Masa untuk Pemulihan Tuhan
Gambar-gambar yang datang daripada aliran teks seorang kawan sangat menakjubkan! Gambar-gambar hadiah kejutan untuk isterinya mem-perlihatkan sebuah kereta Ford Mustang 1965 yang telah dipulihkan: berkilat, luaran biru gelap; rim krom yang berkilauan; dalaman hitam yang dihias semula; dan sebuah motor untuk memadankan pembaharuan yang lain. Terdapat juga gambar-gambar “sebelumnya” kereta yang sama itu—versi kuning yang pudar, terpakai dan tidak menarik. Walaupun ia mungkin sukar untuk dibayangkan, kemungkinan besar ketika kenderaan tersebut dikeluarkan dari kilang pemasangan, ia juga menarik perhatian. Namun disebabkan oleh faktor masa, penggunaan dan kerosakan, serta faktor-faktor yang lain, tiba masanya untuk pemulihan.
Makna Mir
Hari ini ialah Hari Epiphany, hari memperingati peristiwa yang diceritakan oleh lagu Krismas “We Three Kings of Orient Are” (Kita ialah Tiga Raja dari Timur) apabila ahli ilmu bintang kafir datang melawat Yesus yang baru lahir. Namun mereka bukan raja, mereka bukan dari Timur Jauh (sebagaimana yang pada mulanya dimaksudkan oleh perkataan Orient), dan nampaknya mereka bukan tiga orang sahaja.
Tuhan di Persimpangan Jalan
Selepas sakit beberapa hari dan menghidapi deman panas yang tinggi, jelas sekali suami saya memerlukan penjagaan kecemasan. Pihak hospital terus memasukkannya di wad. Pada hari keesokkan, keadaannya bertambah baik, tetapi dia masih belum dapat keluar dari hospital. Saya menghadapi pilihan yang sukar sama ada tinggal bersama dengan suami atau pergi melakukan satu lawatan kerja yang penting, yang melibatkan banyak orang dan projek. Suami saya meyakinkan bahawa dia akan baik-baik sahaja. Tetapi hati saya berbelah bagi antara dia dan kerja saya.
Kesetiaan yang Tenang dalam Kristus
Pada mulanya, saya tidak perasan akan dia.
Mengesan Harapan
Ahli oseanografi (saintis yang mengkaji aspek fizikal dan biologi laut), Sylvia Earle telah menyaksikan secara langsung tentang pencemaran terumbu karang. Maka dia menubuhkan Mission Blue, sebuah organisasi yang menumpukan perkembangan “titik harapan” (hope spots) secara global. Tempat-tempat yang istimewa di serata dunia ini adalah tempat yang “kritikal bagi kesihatan lautan,” serta memberi impak kepada kehidupan kita di bumi. Melalui penjagaan yang tertumpu kepada tempat-tempat ini, ahli-ahli saintis telah melihat perhubungan hidupan bawah air dipulihkan dan hidupan spesies terancam telah dipelihara.
Anak-Nya yang Bangkit
Novel penuh pertama Ernest Hemingway menceritakan tentang sahabat-sahabat yang merupakan kaki botol. Mereka baru menempuhi Perang Dunia Pertama, dan pengalaman ngeri yang amat menyakitkan ini akibat perang yang membinasakan telah meninggalkan parut yang menyeksa dalam hati mereka. Mereka cuba mengatasinya dengan berpesta, melakukan pengembaraan dan mengadakan hubungan seks rambang. Mereka sentiasa mengambil minuman alkohol untuk mengebaskan kesakitan tersebut. Namun semua ini tidak berhasil, tiada seorang pun berasa gembira.
Identiti Baru Dalam Yesus
“Saya bukan seperti yang dahulu. Saya kini orang yang baharu.” Begitulah kata-kata singkat daripada anak lelaki saya, yang dikatakannya kepada murid-murid lain semasa perhimpunan sekolah, menerangkan perubahan yang telah dibawa Tuhan dalam hidupnya. Sebelum ini, Geoffery melihat nilai diri berdasarkan dosa dan kesilapannya, kerana dia pernah ketagih heroin. Tetapi kini dia melihat dirinya sebagai anak Tuhan.
Kota yang Adil
Pada malam sebelum tahun baru 2000, pegawai-pegawai kerajaan di Detroit dengan berhati-hati membuka satu kapsul masa yang berusia 100 tahun. Di dalam kotak tembaga itu terdapat ramalan yang penuh harapan daripada beberapa orang pemimpin bandar yang menyatakan visi kemakmuran. Namun mesej daripada Datuk Bandar memberikan pendekatan yang berbeza. Dia menulis, “Semoga kita dibenarkan untuk meluahkan satu harapan yang lebih besar kepada semua orang … kita akan sedar, bahawa sebagai satu negara, rakyat dan bandar, kita mahu bertumbuh dalam kebenaran, kerana barulah sesebuah negara akan menjadi makmur.”
Doa yang Tulus
Tiga hari sebelum satu letupan bom menggegarkan rumahnya pada bulan Januari, 1957, Dr. Martin Luther King Jr. mengalami satu kejadian yang memberi kesan dalam hidupnya. Selepas menerima satu panggilan ugutan, King memikirkan strategi untuk keluar daripada gerakan hak sivil. Kemudian, doa timbul dari hatinya. “Aku berpegang teguh pada apa yang aku percaya betul. Tetapi sekarang aku takut. Aku tidak mempunyai apa-apa lagi. Aku telah sampai ke tahap yang aku tidak dapat menghadapinya seorang diri.” Selepas dia berdoa, timbul keyakinan dalam hatinya. King menyatakan, “hampir dengan serta merta, ketakutan saya lenyap. Keraguan saya hilang. Saya sudah bersedia untuk menghadapi apa sahaja.”