Jangan Mengutuk
William Shakespeare pakar dalam memberi sindiran, suatu “kualiti” yang dimanfaatkan dengan baik oleh pelakon Barry Kraft dalam bukunya, Shakespeare Insult Generator (Penjana Sindiran Shakespeare). Buku tersebut mengandungi kata-kata sindiran yang diambil daripada lakonan Shakespeare. Sebagai contoh, anda mungkin menyindir seseorang dengan berkata, “Kamu bagaikan seekor ayam yang suka berketak di darat dan seperti antah di tepi gantang, masuk tak genap keluar tak ganjil”—kata-kata ini lebih menarik berbanding dengan berkata, “Kamu banyak bercakap besar dan tidak begitu bijak, bajingan!”
Berdiri Teguh dalam Iman
Syarikat Nokia menjadi jenama telefon bimbit yang terlaris di dunia pada tahun 1998, dengan keuntungan meningkat kepada hampir $4 bilion dolar pada tahun 1999. Namun menjelang tahun 2011, jualan syarikat ini semakin menurun dan tidak lama kemudian, jenama telefon yang semakin merosot tersebut diambil alih oleh syarikat Microsoft. Faktor utama kegagalan telefon bimbit syarikat Nokia ialah budaya kerja yang berasaskan perasaan takut sehingga mengakibatkan keputusan yang merugikan. Para pengurus syarikat itu enggan memberitahu kebenaran tentang kelemahan sistem operasi telefon bimbit Nokia serta masalah reka bentuk yang lain kerana mereka takut dipecat.
Keajaiban Hari Krismas
Sewaktu mengunjungi jualan garaj, saya menemui satu set patung permainan yang menunjukkan kelahiran Yesus dalam sebuah kotak kadbod yang buruk. Ketika saya mengangkat patung bayi Yesus, perincian yang diukir dengan halus pada patung itu menarik perhatian saya. Mata patung bayi yang baru lahir ini tidak tutup dan dibalut dengan selimut—dia terjaga dan sebahagian selimutnya terungkai dengan lengan yang dihulurkan, malah tangannya terbuka serta jarinya terentang. Patung tersebut seakan-akan berkata: “Aku di sini!”
Secukupnya
Dalam filem Fiddler on the Roof, seorang watak yang bernama Tevye bercakap secara jujur dengan Tuhan tentang ekonomi-Nya: “Engkau telah mewujudkan begitu ramai orang miskin. Sudah tentunya, aku sedar bahawa menjadi miskin itu tidak memalukan. Tetapi itu juga bukan suatu penghormatan! Jadi, adakah ini sesuatu yang buruk jika aku mempunyai kekayaan walaupun hanya sedikit! … Adakah itu akan merosakkan rancangan yang besar dan kekal—jikalau aku seorang yang kaya?
Warisan Iman
Pada tahun 2019, satu penyelidikan telah dilakukan untuk meninjau tentang warisan rohani orang Kristian di Amerika Syarikat. Penyelidikan ini mendapati bahawa golongan nenek dan ibu mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan rohani. Hampir dua pertiga orang berkata bahawa mereka mewarisi iman melalui ibu mereka, manakala satu pertiga orang mengakui bahawa datuk dan nenek (biasanya nenek) juga memainkan peranan penting.
Sahabat Seumur Hidup
William Cowper (1731 -1800), seorang penyair Inggeris, membina persahabatan dengan pastornya, John Newton (1725 -1807), yang juga merupakan bekas pedagang hamba. Cowper mengalami kemurungan serta kebimbangan, malah telah beberapa kali cuba untuk bunuh diri. Setiap kali Newton melawat Cowper, mereka akan pergi bersiar-siar dan bercakap tentang Tuhan. Newton mendapat idea untuk menghimpunkan sebuah buku lagu dengan harapan bahawa Cowper akan mendapat manfaat agar dia dapat melibatkan dirinya secara kreatif dan mempunyai alasan untuk menulis puisinya. Cowper menyumbang banyak lagu, termasuklah “God Moves in a Mysterious Way” (Tuhan Bekerja dengan Cara yang Ajaib). Ketika Newton berpindah ke gereja lain, dia dan Cowper masih kekal sebagai sahabat yang rapat dan sentiasa berhubung sepanjang hayat Cowper.
Dalam Tangan Tuhan
William Shatner melakonkan watak Kapten Kirk dalam siri televisyen Star Trek, tetapi dia tidak bersedia untuk pengembaraan yang sebenar ke angkasa lepas. Shatner berkata bahawa penerbangan sub orbital selama 11 minit tersebut merupakan “pengalaman paling luar biasa yang boleh saya bayangkan.” Dengan perasaan kagum, Shatner melangkah keluar dari roketnya, “melihat langit yang biru melangkaui anda dan kemudiannya merenung ke dalam kegelapan, itulah pengalaman yang amat mengagumkan” kata Shatner. Anda “memandang ke bawah dan melihat warna kebiruan di bawah serta kegelapan di atas”. Dia menambah, “keindahan warna tersebut kelihatan sangat nipis dan anda akan melepasinya dalam hanya sekelip mata.”
Makna Kehidupan
Sebuah cerita pendek yang ditulis oleh penulis dari Argentina, iaitu Jorge Luis Borges, mengisahkan tentang seorang askar Rom bernama Marcus Rufus, yang telah minum air dari “sungai rahsia yang dikatakan dapat membebaskan manusia daripada kematian”. Tetapi setelah beberapa masa berlalu, Marcus sedar bahawa kehidupan abadi tidak seperti yang dijangkanya: kehidupan tanpa batas adalah kehidupan tanpa makna. Malah, kematian itu sendiri yang memberi makna pada kehidupan. Setelah itu, Marcus menemukan suatu penawar—iaitu mata air yang jernih. Selepas sahaja dia minum mata air tersebut, Marcus terus mencalarkan tangannya dengan duri, dan titisan darah daripada lukanya menandakan dia kembali menjadi seorang manusia biasa.
Aku Terdengar Bunyi Loceng
Berdasarkan sebuah puisi yang ditulis oleh Wadsworth Longfellow pada tahun 1863, “I Heard The Bells on Christmas Day” (Aku Mendengar Loceng pada Hari Krismas) merupakan sebuah lagu Krismas yang agak luar biasa. Kebiasaannya lagu Krismas dipenuhi dengan kegembiraan dan keriuhan, tetapi lirik lagu tersebut dipenuhi dengan keluhan dan tangisan. “Dalam keputusasaan, aku menundukkan kepalaku / Tiada kedamaian di bumi, kataku / Kerana kebencian ada di mana-man dan mengejek lagunya / Damai di bumi, bagi orang yang berkenan pada hati-Nya.” Namun, bahagian keluhan dalam lagu ini akhirnya beralih ke bahagian yang penuh dengan harapan, meyakinkan kita bahawa “Tuhan tidak mati, dan tidak tidur / Yang salah akan gagal, orang yang benar akan menang / Damai di bumi, bagi orang yang berkenan pada hati-Nya.”