Category  |  Pedoman Harian

Kata-kata yang Tepat 

Pada tahun lalu atau sebelumnya, beberapa penulis telah menggesa orang percaya untuk melihat kembali “perbendaharaan kata” bagi iman kita. Sebagai contoh, seorang penulis menekankan bahawa istilah-istilah Kristian yang kaya boleh hilang kesannya, terutama apabila ia terlalu biasa digunakan sehingga kita kehilangan erti Injil yang mendalam dan keperluan kita akan Tuhan. Apabila itu berlaku, dia mencadangkan bahawa kita perlu mempelajari semula bahasa iman dari awal dan meninggalkan andaian-andaian sehingga kita dapat melihat Berita Baik untuk kali pertama.

Harapan dalam Keputusasaan

Dalam lerang komik Peanuts, Lucy yang mempunyai minda usahawan telah mengiklankan “perkhidmatan psikiatri” dengan harga 5 sen. Linus pun pergi ke pejabat Lucy dan menyuarakan “kemurungannya yang dalam.” Apabila dia bertanya apa yang dapat dilakukannya untuk mengubah keadaan itu, Lucy segera menjawab, “Keluar daripada kemurungan! Sila bayar 1 ringgit, terima kasih.” 

Siapa yang Anda Kenal

Pada awal tahun 2019, Charlie VanderMeer meninggal dunia pada usia 84 tahun. Berdekad-dekad lamanya dia dikenali sebagai “Uncle Charlie” oleh ribuan orang. Dia merupakan pengacara siaran radio nasional, Waktu Alkitab Kanak-kanak. Sehari sebelum dia meninggal, dia berkata kepada seorang sahabat baiknya, “Bukan tentang apa yang kamu tahu, tetapi siapa yang kamu kenal. Sudah tentunya aku berbicara tentang Yesus Kristus.”

Keberanian dalam Api

Ketika dua ahli bomba yang kepenatan dan diselaputi jelaga berhenti di sebuah restoran untuk bersarapan pagi, seorang pelayan wanita menyedari bahawa mereka adalah orang yang disiarkan dalam berita dan telah berusaha keras memadam api kebakaran di sebuah gudang sepanjang malam. Untuk menyatakan penghargaan, dia menuliskan nota ini pada bil mereka, “Biar saya belanja kamu berdua pagi ini. Terima kasih atas perkhidmatan anda dan pergi ke tempat kebakaran yang semua orang melarikan diri … Kamu memang teladan yang hebat kerana menonjolkan semangat dan keberanian yang luar biasa.”

Idea yang Tidak Popular  

Selama 15 tahun Mike Burden mengadakan pertemuan yang penuh kebencian terhadap kaum lain di kedai cenderamatanya di sebuah bandar kecil. Tetapi pada tahun 2012, ketika isterinya mula mempersoalkan penglibatannya, hatinya menjadi lembut. Dia menyedari bahawa pandangannya terhadap perkauman adalah salah dan dia ingin berubah. Keputusannya mengakibatkan kumpulan ekstremis itu membalas dendam terhadapnya dan menghalau keluarganya dari pangsapuri yang disewakan daripada salah seorang ahli kumpulan tersebut.

Apa yang Tidak Kelihatan

Menurut para ahli sejarah, Zaman Atom bermula pada 16 Julai 1945, ketika senjata nuklear pertama diletupkan di sebuah padang gurun yang terpencil di New Mexico, Amerika Syarikat. Tetapi ahli falsafah Yunani, Democritus (kira-kira 460–370 SM), sudah menerokai kewujudan kuasa atom lama sebelum penciptaan alat yang dapat memerhatikan elemen-elemen kecil di alam semesta. Democritus memahami lebih daripada yang dapat dilihatnya dan teori atom adalah hasil daripada pemerhatiannya. 

Tinggal di dalam Hati

Ada kalanya kata-kata kanak-kanak boleh mencabar kita untuk memahami lebih dalam tentang kebenaran Tuhan. Pada suatu petang ketika anak perempuan saya masih kecil, saya memberitahunya salah satu misteri terbesar iman Kristian iaitu Tuhan tinggal di dalam anak-anak-Nya melalui Anak-Nya dan Roh-Nya. Ketika menidurkan anak saya, saya berkata bahawa Yesus ada bersama dengan dia dan ada di dalamnya. “Ibu, Tuhan dalam perut sayakah?” tanyanya. “Kamu tidak menelan-Nya, tetapi Dia ada bersama dengan kamu” jawab saya.

Minum Susu Dahulu

Pada abad ke-7, United Kingdom pada hari ini terbentuk oleh banyak kerajaan yang sering berperang. Apabila seorang raja, Oswald dari Northumbria, percaya kepada Yesus, dia memanggil seorang misionari membawa Injil ke wilayah itu. Seorang lelaki bernama Corman telah diutus tetapi tugas penginjilan tidak berjalan dengan lancar. Oleh sebab Corman berpendapat bahawa orang Inggeris “keras kepala”, “kasar” dan tidak berminat langsung terhadap khutbahnya, dia beredar pulang dengan kecewa.

Berganding Tangan 

Joe telah bekerja lebih daripada 12 jam sehari dan selalunya tidak berehat langsung. Sebegitu banyak masa dan tenaga dituntut untuk memulakan kerja amal sehingga dia tidak mempunyai banyak masa untuk menemani isteri dan anak-anaknya ketika dia pulang. Setelah Joe dimasukkan ke hospital akibat tekanan yang kronik, seorang rakannya menubuhkan sepasukan orang untuk membantunya. Walaupun dia amat keberatan untuk melepaskan kuasa pengurusan, Joe sedar bahawa dia tidak dapat meneruskan beban kerjanya. Dia bersetuju untuk mempercayai rakannya—dan Tuhan—sewaktu dia membahagikan tugas kepada sekumpulan orang yang dipilih mereka. Setahun kemudian, Joe mengakui bahawa badan amal dan keluarganya tidak mungkin menjadi makmur sekiranya dia menolak pertolongan yang diberikan Tuhan kepadanya.