Berkat Hari Kesyukuran
Pada tahun 2016, Wanda Dench menghantar teks untuk menjemput cucunya makan malam pada Hari Kesyukuran, tanpa mengetahui cucunya telah menukar nombor telefonnya. Teks itu sebaliknya dihantar kepada Jamal, seorang yang tidak dikenalinya. Jamal tidak mempunyai rancangan pada malam itu, jadi, selepas menjelaskan siapa dia, kemudian dia bertanya sama ada dia masih boleh datang untuk makan malam. Wanda berkata, “Sudah tentu boleh.” Jamal pun menyertai makan malam keluarga tersebut, dan sejak itu ini menjadi tradisi tahunan bagi Jamal. Jemputan yang “silap” menjadi berkat tahunan.
Terserlah seperti Bintang
Perkara pertama yang saya perhatikan tentang bandar itu ialah pusat perjudiannya. Seterusnya, kedai ganja, kedai peralatan seks dan papan-papan iklan gergasi yang didirikan oleh peguam untuk mengaut keuntungan atas masalah orang. Walaupun saya pernah melawat banyak bandar maksiat sebelum ini, bandar ini nampaknya lebih teruk.
Berharga di Mata Tuhan
Semasa kecil, Ming selalu berasa ayahnya kasar dan tidak mesra. Walaupun semasa Ming sakit dan terpaksa berjumpa pakar kanak-kanak, bapanya merungut bahawa itu menyusahkannya. Suatu ketika, dia terdengar pertengkaran dan mendapat tahu bahawa ayahnya mahu dia digugurkan ketika dia masih dalam kandungan. Perasaan sebagai seorang kanak-kanak yang tidak diingini terbawa ke usia dewasanya. Apabila Ming percaya kepada Yesus, dia mendapati sukar untuk berhubung dengan Tuhan sebagai Bapa, walaupun dia mengenali Dia sebagai Tuhan dalam hidupnya.
Keputusan Tidak Ternilai
Selama tiga tahun, setiap hari semasa persekolahan, Colleen telah memakai kostum atau topeng yang berbeza-beza untuk menyambut anak-anaknya apabila mereka turun dari bas sekolah pada setiap petang. Itu menggembirakan semua orang di dalam bas—termasuk pemandu bas: “[Dia] membawa kegembiraan kepada anak-anak di dalam bas saya, sungguh menakjubkan. Saya suka apa yang dilakukannya.” Anak-anak Colleen juga bersetuju.
Kumpulkan Kekuatan dalam Tuhan
Grainger McKoy ialah seorang artis yang mengkaji dan memahat patung burung. Dia mahir mengabadikan posisi pelbagai jenis burung yang menunjukkan keanggunan, kelemahan dan kekuatan dalam karyanya. Dalam salah satu karyanya yang bertajuk Recovery (Pemulihan), sayap kanan tunggal seekor itik ekor runcing diregangkan tinggi dalam kedudukan menegak. Di bawahnya terdapat satu plak yang menjelaskan, “Inilah saat kelemahan terbesar burung ini dalam penerbangan, tetapi juga saat ia mengumpulkan kekuatan untuk meneruskan perjalanan di hadapan.” Grainger memasukkan ayat ini: “Cukuplah kasih kurnia-Ku bagimu, kerana kekuatan-Ku menjadi sempurna dalam kelemahan” (2 Korintus 12:9).
Menegur dalam Kasih
Saudara lelaki ini melakukan banyak perkara dengan baik, tetapi dia mempunyai satu masalah, dan semua orang melihatnya. Tetapi disebabkan dia berupaya melaksanakan sebahagian besar tugasnya dengan amat berkesan, maka isu kemarahannya tidak ditangani dengan sewajarnya. Dia tidak pernah benar-benar ditegur. Malangnya, perkara ini mengakibatkan ramai orang dilukai selama bertahun-tahun. Akhirnya kerjaya saudara dalam Kristus ini yang sepatutnya mempunyai masa depan yang cerah ditamatkan dengan awal. Alangkah baiknya jika saya memilih untuk menegurnya dalam kasih sejak awal lagi.
Pengembaraan yang Luar Biasa
“Agama Kristian bukan untuk saya, itu membosankan. Salah satu matlamat hidup saya ialah kembara. Itulah kehidupan yang ideal bagi saya,” kata seorang wanita muda kepada saya. Saya sedih kerana dia belum mengetahui kegembiraan dan keseronokan yang luar biasa yang dialami oleh orang yang mengikut Yesus—suatu pengembaraan yang tiada tandingannya. Saya berkongsi Yesus kepadanya dengan teruja, tentang kehidupan sebenar yang boleh ditemui dalam Dia.
Menceritakan Kebaikan Tuhan
Masa kesaksian merupakan satu segmen dalam ibadah gereja kami apabila orang berkongsi tentang pekerjaan Tuhan dalam kehidupan mereka. Auntie—atau Sis Langford, sebagaimana dia dikenali dalam keluarga gereja kami—selalu dipenuhi pujian dalam kesaksiannya. Setiap kali dia bersaksi tentang kisah lahir baharunya, seseorang boleh menjangkakan dia akan mengambil lebih masa dalam ibadah gereja pada hari tersebut. Pujian tercurah dari hatinya kepada Tuhan kerana Dia telah mengubah hidupnya!
Satu Perkara Diperlukan
Suatu hujung minggu pada bulan Mac, saya mengetuai retret dengan tema Maria dan Marta, dua bersaudara perempuan di Betania yang dikasihi Yesus bersama dengan saudara lelaki mereka Lazarus (Yohanes 11:5). Kami berada di satu tempat yang terpencil di pinggir pantai di England. Apabila salji turun tanpa diduga, dan kami tidak dapat meninggalkan tempat itu, ramai peserta telah berkata bahawa hari tambahan itu bermakna mereka boleh berlatih untuk duduk dekat kaki Kristus seperti Maria. Mereka mahu mengejar “satu perkara sahaja yang diperlukan” (Lukas 10:42), sebagaimana Yesus dengan penuh kasih memberitahu Marta inilah yang patut dihargainya, iaitu memilih untuk mendekatkan diri dan belajar daripada-Nya.