Category  |  Pedoman Harian

Snek Rendah Hati

Beg snek kerepek itu kecil, tetapi memberi pengajaran besar kepada seorang mubaligh dari Amerika. Ketika bekerja pada suatu petang di Republik Dominika, dia tiba di sebuah pertemuan gereja dan membuka kerepeknya. Tiba-tiba seorang wanita yang tidak dikenalinya menghulurkan tangan dan mengambil sedikit kerepek dari beg itu. Orang lain pun turut berbuat demikian.  

Tetamu yang Tidak Diingini 

Kyle dan Allison menikmati bulan madu yang indah di luar negara. Namun, ketika mereka pulang ke rumah, mereka mendapati kaki Kyle menghidapi ruam yang pelik dan gatal. Pasangan ini pun berjumpa dengan pakar penyakit berjangkit. Doktor pakar itu memberitahu mereka bahawa parasit kecil telah menyelinap masuk ke kaki Kyle melalui lepuh yang disebabkan oleh sandal baharunya. Apa yang bermula sebagai percutian impian kini berakhir pula dengan pertempuran yang mencabar dengan “tetamu” yang tidak diingini.

Perlindungan Tuhan

Andai kata anda memulakan perjalanan di barat daya Amerika Syarikat dari sebuah bandar berdebu yang bernama Why (Mengapa), di Arizona, anda akan merentas desa yang akan membawa anda ke Uncertain (Tidak Pasti), di Texas. Dengan menghala ke timur laut, anda akan berehat di Dismal (Suram), di Tennessee. Akhirnya, anda akan sampai ke destinasi anda—Panic (Panik), di Pennsylvania. Ini adalah nama-nama tempat sebenar di sepanjang landskap Amerika, walaupun mungkin bukan perjalanan yang akan anda pilih.

Tidak Berguna Tanpa Kasih

Selepas mengeluarkan bahagian-bahagian meja pesanan khas saya dari kotak dan meletakkannya di hadapan saya, saya mendapati ada sesuatu yang tidak betul. Bahagian atas meja yang cantik dan bahagian-bahagian lain ada, tetapi salah satu kakinya hilang. Tanpa kaki meja yang lengkap, saya tidak dapat memasang meja, ini menjadikannya tidak berguna.

Seluruh Keluarga

Dengan mengenakan jaket berjalurnya, James berjalan melintasi gim penjara yang berwap dan naik ke kolam renang mudah alih, tempat yang dia dibaptis oleh pastor penjara. Namun, kegembiraan James berlipat ganda ketika dia mendengar bahawa anak perempuannya Brittany—juga seorang banduan—telah dibaptis pada hari yang sama ... di tempat yang sama! Ketika mereka menyedari apa yang telah berlaku, malah kakitangan penjara turut terharu. “Air mata bergenang dalam mata setiap orang,” kata pastor itu. Selama bertahun-tahun keluar masuk penjara, Brittany dan ayahnya bersama-sama menginginkan pengampunan Tuhan. Tuhan pun memberi mereka kehidupan baharu. 

Melenturtegangkan Otot Iman 

Semasa melawat zoo, saya berehat berhampiran pameran sloth. Makhluk itu bergantung secara terbalik di dahan. Ia kelihatan puas bergantung diam-diam di situ. Saya menghela nafas. Oleh sebab masalah kesihatan, saya bergelut untuk menjadi diam dan ingin terus berjalan dan melakukan sesuatu—apa sahaja. Saya marah akan keterbatasan saya. Saya ingin sekali berhenti berasa lemah. Tetapi sementara saya menatap sloth itu, saya memerhatikan bagaimana binatang ini menghulurkan satu lengan, mencengkam dahan berdekatan dan berhenti bergerak lagi. Berdiam pun memerlukan kekuatan. Jikalau saya ingin berasa puas dengan bergerak perlahan atau berdiam seperti sloth, saya memerlukan kekuatan otot yang luar biasa. Untuk menyerahkan setiap saat yang perlahan dalam hidup saya kepada Tuhan, saya memerlukan kekuatan yang luar biasa.

Siapakah Yesus?

Siapakah Yesus? Ada yang mengatakan bahawa Dia adalah seorang guru yang baik, tetapi hanya seorang manusia. Pengarang C. S. Lewis menulis, “Sama ada orang ini ialah Anak Tuhan sejak dahulu dan sekarang, atau mungkin seorang gila atau lebih teruk daripada itu. Anda boleh menutup mulutnya kerana menganggap Dia orang bodoh, anda boleh meludahinya dan membunuhnya sebagai syaitan, atau anda boleh bersujud di kakinya dan memanggilnya Tuan dan Tuhan, tetapi jangan kita mengarut dan menghina dia sebagai seorang guru manusia yang agung.” Kata-kata yang kini terkenal dan dipetik daripada buku Mere Christianity (Kekristianan Asali) ini menyatakan bahawa Yesus tidak akan menjadi nabi yang agung jika Dia secara palsu mengaku Diri sebagai Tuhan. Itu akan menjadi ajaran sesat.

Semangat yang Boleh Diajar 

Sedihnya tindakan mengkritik pendapat orang lain dan si pemilik pendapat itu telah menjadi “norma baharu.” Ini juga berlaku dalam kalangan cendekiawan. Atas sebab ini, saya terkejut apabila sarjana dan ahli teologi Richard B. Hays mengulas sebuah makalah dengan tegas dan bersemangat terhadap karya yang ditulisnya sendiri bertahun-tahun sebelumnya! Dalam makalah yang berjudul Reading with the Grain of Scripture (Membaca dengan Butir Alkitab), Hays menunjukkan sifat rendah hati yang ketara ketika dia membetulkan pemikiran masa lalunya sendiri, yang kini diperhalusi oleh komitmen sepanjang hayatnya dalam pembelajaran. 

Kebebasan Sejati

Ketika membaca di dalam kereta api, Mei Ling sibuk menandakan ayat dan mencatat nota di tepi bukunya. Tetapi perbualan antara seorang ibu dan anak yang duduk berdekatan telah membuat dia menghentikan tindakannya. Ibu itu menegur anak perempuannya kerana dia mencoret buku perpustakaannya. Mei Ling segera meletakkan pennya, tidak mahu anak kecil itu mengabaikan kata-kata ibunya dengan meniru perbuatan Mei Ling. Dia tahu anak itu belum memahami bahawa dia tidak boleh merosakkan buku pinjaman, tetapi boleh membuat nota dalam buku milik sendiri.