangan kamu jatuh miskin dan tidak mampu menyara hidupnya, kamu harus membantu dia” (Imamat 25:35). Kemurahan hati bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas fizikal, tetapi juga mempertimbangkan keperluan masa depan dalam kehidupan bersama sebagai sebuah komuniti. Tuhan berfirman, “Kamu harus membantu dia … supaya dia dapat terus tinggal di kalangan kamu” (ayat 35). Bentuk pemberian yang paling bermakna adalah pemberian yang merubah bayangan masa depan yang berbeza. Kemurahan Tuhan yang luar biasa dan kreatif mendorong kita ke arah hari itu apabila setiap kita akan hidup bersama dalam kesatuan dan kelimpahan.
Bersedih dan Bersyukur
Selepas ibu saya meninggal dunia, seorang rakannya yang juga pesakit kanser datang kepada saya. “Ibu kamu sangat baik kepada saya,” katanya sambil menangis teresak-esak. “Saya minta maaf kerana dia pula yang meninggal ... bukan saya.”
Rumah Sebenar dalam Hati Kita
“Bobbie the Wonder Dog” (Bobbie, Anjing yang Mengagumkan), ialah seekor anjing jenis kacukan collie yang telah hilang sewaktu bersama dengan keluarga pemiliknya pada percutian musim panas sejauh lebih daripada 3540 km dari rumah. Keluarga itu mencari haiwan kesayangan mereka di merata tempat, tetapi tidak dapat menemuinya dan pulang dengan hampa.
Ujian Cermin
Seorang ahli psikologi yang menjalankan ujian pengecaman diri bertanya kepada kanak-kanak, “Siapakah dalam cermin itu?” Kanak-kanak yang berumur 18 bulan atau lebih muda biasanya tidak dapat mengecam imej mereka sendiri dalam cermin. Ketika kanak-kanak membesar, barulah mereka faham bahawa apabila mereka melihat imej mereka dalam cermin, itu adalah diri mereka sendiri. Pengecaman diri adalah tanda penting untuk pertumbuhan dan kematangan yang sihat bagi seseorang.
Rahmat Tuhan yang Lemah Lembut
“Beritahu semua kebenaran, tetapi beritahu dari sudut lain,” tulis penyair Emily Dickinson yang mencadangkan bahawa kebenaran dan kemuliaan Tuhan memang “terlalu terang” untuk difahami apatah lagi diterima sekali gus oleh manusia yang lemah, sebaiknya kita menerima serta berkongsi rahmat dan kebenaran Tuhan dari” sudut lain”—lembut, secara tidak langsung. Ini kerana “Kebenaran pasti menyilau secara beransur-ansur / Jika tidak setiap orang akan menjadi buta.”
Mengenal Hasil Perbuatannya
“Bolehkah [nama orang] yang sebenar sila berdiri?” Itulah kata-kata yang biasa diucapkan pada akhir rancangan mainan akal To Tell the Truth (Berkata Benar). Empat panel selebriti bertanyakan soalan kepada tiga individu yang mengaku sebagai orang yang sama. Dua daripada mereka sudah tentu adalah penyamar, tetapi terpulang kepada para panel untuk membezakan siapa orang yang sebenarnya. Dalam satu episod, para selebriti cuba meneka “Johnny Marks yang sebenarnya,” yang menulis lirik lagu Rudolph the Red-Nosed Reindeer (lagu Krismas, Rudolph Rusa Berhidung Merah). Para selebriti mendapati bahawa sangat sukar untuk mengetahui siapa orang yang sebenarnya, walaupun telah bertanya soalan-soalan yang baik. Penyamar telah memutarbelitkan kebenaran, khas untuk hiburan televisyen.