Category  |  Pedoman Harian

Para Pengikut Yesus

Bunga matahari bertumbuh dengan bebas di seluruh dunia. Melalui pendebungaan oleh lebah-lebah, tumbuhan ini boleh kelihatan di tepi lebuh raya, di bawah sangkar burung, di kawasan lapang dan di padang rumput. Menurut majalah bagi petani, Farmer’s Almanac, untuk menuai benih bunga matahari yang sedap dan minyak bunga matahari yang tulen, bunga matahari perlu tumbuh di tanah yang baik dengan aliran air yang baik, tanah yang sedikit berasid, kaya dengan nutrien dan bahan kompos organik.

Gembala dan Bola Sepak

Satu elemen yang menarik dalam bola sepak Inggeris adalah lagu pasukan yang dinyanyikan oleh para peminat pada awal setiap perlawanan. Lagu-lagu ini merangkumi lagu yang lucu (‘Glad All Over”), lagu yang aneh (“I’m Forever Blowing Bubbles”), dan lagu yang membawa kejutan. Sebagai contoh, Mazmur 23 merupakan lagu pasukan bagi sebuah kelab bola sepak, West Bromwich Albion. Kata-kata mazmur ini terpapar di depan stadium , menyatakan kepada semua orang yang datang untuk menonton perlawanan “West Brom Baggies” tentang penjagaan ketua Gembala yang baik dan hebat.

Realiti yang Tidak Kelihatan

Stephen Cass, seorang penyunting bagi majalah Discover, memutuskan untuk memeriksa perkara-perkara yang tidak kelihatan dan merupakan sebahagian daripada kehidupan hariannya. Sewaktu berjalan masuk ke pejabatnya di New York, dia berfikir: “Kalau saya dapat melihat gelombang radio, maka kemuncak Bangunan Empire State (dengan semua antena radio dan TV) akan kelihatan seperti suatu warna yang bernyala-nyala menerangi seluruh bandar.” Dia menyedari dirinya dikelilingi oleh medan elektromagnet daripada radio, isyarat TV, Wi-Fi dan sebagainya yang tidak kelihatan.

Tidak Lagi Melarikan Diri

Pada 18 Julai 1983, seorang kapten tentera udara Amerika Syarikat telah hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan dari Albuquerque, New Mexico. 35 tahun kemudian, pihak berkuasa menemukannya di California. Akhbar The New York Times melaporkan bahawa, “Oleh sebab dia tertekan oleh kerja”, lalu dia melarikan diri.

Campur Tangan yang Berdaulat

Barbara membesar di bawah pemeliharaan Kerajaan British pada tahun 1960-an. Tetapi apabila dia berumur 16 tahun, dia dan anaknya Simon yang baru lahir telah kehilangan tempat tinggal. Negaranya tidak lagi terikat untuk menanggung perbelanjaannya pada umur itu. Maka Barbara menulis surat kepada Ratu England untuk mendapatkan pertolongan dan dia menerima respons! Dengan penuh kasih, Ratu England telah mengatur supaya Barbara memiliki sebuah rumah sendiri.

Tuhan Terlebih Besar

Giles Kelmanson, seorang renjer hidupan liar Afrika Selatan, menceritakan satu senario yang hebat. Dua ekor bejar madu bertarung dengan enam ekor singa. Walaupun jumlah singa itu lebih banyak, namun dua ekor bejar madu tersebut tetap melawan kerana tidak mahu mengalah kepada pemangsa buas yang bersaiz sepuluh kali lebih besar. Kumpulan singa menyangka bahawa pemburuan ini dapat menang dengan mudah, akan tetapi klip video menunjukkan bahawa bejar madu berjaya melarikan diri dengan begitu lagaknya.

Bermula Sekarang

Apabila laporan kesihatan kakak saya, Carolyn menunjukkan dia menghidapi barah pada penghujung Februari 2017, saya memberitahu kawan-kawan, “Saya perlu meluangkan masa sebanyak mungkin dengan kakak saya—mulai sekarang.” Beberapa orang berfikir reaksi saya adalah melampau terhadap khabar tersebut. Namun kakak saya meninggal dalam tempoh 10 bulan. Walaupun saya telah meluangkan masa selama berjam-jam dengannya, tetapi kita tidak pernah mempunyai cukup masa untuk menyatakan kasih itu kepada orang kesayangan kita dengan secukupnya.

Melakukan Apa Yang Kita Ajar

Sebagai seorang pastor dan penulis, Eugene Peterson berpeluang mendengar kuliah yang disampaikan oleh pakar perubatan Switzerland dan kaunselor pastor yang sangat dihormati, Paul Tournier. Peterson telah membaca beberapa karya penulisan doktor ini dan sangat mengagumi pendekatannya tentang penyembuhan. Kuliah itu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap Peterson. Selepas itu, dia menyimpulkan Tournier ialah orang yang melakukan apa yang dikatakannya. Peterson memilih perkataan ini untuk menyatakan pengalamannya: “Keselarasan. Itulah perkataan terbaik yang saya dapat fikirkan.”

Setiap Cerita, Bisikan Nama-Nya

Saya membuka Alkitab Kanak-Kanak bergambar yang menarik dan mula membacakannya kepada cucu lelaki saya. Kami segera terpesona dengan perkembangan jalan cerita tentang pemberian dan kasih Tuhan. Saya meletakkan penanda di halaman yang sedang kami baca untuk melihat judul buku sekali lagi: Cerita Alkitab tentang Yesus: Setiap Cerita Membisikkan Nama-Nya.