Salib Perdamaian-Nya
Mata yang suram dapat dilihat melalui lukisan Simon of Cyrene, karya seorang seniman Belanda, Egbert Modderman. Mata Simon dalam lukisan tersebut mendedahkan dia menanggung beban fizikal dan emosi yang sangat besar. Dalam Markus 15, kita mengetahui bahawa Simon ditarik daripada kerumunan orang ramai dan dipaksa untuk memikul salib Yesus.
“Hari Sudah Malam”
Novel Eli Wiesel yang bertajuk Night (Malam), secara jelas mendedahkan kengerian Holocaust (peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh rejim Nazi pimpinan Hitler). Berdasarkan pengalamannya sendiri di kem maut Nazi yang ngeri, kisah Wiesel mengimbas kembali kisah dalam kitab Keluaran. Semasa Musa dan orang Israel melarikan diri daripada perhambaan pada Hari Paska pertama (Keluaran 12), Wiesel pula menceritakan pihak Nazi menangkap pemimpin Yahudi setelah perayaan Hari Paska.
Dijaga oleh Kasih
Cucu lelaki saya yang berusia 4 tahun duduk di pangkuan saya. Dia membelai kepala saya yang botak dan memerhati dengan teliti. “Atuk,” dia bertanya, “Apa jadi dengan rambut atuk?” “Oh,” saya tertawa, “Rambut atuk semakin hilang apabila semakin tua.” Raut wajahnya berubah: “Teruk betul,” jawabnya. “Baik aku bagi atuk beberapa helai rambut aku.”
Seperti Kita, Untuk Kita
Derek perasan anak lelakinya tidak mahu menanggalkan bajunya untuk berenang. Dia juga menyedari bahawa itu disebabkan anaknya malu akan tanda lahir yang menutupi bahagian dada, perut dan lengan kirinya. Derek bertekad untuk menolong anaknya, maka dia menjalani proses menatu tubuhnya yang lama dan menyakitkan, semata-mata membuat tanda yang sama dengan anaknya.
Memanfaatkan Setiap Saat
Jam saku yang terhenti kini disimpan sebagai arkib perpustakaan di Universiti North Carolina, menceritakan kisah yang amat memilukan. Waktu yang berhenti (8:19 dan 56 saat) pada jam saku milik Elisha Mitchell menunjukkan saat dia tergelincir dan maut jatuh dari sebuah air terjun di Gunung Appalachian pada pagi 27 Jun 1857.
Raja yang Menunggang Keldai
Hari itu ialah hari Ahad—hari yang kini digelar Minggu Palma. Memang tidak dipertikaikan bahawa ini bukan kunjungan pertama Yesus ke Yerusalem. Sebagai orang Yahudi yang taat, Dia akan pergi ke kota itu setiap tahun kerana 3 perayaan besar (Lukas 2:41-42; Yohanes 2:13; 5:1). Selama 3 tahun sebelumnya, Kristus juga melayani dan mengajar firman Tuhan di Yerusalem. Tetapi pada hari Ahad…
Bas Sembang
Pada tahun 2019, Syarikat Bas Oxford melancarkan satu perkhidmatan yang dipanggil “Chatty Bus” (Bas Sembang) dan menjadi popular dengan serta-merta. Ia merupakan sebuah bas yang dinaiki oleh beberapa orang yang ditetapkan untuk berbual-bual dengan penumpang lain yang berminat dengan perkhidmatan ini. Langkah ini dimulakan sebagai respons kepada penyelidikan kerajaan yang mendapati bahawa 30% rakyat Britain meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu…
Alamat Tetap
Tidak lama dahulu kami berpindah ke rumah baharu yang tidak jauh dari rumah lama kami. Walaupun jarak berdekatan, kami masih perlu memuatkan semua barang ke dalam trak sementara menunggu segala urusan jual beli diselesaikan. Dalam tempoh ini, perabot kami ditinggalkan di dalam trak dan keluarga kami menumpang di tempat penginapan untuk sementara. Masa itu saya hairan kerana berasa seperti “di…
Hospitaliti Sebenar
“Kumain ka na ba?” (Kamu sudah makan?)
Inilah pertanyaan yang anda akan selalu dengar sebagai pelawat di kebanyakan rumah di Filipina, tempat asal saya. Ia merupakan cara orang Filipina menunjukkan keprihatinan dan kebaikan kepada tetamu. Tanpa mempedulikan jawapan, tuan rumah tetap akan sentiasa menyediakan makanan untuk tetamu. Orang Filipina percaya bahawa kebaikan yang ikhlas bukan sekadar mengucapkan kata-kata sambutan, tetapi melakukan lebih…