Lidah Pendek dalam Doa
Semasa adik lelaki saya masih bayi, dia harus menjalani pembedahan, ini membuat saya bimbang. Ibu saya menjelaskan bahawa dia dilahirkan dengan “lidah pendek” (ankiloglosia). Tanpa bantuan, dia tidak mampu makan dan akhirnya tidak dapat bercakap. Hari ini, istilah “lidah pendek” digunakan untuk menggambarkan seseorang yang tidak dapat berkata apa-apa atau terlalu malu untuk berbicara.
Tangan yang Selamat
Seperti tali yang terungkai , kehidupan seorang pastor dan pengarca, Doug Merkey ibarat benang yang putus. “Ibu aku tewas setelah sekian lama bergelut dengan barah; hubungan cinta jangka panjang aku berakhir; aku kehabisan wang; masa depan kerjaya aku menjadi suram ... Kegelapan emosi dan rohani di sekeliling aku dan dalam diri aku amat parah dan melemahkan, seolah-olah tiada jalan keluar,” tulisnya. Satu demi satu kejadian ini, tambahan ketika waktu tinggal di loteng yang sempit telah memberi dia inspirasi untuk membentuk arca The Hiding Place (Tempat Persembunyian). Arca itu menggambarkan tangan Kristus yang kuat dengan bekas paku, ditangkupkan sebagai tempat persembunyian.
Iman yang Tidak Tergoncang
Kevin pergi ke pusat jagaan untuk mengambil barang-barangnya setelah ayahnya meninggal dunia. Kakitangan di situ menyerahkan 2 kotak kecil kepadanya. Menurut Kevin, pada hari itu, dia menyedari bahawa sebenarnya kita tidak perlu ada banyak harta untuk berasa bahagia.
Digalakkan dalam Tuhan
Pada tahun 1925, Langston Hughes yang bercita-cita menjadi seorang penulis, bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel. Dia mendapati bahawa seorang penyair yang dikaguminya (Vachel Lindsey) menginap di hotel itu. Hughes dengan segan menyelitkan puisi yang ditulisnya kepada Lindsey, yang kemudiannya mendapat pujian tinggi daripada Lindsey semasa dia membaca puisi tersebut di hadapan orang ramai. Pujian Lindsey telah memberi galakan dan kesan mendalam kepada Hughes sehingga dia menerima biasiswa di sebuah universiti yang membawa keberhasilan dalam kerjaya penulisannya.
Menggunakan Kurnia Kita
Pada tahun 2013, pelakon British, David Suchet sedang menjalani penggambaran episod TV terakhir sebagai Hercule Poirot, iaitu detektif Belgium kegemaran Agatha Christie, penulis novel jenayah. Dia juga membintangi pertunjukan pentas ketika dia memainkan “watak paling utama dalam hidupnya.” Antara projek-projek tersebut, dia merakam versi audio seluruh Alkitab bahasa Inggeris, daripada kitab Kejadian hingga Wahyu dengan 752,702 patah perkataan selama lebih daripada 200 jam.
Perbualan Mesra
Catherine ialah rakan baik saya sejak sekolah menengah. Apabila kami tidak berbual melalui telefon, kami akan bertukar-tukar nota kecil di kelas untuk merancang rumah siapa kami akan pergi bermalam. Kadangkala kami berdua pergi menunggang kuda dan bekerjasama untuk melakukan projek sekolah.
Memilih untuk Bersyukur
Penulis Marilyn McEntyre, berkongsi kisah seorang rakan yang mengajarnya bahawa “pujian dan kesyukuran ialah kata lawan bagi iri hati.” Meskipun rakannya itu kurang upaya dan menghidapi penyakit kronik yang membatasi kemampuannya untuk mengembangkan bakat seperti yang diharapkannya, dia mampu memperlihatkan sukacita dan bergembira dengan orang lain melalui caranya tersendiri. Hal ini menjadikan setiap pertemuannya dengan orang lain penuh dengan kesyukuran sebelum dia meninggal dunia.
Sukacita Berita Baik
Suatu petang pada tahun 1964, gempa bumi dengan magnitud 9.2 telah melanda Alaska selama lebih daripada 4 minit. Di Anchorage, seluruh blok bangunan bandar raya dimusnahkan, hanya tinggal kawah besar dan reruntuhan. Pada malam yang gelap dan menakutkan, wartawan berita Genie Chance berdiri dengan memegang mikrofonnya, menyampaikan mesej kepada orang-orang yang berada dalam kecemasan sambil duduk di sisi radio mereka: seorang suami yang bekerja di hutan mendapat berita bahawa isterinya masih hidup; beberapa keluarga yang tidak keruan kini tahu anak lelaki mereka yang dalam perjalanan pulang dari perkhemahan pengakap dalam keadaan selamat; sepasang suami dan isteri mendengar bahawa anak-anak mereka telah dijumpai. Satu demi satu berita baik kedengaran melalui radio, sukacita besar wujud di tengah-tengah kehancuran.
Menjadi Anggota Keluarga
Downton Abbey ialah sebuah drama televisyen British yang popular tentang keluarga Crawley. Ia merupakan cerita rekaan yang mengisahkan struktur sosial yang berubah pada awal 1900-an di England. Salah satu watak utamanya, Tom Branson, pada mulanya bekerja sebagai pemandu keluarga Crawley sebelum mengejutkan semua orang dengan mengahwini anak perempuan bongsu Crawley. Setelah beberapa waktu selepas dihalau oleh keluarga Crawley, pasangan itu kembali ke Downton Abbey, Tom pun menjadi anggota keluarga tersebut. Dia mendapat akses hak dan keistimewaan yang tidak diperolehnya ketika dia masih berstatus sebagai pekerja.