Category  |  Pedoman Harian

Angkatlah Mata Anda

Kedudukan awan yang rendah telah menyelubungi kaki langit dan mengehadkan jarak penglihatan kepada beberapa ratus meter. Masa semakin berlalu dan saya semakin hilang semangat. Tetapi ketika petang menjelang, awan mula berkurang dan saya dapat melihat Puncak Peak yang indah. Ia merupakan tanda tempat di kota saya yang paling terkenal, dan dikelilingi oleh banjaran gunung. Senyuman terukir di wajah saya. Saya dapat memahami bahawa penglihatan fizikal kita boleh memepengaruhi penglihatan rohani kita. Ini juga mengingatkan saya tentang nyanyian si pemazmur, “Aku memandang ke arah pergunungan” (Mazmur 121:1). Ada kalanya kita hanya perlu mengangkat mata kita!

Mahkota Kertas

Pada suatu hari cuti, selepas menikmati makan malam di rumah saya, semua orang masing-masing membuka hadiah parti yang penuh dengan gula-gula, mainan kecil dan cebisan kertas yang berwarna-warni. Tetapi terdapat sesuatu yang istimewa dalam hadiah itu—mahkota kertas untuk setiap orang. Kami tidak sabar untuk memakainya dan saling tersenyum sambil duduk di meja. Hanya dalam masa yang singkat kami menjadi raja dan permaisuri walaupun kerajaan kami adalah ruang makan yang penuh dengan sisa makanan.

Mengorek Kepahitan 

Ketika Rebecca tahu bahawa adik lelaki dan isterinya mula mengalami masalah perkahwinan, Rebecca berdoa dengan bersungguh-sungguh agar mereka dapat berdamai. Tetapi akhirnya mereka bercerai. Kemudian adik iparnya membawa anak-anak mereka ke luar negeri dan ayah mereka tidak membantah. Rebecca tidak lagi melihat anak saudaranya yang sangat disayanginya. Beberapa tahun kemudian, Rebecca berkata, “Oleh sebab aku berusaha mengatasi kesedihan ini sendirian, aku membiarkan akar kepahitan bertumbuh dalam hatiku, dan ia mula menyebar kepada keluarga serta rakan-rakan aku.”

Semua Orang Berharga

“Kadangkala aku berasa diriku tidak penting. Tapi aku sangat rindu agar Tuhan memakaiku,” kata Ann semasa dia sedang membersihkan bilik gim di hotel penginapan saya. Saya mendapati bahawa dia mempunyai kisah yang luar biasa.

Bunyi Trompet 

“Taps” adalah panggilan trompet yang dimainkan oleh tentera Amerika Syarikat pada penghujung hari dan hari pengebumian. Saya kagum ketika membaca lirik lagu yang tidak rasmi dan mendapati banyak ayat diakhiri dengan ungkapan “God is nigh” (Tuhan itu dekat). Sama ada sebelum setiap malam menjelang atau ketika berkabung kerana kehilangan orang yang disayangi, lirik itu memberi jaminan yang indah kepada para tentera bahawa Tuhan itu dekat.

Kedalaman Kasih

Semasa Dylan McCoy berusia 3 tahun dan baru belajar berenang, dia terjatuh menembusi papan lapis reput yang menutupi perigi sedalam 12 meter di halaman belakang rumah datuknya. Dylan dapat tetap terapung di atas permukaan air perigi yang sedalam 3 meter sehingga bapanya turun untuk menyelamatkannya. Anggota bomba membawa tali untuk menariknya keluar tetapi ayahnya terlalu risau sehingga dia sanggup menuruni perigi berbatu yang licin untuk memastikan dia selamat.

Proses Kematangan

Pada awal pelayanannya selama 50 tahun di Cambridge, England, Charles Simeon (1759-1836) bertemu dengan seorang pastor yang tinggal berdekatan, iaitu Henry Venn dan anak-anak perempuannya. Selepas itu, anak-anak perempuan Henry Venn berkata bahawa Charles Simeon kelihatan seorang yang garang dan angkuh. Oleh itu, Venn meminta mereka pergi memetik sebiji pic. Ketika mereka tertanya-tanya sebab ayah menginginkan buah yang belum matang, dia menjawab, “Anak-anak, buah itu masih hijau dan kita mesti tunggu. Ia memerlukan sedikit lagi cahaya matahari dan air, dan buah pic itu akan menjadi masak dan manis. Begitu juga dengan Encik Simeon.”

Gaya Hidup Penyembahan

Semasa saya beratur untuk mengambil sarapan bufet di sebuah pusat persidangan Kristian, sekumpulan wanita memasuki dewan makan. Saya tersenyum dan bertanya khabar kepada seorang wanita yang beratur di belakang saya. Dia membalas salam dan berkata, “Saya kenal kamu.” Kami masing-masing cuba mengingat tempat kami pernah bertemu sambil menyenduk telur goreng ke dalam pinggan kami. Saya berfikir mungkin dia tersalah anggap orang.

Mengikuti Pergerakan Yesus  

Baru-baru ini, kereta saya perlu dibaiki. Bengkel kereta tidak jauh dari rumah saya, jadi saya pulang dengan berjalan kaki. Tetapi ketika saya berjalan di tepi jalan raya yang sibuk, saya menyedari bahawa semua kenderaan bergerak dengan begitu pantas.