Kesejahteraan Yang Sempurna
Seorang kawan berkongsi kepada saya bahawa dia telah mencari kesejahteraan dan kepuasan selama bertahun-tahun. Dia dan suaminya berhasil dalam perniagaan dan dapat membeli sebuah rumah besar, pakaian mewah, serta barang kemas yang mahal. Tetapi segala harta milik ini tidak memuaskan keinginan dalaman untuk kesejahteraan, demikian juga persahabatannya dengan orang yang berpengaruh. Kemudian pada suatu hari, apabila dia berasa kecewa dan terdesak, seorang kawan menyampaikan Berita Baik tentang Yesus kepadanya. Itulah saatnya dia menemukan Raja Damai, dan pemahamannya tentang kesejahteraan serta kepuasan yang benar telah berubah selama-lamanya.
Seseorang Yang Boleh Dipercayai
“Saya tidak dapat mempercayai sesiapa pun,” kawan saya berkata sambil menangis. “Setiap kali saya mempercayai seseorang, mereka melukai hati saya.” Kisahnya membuatkan saya sangat marah, kerana bekas teman lelaki yang dianggapnya benar-benar dapat dipercayai telah mula menyebarkan cerita semenjak mereka memutuskan hubungan. Dia bergelut untuk mempercayai orang lain selepas mengalami zaman kanak-kanaknya yang penuh dengan keperitan, maka pengkhianatan ini menjadi salah satu lagi kepastian bahawa orang lain tidak boleh dipercayai.
Dasar Yang Teguh
Sebuah salib yang bersinar terpacak di atas Table Rock, Amerika Syarikat. Dari dataran tinggi berbatu ini, anda akan dapat melihat kampung halaman saya. Beberapa buah rumah telah dibina di persekitaran tempat tersebut, tetapi sejak kebelakangan ini, pemilik-pemilik rumah di situ terpaksa berpindah kerana hal keselamatan. Walaupun mereka tinggal berdekatan dengan dasar Table Rock yang teguh, namun kediaman itu tidak selamat. Ia telah mula beralih di atas dasar tersebut—hampir tiga inci sehari—dan menimbulkan risiko pembocoran paip air yang akan mempercepat keruntuhan tanah.
Segala Yang Kita Perlu
Saya sering berpendapat bahawa saya langsung tidak mampu melakukan tugas yang di hadapan. Sama ada mengajar di Sekolah Minggu, menasihati seorang kawan, ataupun menulis artikel untuk penerbitan ini. Cabaran sering kelihatan lebih besar daripada kemampuan saya. Seperti Petrus, masih banyak yang harus saya pelajari.
Kecantikan dalam Kehancuran
Kintsugi ialah seni yang berabad-abad lamanya di Jepun untuk membaiki pasu yang hancur. Habuk emas yang bercampur dengan resin digunakan untuk melekat sepihan hancur atau mengisi retakan, sehingga ia kelihatan ikatan yang menarik. Seni ini menukarkan sesuatu yang hancur menjadi cantik, bukannya cuba menutup kesan pembaikan.
Pemberian Belas Kasihan
Apabila saya mengadu bahawa pilihan seorang sahabat saya telah mendalami dosa dan perbuatannya mempengaruhi saya, seorang wanita yang selalu berdoa dengan saya pada setiap minggu ini meletakkan tangannya di atas tangan saya. “Marilah kita berdoa untuk kita semua.”
Biar Hormat Bertemu Hormat
Saya selalu tertarik akan suasana serius tetapi penuh kesederhanaan di Tanah Perkuburan Nasional Arlington semasa Upacara Pertukaran Pengawal di Makam Orang yang Tidak Dikenali (Changing of the Guard at the Tomb of the Unknowns). Upacara yang dirancang dengan sangat terperinci ini adalah penghormatan kepada nama dan pengorbanan askar yang “hanya diketahui oleh Tuhan.” Masa yang mengharukan adalah saat askar-askar ini masih bertugas: pergi dan balik, jam demi jam, hari demi hari, biarpun pada cuaca paling buruk apabila orang ramai beredar pulang.
Anda Amat Berharga
Ibu saya yang menjalani gaya hidup yang anggun dan terhormat sepanjang kehidupannya, sekarang berada di katil hospis kerana usianya yang tua. Dia susah untuk bernafas dan keadaannya semakin lemah. Keadaannya amat berbeza dengan hari indah pada musim bunga yang kelihatan di luar tingkap.
Tidak Berfungsi
Perkataan disfungsi sering digunakan untuk menerangkan individu, hubungan, organisasi dan kerajaan yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Sementara fungsional merujuk kepada keadaan yang baik, disfungsi adalah bertentangannya—ia bermaksud rosak, tidak berfungsi dengan baik, tidak dapat melakukan sesuatu mengikut tujuan rekaannya.