Category  |  Pedoman Harian

Tuhan Menyertai

Aubrey membeli kot bulu biri-biri untuk ayahnya yang sudah tua, tetapi ayahnya meninggal sebelum sempat memakainya. Kemudian dia memasukkan sekeping nota dituliskan kata-kata dorongan berserta 20 dolar ke dalam poket kot itu dan mendermakan kot itu kepada badan amal.

Dia Berjuang Bagi Anda

Drummer Boy ialah nama seekor kuda yang telah mengalami kecederaan. Ia merupakan salah seekor daripada 112 kuda yang membawa tentera British ke medan pertempuran Charge of the Light Brigade (Pertempuran Balaclava pada 25 Oktober 1854 dalam Perang Krimea) yang terkenal. Kuda itu memiliki keberanian dan stamina yang kuat sehingga komander yang ditugaskannya, Leftenan Kolonel de Salis membuat keputusan ini: kudanya layak mendapat pingat seperti askar-askar lain yang gagah berani. Pengiktirafan itu tetap dibuat walaupun pasukan tentera mereka gagal mengalahkan pasukan musuh. Akan tetapi keberanian pasukan berkuda dan kuda mereka menjadikan pertempuran itu sebagai salah satu peristiwa ketenteraan terhebat di Britain yang masih diraikan sehingga hari ini.

Meluangkan Masa dengan Tuhan 

Buku bertajuk “A River Runs Through It” merupakan cerita hebat yang ditulis oleh Norman Maclean. Ceritanya mengenai 2 budak lelaki yang membesar di bahagian barat Montana bersama dengan bapa mereka, seorang pastor gereja Presbyterian. Setiap pagi Ahad, Norman dan adiknya, Paul pergi ke gereja untuk mendengar bapa mereka berkhutbah. Petangnya, bapa mereka akan berkhutbah sekali lagi. Pada masa lapang antara 2 sesi itu, mereka bebas untuk bersiar-siar di kawasan perbukitan dan sungai bersama bapa mereka, “sementara si bapa berehat untuk sesi seterusnya.” Bapa mereka sengaja mengasingkan masa untuk “memulihkan jiwanya supaya dipenuhi kelimpahan untuk khutbah waktu petang nanti.”

Lebih Besar daripada Masalah Kita

Cuba bayangkan rupa dinosaur ketika makhluk ini masih hidup. Adakah ia bergigi besar, bersisik dan berekor panjang? Seorang seniman bernama Karen Carr, menggambarkan makhluk-makhluk yang sudah pupus ini pada mural-mural yang besar. Ketinggian salah satu karyanya adalah melebihi 6 meter dan panjangnya 18 meter. Disebabkan saiznya, karya seni ini memerlukan sekumpulan pakar untuk memasangnya secara berperingkat dalam beberapa bahagian di Muzium Sejarah Semulajadi Sam Noble Oklahoma. 

Kesejahteraan Hidup 

Di Perth, Australia, ada sebuah tempat yang dipanggil Rumah Shalom. Ia menjadi tempat yang membekalkan pertolongan kepada orang yang bergelut dengan ketagihan. Para staf di tempat itu dengan penuh kasih memperkenalkan mereka kepada shalom (bermaksud “kesejahteraan” dalam bahasa Ibrani) Tuhan. Kehidupan yang dihancurkan akibat ketagihan dadah, alkohol, perjudian dan tabiat-tabiat lain yang merosakkan telah diubah oleh kasih Tuhan.

Cara Iman

Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2017, kemenangan Pahlawan Soca, iaitu pasukan kebangsaan dari Trinidad dan Tobago ke atas pasukan Amerika Syarikat telah mengejutkan dunia. Pahlawan Soca telah menewaskan pasukan kebangsaan lelaki Amerika Syarikat, yang menduduki 56 tahap lebih tinggi daripada mereka. Keputusan 2-1 itu telah menyingkirkan pasukan Amerika Syarikat daripada Piala Dunia 2018. 

Kerusi Yesus

Ketika rakan saya Marge bertemu dengan Tami dalam satu kelas pembelajaran Alkitab, dia mendapati bahawa mereka tidak mempunyai banyak persamaan. Tetapi Marge berkawan dengan dia dan mendapat satu pelajaran yang berharga daripada rakan barunya itu.

Penjagaan Bapa Kita

Bunyi kibasan asyik kedengaran. Saya mendongak dan mencari bunyi itu. Apabila ternampak kotoran di tingkap, saya menjenguk ke luar dan mendapati seekor burung yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Hati saya sakit. Saya ingin sekali menolong makhluk berbulu yang rapuh itu.

Kuasa Tuhan 

Doktor memberitahu Rebecca dan Russell bahawa mereka tidak akan beranak. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan lain. 10 tahun kemudian, Rebecca mengandung. Pada saat berlakunya kontraksi, pasangan itu bergegas ke hospital. Masa persalinan bertambah lama dan kesakitan semakin kuat, dan badan Rebecca menghadapi masalah untuk melahirkan anak secara normal. Akhirnya, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan. Dalam ketakutan, Rebecca menangis untuk bayi dan dirinya. Dengan tenang, doktor memberi keyakinan kepadanya dan berkata, “Saya akan melakukan yang terbaik, tetapi kita berdoa kepada Tuhan kerana Dia dapat melakukan yang lebih lagi.” Dia mengambil masa berdoa dengan Rebecca. 15 minit kemudian, Bruce, bayi lelaki yang sihat dilahirkan.