Category  |  Pedoman Harian

Rumah Api

Sebuah pusat pelayanan di Rwanda yang bernama “Rumah Api” melambangkan penebusan. Ia terletak di sebuah tempat yang berlakunya pembunuhan kaum pada tahun 1994. Pada ketika itu, presiden negara tersebut memiliki sebuah rumah yang tersergam indah di kawasan tersebut. Bagaimanapun, bangunan baru sekarang ini telah didirikan oleh orang Kristian sebagai tanda sinaran dan harapan. Sebuah institusi Alkitab di dalam bangunan itu telah melahirkan generasi pemimpin Kristian baru, berserta dengan sebuah hotel, restoran, dan perkhidmatan-perkhidmatan lain bagi masyarakat. Harapan baru telah lahir daripada pemusnahan. Orang yang membina Rumah Api itu menyanjung Yesus sebagai sumber pengharapan dan penebusan mereka.

Memandang Hari Esok

Saya seronok ketika memandang langit biru yang tidak berawan. Langit adalah sebahagian daripada keindahan karya agung Sang Pencipta, diberikan kepada kita untuk dinikmati. Para juruterbang pesawat pasti juga menyukai pemandangan itu. Mereka menggunakan beberapa terma aeronautikal untuk menghuraikan keadaan langit yang sempurna bagi penerbangan, tetapi terma kegemaran saya adalah, “Anda boleh melihat melangkaui hari esok.”

Pemungut Sampah Yang Terpintar

Noah Purifoy telah memulakan kerjanya sebagai seorang artis “penghimpun” dengan tiga tan reruntuhan yang dikumpulkan akibat rusuhan pada tahun 1965 di kawasan Watts, Los Angeles. Barang-barang itu termasuklah roda-roda basikal yang rosak , bola-bola bowling, tayar buangan serta set-set TV yang remuk—barang-barang yang tidak berguna lagi—dia dan seorang rakan sekerjanya mencipta arca tentang orang yang diperlakukan sebagai “buangan” dalam masyarakat moden. Seorang wartawan meng-gelar Purifoy sebagai “Pemungut Sampah Yang Terpintar.”

Pembohongan Kecil

Ibu mendapati bahawa Elias yang berumur empat tahun bergegas lari dari kawasan anak-anak kucing yang baru lahir. Sebelum itu, ibu sudah menasihatinya supaya tidak menyentuh anak-anak kucing itu. “Elias, adakah kamu menyentuh kucing itu?” tanya ibu.

Kasih Dinyatakan

Ketika beberapa buah papan tanda “I love you” (saya mengasihi anda) berwarna merah jambu muncul dengan misterinya di bandar Welland, Ontario, di Kanada, wartawan tempatan yang bernama Maryanne Firth memutuskan untuk membuat penyiasatan. Namun siasatan itu tidak menemukan apa-apa hasil. Beberapa minggu kemudian, papan-papan tanda baru muncul dengan memaparkan nama sebuah taman tempatan disertakan tarikh dan masa.

Tiada Keraguan Lagi

Kita mengenali dia sebagai Tomas yang Ragu-Ragu (lihat Yohanes 20:24–29), tetapi gelaran itu tidak begitu adil bagi dia. Sesungguhnya, berapa di kalangan kita percaya bahawa Yesus yang telah dihukum mati sudah bangkit semula? Kita sepatutnya menggelar dia sebagai “Tomas yang Berani.” Ini kerana Tomas menunjukkan keberanian yang mengagumkan sewaktu Yesus bertekad meng-hadapi kematian-Nya.

Pandanglah Pekerjaan Yesus

Seorang budak kecil berumur lapan tahun memberitahu Wally, iaitu rakan kepada ibu bapanya, “Saya mencintai Yesus dan mahu melayani Tuhan di luar negara pada suatu hari nanti.” Selama lebih daripada 10 tahun, Wally berdoa untuknya sementara melihatnya membesar. Apabila pemuda ini kemudiannya memohon di agensi misi untuk pergi ke Mali di Afrika Barat, Wally berkata kepadanya, “Ini berkenaan dengan masa! Sewaktu saya mendengar apa yang hendak kamu lakukan, saya melaburkan sejumlah wang dan menyimpannya untuk kamu, sambil menunggu berita yang menggembirakan ini.” Wally mengambil berat terhadap penyelamatan orang lain dan mahu menyampaikan Berita Baik Tuhan kepada mereka.

Saya Mengetahui Semuanya

Anak lelaki dan menantu perempuan kami menghadapi kecemasan. Cucu kami yang bernama Cameron sedang menderita sakit pneumonia dan bronkitis dan perlu dihantar ke hospital dengan segera. Mereka meminta kami supaya menjemput Nathan, anak mereka yang berumur lima tahun dari sekolah dan membawanya pulang ke rumah. Saya dan isteri saya, Marlene sudi melakukannya.

Bersandar Pada Yesus

Ada kalanya ketika saya meletakkan kepala di atas bantal pada waktu malam dan berdoa, saya membayangkan saya sedang bersandar pada Yesus. Setiap kali saya melakukannya, saya ingat sesuatu yang dikatakan oleh firman Tuhan tentang rasul Yohanes. Yohanes sendiri yang menulis tentang bagaimana dia duduk di samping Yesus semasa Perjamuan Terakhir: “Pengikut yang dikasihi oleh Yesus duduk di sebelah Yesus” (Yohanes 13:23).