Category  |  Pedoman Harian

Kasih Tuhan

Saya pernah mengunjungi sebuah kawasan yang miskin di Santo Domingo, iaitu ibu negara di Republik Dominika. Rumah-rumah itu diperbuat daripada zink, dengan wayar-wayar elektrik yang bergantungan di atasnya. Di situ saya mendapat keistimewaan untuk menemu ramah keluarga-keluarga dan mendengar bagaimana gereja-gereja telah membantu untuk memerangi pengangguran, penggunaan dadah, dan jenayah.

Api Suci

Selepas dilanda musim kemarau selama beberapa tahun, kebakaran hutan di Selatan California, Amerika Syarikat telah mengakibatkan sesetengah penduduknya berfikir bahawa bencana ini merupakan tindakan daripada Tuhan. Kesan yang mengganggu ini menjadi semakin kuat apabila sumber berita mula hangat menaikkan isu mengenai seseorang yang dipanggil sebagai Api Suci. Bagi orang yang tidak biasa dengan kawasan tersebut, mereka tidak menyedari bahawa hal itu merujuk kepada kawasan Ngarai Jim Suci. Siapakah Jim Suci? Menurut sejarah tempatan, dia ialah seorang penternak lebah pada abad ke-19 yang tidak beragama, dan panas baran sehingga jiran-jiran menggelarnya dengan nama panggilan yang ironik itu.

Masa untuk Keindahan

Pada suatu pagi bulan Januari, saya bangun dengan menyangka bahawa saya akan melihat landskap suram yang sama pada pertengahan musim sejuk itu, yang telah pun berlangsung sejak beberapa minggu: rumput kuning yang menembusi tompok-tompok salji, langit yang berwarna kelabu, dan pokok-pokok yang hanya tinggal rangka. Namun, sesuatu yang luar biasa telah berlaku dalam semalaman. Tompokan ais beku telah menyaluti segala sesuatu dengan kristal-kristal ais. Landskap yang tiada hidupan dan menyedihkan itu telah bertukar menjadi pemandangan yang indah dengan kilauan di bawah sinaran matahari dan begitu mempesonakan.

Perhatian Penuh

Teknologi pada masa kini nampaknya menuntut perhatian yang berterusan daripada kita. “Mukjizat” moden di Internet (yang sekarang mudah diakses melalui telefon pintar) memberi kita keupayaan yang luar biasa untuk mengakses pengetahuan yang meluas di tapak tangan. Tetapi bagi kebanyakan orang, ada harga yang perlu dibayar untuk akses berterusan sedemikian.

Pergi, Pergi, Lesap

Banksy, seorang artis yang nakal sekali lagi membuat satu lawak jenaka. Hasil lukisannya, Gadis dengan Belon Merah, telah dijual pada harga sejuta paun di rumah lelongan London. Sejurus selepas diumumkan “Sudah Dijual”, alat penggera berbunyi dan lukisan itu tergelincir ke bawah dan separuh daripadanya dimasukkan ke dalam mesin pencincang yang dipasang di bawah bingkai lukisan tersebut. Banksy mengirim gambar wajah-wajah pengumpul seni dan pelanggan yang tercengang di twitternya dan menyertakan kapsyen, “Pergi, pergi, lesap.”

Kuatkan Lutut yang Goyah

Sewaktu kanak-kanak, saya menganggap lagu Inggeris “Dia Melihat Di Sebalik Salahku dan Nampak Keperluanku (Need)” hasil gubahan Dottie Rambo pada tahun 1967, sebagai “Dia Melihat Di Sebalik Salahku dan Nampak Lututku (Knees)”. Pada ketika itu, saya selalu tertanya-tanya sebabnya Tuhan mahu melihat lutut saya. Adakah mungkin kerana lutut-lutut itu lemah? Saya tahu maksud lemah lutut ialah “takut”. Kemudian saya mendapati bahawa Dottie menggubah lagu itu yang berbicara tentang kasih Tuhan yang tidak bersyarat, sebagai respons kepada saudara lelakinya Eddie yang berfikir bahawa dia tidak mungkin dikasihi Tuhan kerana perbuatan-perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Dottie meyakinkan Eddie bahawa Tuhan melihat kelemahannya namun tetap mengasihinya.

Hidup Sepenuhnya

Pada tahun 1918, semasa penghujung Perang Dunia yang Pertama, Jurugambar Eric Enstrom, sedang menyusun sebuah portfolio pekerjaannya. Dia mahu menyertakan sekeping gambar yang dapat menyatakan rasa kepuasan yang melimpah pada zaman orang berasa kekosongan. Gambar yang menjadi kegemaran orang ramai ini mengandungi seorang lelaki berjanggut kelihatan duduk di meja dengan kepala tertunduk dan kedua-dua tangannya terkunci dalam doa. Di atas meja terdapat sebuah buku, kaca mata, semangkuk bubur, sebuku roti dan sebilah pisau.

Bejana Tua

Saya telah mengumpul banyak bejana tanah liat sejak beberapa tahun yang lalu. Bejana kegemaran saya telah digali dari suatu tempat yang bertarikh pada zaman Abraham. Sekurang-kurangnya ada satu benda di rumah kami yang lebih tua daripada saya! Benda itu bukan menarik sangat untuk dilihat: kotor, retak, sumbing dan perlu digosok. Saya menyimpannya untuk mengingatkan diri saya bahawa saya hanya seorang manusia yang diciptakan daripada debu tanah, Walaupun rapuh dan lemah, saya memiliki harta yang tidak ternilai—Yesus. “Kami yang memiliki harta rohaniah ini, seperti bekas yang dibuat daripada tanah” (2 Korintus 4:7).

Bangku Persahabatan

Di negara Zimbabwe, Afrika, trauma akibat peperangan dan kadar pengangguran yang tinggi telah menyebabkan orang berasa putus asa—sehingga mereka menemukan harapan daripada “bangku persahabatan”. Orang yang putus harapan akan pergi ke situ untuk bercakap dengan “nenek-nenek” terlatih, iaitu wanita-wanita lanjut umur yang telah diajar untuk mendengar luahan orang yang bergelut dengan kemurungan, yang dikenali dalam bahasa Shona di negara itu sebagai kufungisisa, atau bermaksud “terlalu banyak berfikir”.