Category  |  Pedoman Harian

Tinggikan Suhu

Suhu di Colorado, tempat tinggal kami berubah dengan cepat—kadang-kadang hanya dalam beberapa minit. Oleh itu, suami saya, Dan, ingin tahu tentang perbezaan suhu di dalam dan di sekitar rumah kami. Sebagai penggemar peralatan, dia teruja untuk mengeluarkan “mainan” terbarunya, iaitu termometer yang menunjukkan bacaan suhu di empat “zon” di sekitar rumah kami. Saya mengusik dengan berkata inilah suatu alat “bodoh”, tetapi saya terkejut apabila mendapati diri saya juga sering memeriksa suhu. Saya teruja melihat perbezaan suhu di dalam dan di luar rumah. 

Melarikan Diri

Kelas pengenalan aikido, satu seni mempertahankan diri tradisional Jepun, merupakan pembuka mata. Sensei, atau guru, memberitahu kami ketika berhadapan dengan penyerang, tindak balas pertama kita adalah “melarikan diri.” “Hanya apabila kamu tidak dapat melarikan diri, barulah kamu melawan,” katanya dengan serius.

Pemberian yang Murah Hati

Jeneral Charles Gordon (1833–1885) berkhidmat untuk Ratu Victoria di negara China dan tempat lain. Namun ketika dia tinggal di England, dia mendermakan 90 peratus daripada pendapatannya. Ketika dia mendengar tentang kebuluran di Lancashire, dia menggores untuk memadamkan tulisan penghargaan pada pingat emas tulen yang telah diterimanya daripada seorang pemimpin dunia dan mengirimkannya ke kawasan utara, dan memberi pesan mereka untuk mencairkan pingat emas dan menggunakan wang itu untuk membeli roti bagi orang miskin. Pada hari itu dia menulis dalam diarinya: “Aku telah menyerahkan benda duniawi terakhir yang aku miliki dan hargai di dunia ini kepada Tuhan Yesus.”

Pada Akhirnya 

Saya sering diberi keistimewaan untuk memimpin kem retret rohani. Meluangkan waktu selama beberapa hari untuk berdoa dan merenung sangat memperkaya hidup. Semasa program dijalankan, kadang-kadang saya meminta para peserta melakukan satu latihan: “Bayangkan hidup anda sudah berakhir dan berita kematian anda diterbitkan di surat akhbar. Apakah yang anda ingin katakan?” Hasilnya, sebilangan peserta mengubah keutamaan hidup mereka, dengan tujuan untuk mengakhiri hidup mereka dengan baik. 

Sesuatu yang Dalam dan Terikat 

Amina, seorang pendatang dari Iraq, dan Joseph, seorang rakyat Amerika sejak lahir, menghadiri demonstrasi politik untuk menyokong pendirian masing-masing yang bertentangan. Kita telah diajar untuk percaya bahawa permusuhan yang mendalam wujud antara mereka yang terpisah oleh etnik dan politik.. Bagaimanapun, ketika sekumpulan kecil perusuh menyerang Joseph dan cuba membakar bajunya, Amina bergegas untuk melindunginya. “Saya berfikir kita tidak dapat dipisahkan sebagai manusia,” kata Joseph kepada wartawan, “Inilah saatnya kami menyedari bahawa ‘tindakan ini tidak ok.” Sesuatu yang lebih mendalam berbanding dengan politik telah menyatukan Amina dan Joseph.

Buah yang Mempopularkan Pokok

Pemilik tapak semaian bersiap sedia untuk menjual pokok pic. Dia mempertimbangkan pelbagai pendekatan. Haruskah dia menyusun karung guni yang berisi anak pokok berdaun ini dalam pameran yang cantik? Haruskah dia menyediakan katalog yang berwarna-warni untuk memaparkan pokok pic dalam pelbagai musim pertumbuhan? Akhirnya dia menyedari apa yang benar-benar dapat menjual pokok pic—buah pic itu sendiri yang dihasilkan oleh pokok pic!…

Bergembira di Rumah Simon 

Saya tidak dapat melupakan waktu saya melawat rumah Simon. Kami berjalan di bawah langit luas diterangi bintang berkilauan di Nyahururu, Kenya, menuju ke rumahnya yang sederhana untuk makan malam. Lantai beralaskan tanah dan cahaya tanglung mencerminkan kehidupan Simon yang serba kekurangan. Saya tidak ingat apa yang dihidangkan pada malam itu. Apa yang tidak boleh dilupakan adalah sukacita Simon bahawa kami merupakan tetamunya. Layanan Simon yang baik, lembut dan mesra adalah seperti Yesus—tidak mementingkan diri sendiri, menyentuh kehidupan, dan menggembirakan.

Makanan dari Syurga

Pada bulan Ogos 2020, penduduk di Olten, Switzerland, terkejut apabila mendapati mereka dilanda salji coklat! Rupanya satu kerosakan dalam sistem pengudaraan kilang coklat tempatan telah menyebabkan zarah coklat tersebar ke udara. Akibatnya, debu serpihan coklat yang boleh dimakan meliputi kereta dan jalan raya sehingga seluruh bandar berbau wangi seperti kedai gula-gula.

Inginkan Dia 

Inginkan Dia 

Mengapa apabila kita berkata, “Inilah cip kentang terakhir yang akan saya makan,” tetapi 5 minit kemudian kita mahu makan lebih banyak lagi? Michael Moss menjawab soalan itu dalam bukunya yang berjudul Salt Sugar Fat (Garam Gula Lemak). Dia menerangkan sejumlah pengeluar snek terbesar di Amerika tahu cara untuk “membantu” orang supaya mengidamkan makanan ringan. Sebenarnya, satu syarikat terkenal membelanjakan $30 juta dolar AS setahun dan mengupah “perunding mengidam” untuk menentukan titik kepuasan para pengguna supaya mereka dapat terus mengeksploitasi keinginan makanan kita.