Category  |  Pedoman Harian

Berganding Tangan 

Joe telah bekerja lebih daripada 12 jam sehari dan selalunya tidak berehat langsung. Sebegitu banyak masa dan tenaga dituntut untuk memulakan kerja amal sehingga dia tidak mempunyai banyak masa untuk menemani isteri dan anak-anaknya ketika dia pulang. Setelah Joe dimasukkan ke hospital akibat tekanan yang kronik, seorang rakannya menubuhkan sepasukan orang untuk membantunya. Walaupun dia amat keberatan untuk melepaskan kuasa pengurusan, Joe sedar bahawa dia tidak dapat meneruskan beban kerjanya. Dia bersetuju untuk mempercayai rakannya—dan Tuhan—sewaktu dia membahagikan tugas kepada sekumpulan orang yang dipilih mereka. Setahun kemudian, Joe mengakui bahawa badan amal dan keluarganya tidak mungkin menjadi makmur sekiranya dia menolak pertolongan yang diberikan Tuhan kepadanya.

Berdakap dalam Pangkuan-Nya

“Ayah, boleh baca buku ini untuk saya?” anak perempuan saya bertanya. Itu bukanlah permintaan yang luar biasa daripada seorang anak kecil kepada ibu atau bapanya. Akan tetapi, anak perempuan saya sudah berumur 11 tahun. Kini, permintaan seperti ini semakin berkurangan berbanding waktu yang dia masih kecil. “Ya, boleh.” Saya menjawabnya dengan senang hati dan dia baring berlingkar dekat saya di atas sofa. 

Belajar Daripada Kebodohan 

Seorang lelaki masuk ke sebuah kedai serbaneka di Wollongong, Australia. Dia meletakkan wang kertas $20 di kaunter dan meminta pertukaran duit kecil. Ketika juruwang membuka laci kaunter tunai, lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol dan menuntut semua wang yang ada. Dengan serta-merta kerani itu memberikannya. Lelaki itu pun mengambil wang tersebut, dan bergegas melarikan diri tanpa mengambil wang kertas $20 di kaunter. Berapakah jumlah wang yang diperolehnya dari laci? Lima belas dolar.

Seburuk-buruknya Kita

“Dia boleh tahan, tetapi tidak cukup cantik untuk memikat hati saya.” Saya tidak akan melupakan novel ini dan impaknya terhadap saya kerana ayat ini yang diucapkan oleh Encik Darcy dalam buku Pride and Prejudice oleh Jane Austen. Setelah membaca satu-satu ayat itu, saya membulatkan fikiran bahawa saya tidak akan menyukai Encik Darcy. 

Pokok dan Penyembuhan

Dengan 300,000 dolar Amerika Syarikat, anda dapat membeli sebuah kereta lumba McLaren 720S yang baru. Kenderaan ini mempunyai enjin jenis V8 dengan 710 kuasa kuda—jauh melebihi apa yang anda perlukan untuk perjalanan dari rumah ke tempat kerja setiap pagi.

Menjadi Lebih Baik

Dalam pasukan bola tampar di universitinya, cucu perempuan saya mempelajari satu prinsip kemenangan. Apabila bola datang ke arahnya, tidak kira apa-apa keadaan pun, dia akan menghasilkan “tamparan bola yang lebih baik”. Dia dapat mewujudkan keadaan yang lebih baik dalam pasukannya—tanpa naik marah, menyalahkan orang atau memberikan alasan. Keadaan sentiasa dijadikan lebih baik.

Melihat Dengan Pandangan Baru 

Kini, ada sebuah permainan video yang popular dan menjadi fenomena budaya. 100 orang pemain ditempatkan di sebuah pulau maya untuk bertanding sehingga tinggal seorang pemain sahaja. Setiap kali jika salah seorang pemain menyingkirkan anda daripada pertandingan itu, anda boleh terus menyaksikan pertandingan tersebut dari sudut pandangan pemain itu. Seorang wartawan menulis, “Apabila anda melihat dari sudut pandangan pemain lain, perasaan anda beralih daripada pemeliharaan diri sendiri kepada semangat kesetiakawanan. Anda mula memperhatikan orang yang tidak dikenali dan telah menyingkirkan anda sebentar tadi.”

Tuhan Menghibur Kita

Ketika seekor anak kucing yang bernama Radamenes sakit tenat, kucing itu ditinggalkan di pusat perlindungan haiwan. Anak kucing tersebut dirawat sehingga sihat lalu dipelihara oleh doktor haiwan itu. Kemudian, Radamenes pun menjadi penghuni sepenuh masa di pusat perlindungan itu dan sekarang meluangkan masa untuk “menghiburkan” kucing-kucing dan anjing-anjing lain yang baru menjalani pembedahan atau sedang beransur pulih daripada penyakit—melalui kehadiran yang mesra dan bunyi ngiau yang lembut.

Orang yang Cerewet

Lucy Worsley seorang sejarawan British dan penyampai televisyen. Sebagaimana dengan kebanyakan orang di mata umum, kadang-kadang dia menerima surat yang tidak menyenangkan —berkaitan dengan sedikit kecacatan pertuturannya yang menyebabkan sebutan bunyi ‘r’ kedengaran seperti ‘w’. Seorang penonton menulis begini: “Lucy, biar saya berterus terang: Berusahalah lebih keras untuk membetulkan sebutan anda atau jangan ada bunyi ‘r’ langsung dalam skrip anda—saya tidak sanggup menonton siri rancangan televisyen anda hingga tamat kerana ini membuat saya naik radang. Salam daripada Darren.”