Tinggal Bersama Dengan Singa
Semasa lawatan saya ke sebuah muzium di Chicago, saya melihat salah satu mural asli mengenai Striding Lions of Babylon, iaitu lukisan seekor singa garang dan bersayap yang sangat besar. Ia merupakan simbol Ishtar, iaitu dewi kasih dan peperangan Babilonia. Gambar singa ini agak serupa dengan 120 singa yang lain di sepanjang laluan utama kota Babilonia pada 604-562 sm.
Menjadi Seorang Kawan Sejati
Penyajak Samuel Foss menulis, “Biarlah saya hidup di tepi jalan dan menjadi kawan kepada orang lain” (The House by the Side of the Road). Itulah yang saya ingin jadi—menjadi kawan kepada orang. Saya hendak berdiri di tepi jalan, menunggu pengembara yang keletihan, mencari mereka yang telah didera dan dipersalahkan oleh orang lain, serta mereka yang sedang mengangkat beban hati yang terluka dan kecewa. Saya berharap untuk memberi dorongan dan menyegarkan mereka dengan perkataan yang mengalakkan, kemudian menghantar mereka untuk meneruskan perjalanan mereka. Saya mungkin tidak dapat “membaiki” mereka atau masalah mereka, tetapi saya dapat memberi mereka berkat.
Bunga Selamanya
Semasa kecil, anak lelaki saya, Xavier suka memberi saya bunga. Saya menghargai setiap rumpai yang dipetik atau bunga yang dibeli dari kedai bunga bersama ayahnya. Saya menghargai setiap pemberian itu sehingga ia menjadi layu dan terpaksa dibuang.
Benih yang Bertaburan
Saya menerima satu e-mel yang indah yang ditulis oleh seorang wanita, “Ibu anda merupakan guru darjah satu saya di Kota Putnam pada tahun 1958. Dia seorang guru yang hebat dan baik hati, tetapi tegas! Dia meminta kami menghafal Mazmur 23 lalu melafazkannya di depan kelas, dan saya sangat takut. Itu merupakan satu-satunya masa saya membaca Alkitab sebelum saya menjadi seorang Kristian pada tahun 1997. Memori tentang Puan McCasland kembali setiap kali saya membaca mazmur ini.”
Mazmur Perkhemahan
Apabila saya dan suami berjalan-jalan sambil menghayati alam semula jadi, kami akan membawa kamera dan mengambil gambar tumbuhan yang ada di kaki kami dari dekat, seumpama alam kecil di dunia ini. Begitu menakjubkan kepelbagaian dan kecantikan yang kami lihat, termasuk kulat yang tumbuh semalaman menjadikan kayu pokok kelihatan dipenuhi titik-titik berwarna jingga, merah dan kuning yang terang pada kayu pokok!
Penolong
Sewaktu saya menaiki kapal terbang untuk pergi belajar di sebuah bandar sejauh beribu-ribu kilometer dari rumah, saya berasa risau dan keseorangan. Tetapi dalam penerbangan itu, saya teringat akan janji-janji Yesus kepada para pengikut-Nya dengan kehadiran Roh Kudus yang menghiburkan.
Menyanyi Dengan Violet
Seorang wanita tua bernama Violet duduk di atas katilnya di sebuah hospital di Jamaica, dan senyum dengan beberapa remaja yang datang melawatnya. Udara tengah hari yang panas meniup masuk ke tempatnya tanpa henti, tetapi dia tidak bersungut. Sebaliknya, dia cuba memikirkan sebuah lagu untuk dinyanyikan. Kemudian dia tersenyum besar dan mula menyanyi, “Saya sedang berlari, melompat, memuji Tuhan!” Semasa dia menyanyi, dia menggoyangkan tangannya ke depan dan ke belakang seakan-akan dia sedang berlari. Mereka yang berada di sekelilingnya berlinang-linang air mata kerana Violet tidak mempunyai kaki. Dia berkata, “Yesus mengasihi saya—dan di syurga saya akan mempunyai kaki untuk berlari.”
Jalan Tanpa Lampu
Dalam perjalanan pulang dari tempat percutian, saya dan keluarga telah melalui bahagian tengah Oregon, Amerika Syarikat yang terpencil. Selama dua jam selepas senja, kami melalui ngarai yang dalam dan gurun dataran tinggi. Di sepanjang jalan itu, kelihatannya kurang daripada dua puluh buah lampu hadapan kereta menerangi kegelapan jalan. Secara perlahan-lahan, bulan pun mula muncul di langit, cahayanya kelihatan di sepanjang jalan ke puncak bukit, tetapi menjadi gerhana bulan apabila kami melalui tanah rendah. Anak perempuan saya menyebutkan bahawa cahaya bulan mengingatkan dia tentang kehadiran Tuhan. Saya bertanya sama ada dia perlu melihat bulan untuk tahu akan hadirat Tuhan. Dia menjawab, “Tidak, tetapi ini pasti membantu.”
Kongsilah Berita Baik
Dalam persidangan mahkamah, para saksi adalah lebih banyak daripada pemerhati atau penonton. Mereka merupakan peserta yang aktif dalam membantu menentukan keputusan sesuatu kes. Perkara ini adalah sama apabila kita menjadi saksi untuk Kristus. Kita perlu menjadi peserta yang aktif dalam perkara yang paling penting—kebenaran tentang kematian dan kebangkitan Yesus.