Bergandingan Tangan
Dalam budaya orang Amish yang tinggal di luar bandar, pembinaan bangsal merupakan satu acara sosial. Seorang petani dan keluarganya perlu mengambil beberapa bulan untuk membina sebuah bangsal, tetapi orang Amish bekerjasama demi mempercepatkan pembinaan tersebut. Kayu-kayu binaan dikumpulkan lebih awal dan peralatan disediakan. Pada hari yang ditetapkan, seluruh komuniti Amish akan berkumpul awal pagi, membahagikan tugas dan bersama-sama membina bangsal.…
Tanda Saksi
“Nampak tu?” Tukang jam menyuluh ke arah tanda kecil dan halus yang terukir di dalam jam antik milik datuk saya yang sedang dibaikinya itu di rumah kami. “Tukang jam yang membaiki jam ini dahulu mungkin telah membuat tanda itu hampir satu abad yang lalu,” katanya. “Ia dipanggil ‘tanda saksi’, yang membantu saya mengetahui cara menetapkan mekanisme jam.”
Sebelum kewujudan buletin teknikal…
Kedutaan Tuhan
Ludmilla, janda berusia 82 tahun, mengisytiharkan rumahnya di Republik Czech sebagai “Kedutaan Pemerintahan Syurga,” dengan mengatakan, “Rumah saya adalah kelanjutan Pemerintahan Kristus.” Dia menyambut orang asing dan rakan-rakan yang terluka serta kekurangan dengan layanan mesra. Kadangkala dia menyediakan makanan dan tempat tidur untuk mereka dengan hati yang penuh belas kasihan dan doa. Dia bergantung kepada kuasa Roh Kudus untuk menolong dia menjaga orang-orang tersebut. Dia gembira dengan cara Tuhan menjawab doa-doa mereka.
Tuhan Membersihkan Noda
Alangkah baiknya jika pakaian kita lebih berfungsi, dengan kemampuan membersihkan diri selepas tertumpah sos atau minuman ke atasnya! Menurut kumpulan BBC, jurutera di China telah menghasilkan sejenis lapisan yang “membuat kapas membersihkan noda dan menghilangkan bau apabila terdedah kepada sinaran ultraungu.” Bolehkah anda bayangkan apa akan terjadi jika pakaian dapat membersihkan diri?
Melintasi Sempadan Pengetahuan
Itu adalah hari yang sukar ketika suami saya mengetahui bahawa seperti kebanyakan pekerja lain, dia juga akan segera diberhentikan pekerjaannya akibat wabak COVID-19. Kami percaya bahawa Tuhan akan memenuhi semua keperluan kami, tetapi hati kami masih dilanda ketakutan apabila memikirkan segala ketidakpastian.
Kedamaian Tuhan
Selama beberapa bulan, saya berhadapan dengan isu politik dan komplot yang sengit di tempat kerja. Saya orang yang mudah menjadi bimbang, tetapi saya hairan diri dapat bertenang walaupun menghadapi hal ini. Saya tidak berasa cemas, sebaliknya saya dapat bertindak balas dengan fikiran dan hati yang tenang. Saya tahu kedamaian seperti ini hanya datang daripada Tuhan.
Kepentingan Doa
Ketika Abraham Lincoln menjadi presiden Amerika Syarikat, tugas utamanya adalah memimpin negara yang berpecah belah. Lincoln dipandang sebagai pemimpin yang bijaksana dan berakhlak tinggi, tetapi ada satu unsur lain yang membentuk keperibadiannya. Dia menyedari bahawa dia tidak cekap untuk menangani tugasnya. Apakah responsnya terhadap kekurangan itu? Lincoln berkata, “Aku berkali-kali terdorong untuk berlutut dan berdoa agar mendapatkan pertolongan Tuhan kerana aku begitu tidak berdaya. Kebijaksanaan aku sendiri dan semua kemampuanku nampaknya tidak cukup pada masa itu.”
Hidup Berintegriti
Abel Mutai, pelari dari Kenya yang bertanding dalam perlumbaan merentas desa antarabangsa, hanya berada beberapa meter dari garisan penamat dan bakal meraih kemenangan. Disebabkan dia keliru dengan papan tanda laluan dan berfikir bahawa dia sudah melepasi garisan penamat, lalu Mutai berhenti sebentar. Pelari dari Sepanyol di tempat kedua, Ivan Fernandez Anaya, melihat kesilapan Mutai. Dia tidak mengambil kesempatan untuk menang, sebaliknya dia mengejar Mutai, menghulurkan tangan dan membimbing Mutai maju untuk memenangi pingat emas. Ketika wartawan bertanya kepada Anaya sebabnya dia sengaja kalah dalam perlumbaan, dia menegaskan bahawa Mutai berhak untuk menang, bukan dia. “Apakah gunanya kemenangan itu? Apakah kebanggaan yang dibawa oleh pingat itu? Apakah pandangan ibuku tentang hal ini?” Sebagaimana yang dipaparkan dalam satu berita: “Anaya memilih kejujuran daripada kemenangan.”
Di Manakah Tuhan?
Dalam buku Martin Handford, Where’s Waldo? (Di manakah Waldo?), iaitu siri buku teka-teki kanak-kanak yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1987, watak yang sukar dicari itu memakai kemeja berjalur merah dan putih, sarung kaki dan topi yang sepadan, jeans biru, but perang dan cermin mata. Handford dengan bijak menyembunyikan Waldo dalam ilustrasi yang sibuk dan memaparkan ramai watak di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Waldo selalunya sukar dilihat, tetapi perekanya menjanjikan pembaca akan sentiasa dapat mencarinya. Walaupun mencari Tuhan sebenarnya tidak seperti mencari Waldo dalam buku teka-teki, Pencipta kita berjanji kita juga dapat menemui-Nya.