Category  |  Pedoman Harian

Baik untuk Anda

Seluruh penduduk dunia berbelanja sekitar $98.2 bilion untuk membeli coklat pada tahun 2016. Ini satu angka yang besar tetapi pada masa yang sama bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Coklat memang sedap dan kita suka menikmatinya. Seluruh dunia bergembira apabila mendapati bahawa makanan manis ini juga mempunyai manfaat kesihatan. Coklat mengandungi unsur flavonoid yang menjaga tubuh daripada penuaan dan penyakit jantung. Tidak pernah ada preskripsi kesihatan diterima dan diperhatikan dengan begitu baik seperti coklat (tentunya jangan pula makan melampau!).

Tergerak Untuk Berdoa

“Beberapa tahun yang lalu, saya selalu tergerak hati berdoa untuk anda dan saya tertanya-tanya mengapa”.

Buah yang Baik

Kanak-kanak sepatutnya mampu menabur benih di mana sahaja mereka mahu [di dalam kebun] dan melihat apa yang tumbuh,” kata Rebecca Lemos-Otero, pengasas Persatuan City Blossoms. Walaupun ini bukanlah cara berkebun yang terbaik, namun dia mencerminkan realiti bahawa setiap benih mempunyai potensi untuk tumbuh dan hidup. Sejak tahun 2004, City Blossoms telah mencipta kebun untuk sekolah dan kawasan kejiranan yang penduduknya berpendapatan rendah. Kanak-kanak ini belajar tentang nutrien dan mendapatkan kemahiran pekerjaan melalui berkebun. Rebecca berkata, “Dengan memiliki ruang hijau yang begitu menyegarkan di kawasan bandar ... ini mencipta satu peluang bagi kanak-kanak untuk keluar melakukan sesuatu yang produktif dan indah.”

Kelemahan yang Dirancang

Terdapat sebuah mata air semula jadi yang membual di sebelah timur kota Yerusalem. Pada zaman dahulu, ini merupakan satu-satunya sumber air bagi kota itu dan terletak di luar tembok. Maka itulah yang menjadi sebab utama Yerusalem mudah diserang. Maka, kota itu terancam untuk menyerah jika musuh mereka memindahkan atau menghalang aliran mata air tersebut.

Dilimpahi Kasih

Sebuah gereja kecil di California Selatan berpeluang untuk menyatakan kasih Tuhan melalui cara yang praktikal. Orang Kristian berkumpul di sebuah kedai dobi layan diri untuk melayani komuniti mereka dengan cara membasuh pakaian orang yang bermasalah kewangan. Mereka membersihkan dan melipat pakaian bersama-sama, dan kadangkala menyediakan makanan atau bungkusan barangan runcit kepada orang yang kekurangan.

Tidak Dilupakan

Disebabkan oleh desakan anak-anak saya untuk membuktikan bahawa saya sudah menggunakan masa bertahun-tahun untuk menguasai kemahiran asas piano, saya pun duduk dan mula memainkan tangga nada C major. Oleh sebab amat jarang bermain piano dalam hampir dua dekad ini, saya terkejut kerana saya masih mengingatinya! Dengan berani, saya terus memainkan tujuh tangga nada yang berlainan berdasarkan memori, satu demi satu. Saya amat terkejut! Latihan selama bertahun-tahun itu telah menanamkan not-not dan teknik-teknik yang begitu dalam pada “memori” jari saya sehingga dengan serta-merta saya mengetahui apa yang harus dilakukan.

Dipimpin oleh firman-Nya

Di BBC (Perbadanan Penyiaran British) London, kerja penyiaran pertama Paul Arnold ialah membuat “bunyi tapak kaki” dalam drama radio. Sementara para pelakon membaca skrip tentang babak orang berjalan kaki, Paul sebagai pengurus pentas membuat bunyi tapak kaki yang sepadan dengan kakinya—berhati-hati untuk menyamai langkahnya dengan suara para pelakon dan kata-kata yang diucapkan. Menurut dia, cabaran utamanya ialah mengikut setiap persembahan pelakon dalam cerita itu dengan rapat, “supaya gerakan kami berdua adalah serentak.”

Kerana Rahmat Tuhan

Dalam buku The Call of Service (Panggilan untuk Melayani), penulisnya, Robert Coles, mengkaji sebab-sebab kita untuk melayani. Dia menceritakan kisah yang menyentuh hati tentang pelayanan seorang wanita tua kepada orang lain. Wanita tua itu seorang pemandu bas. Dia memperlihatkan kepedulian yang besar terhadap anak-anak yang dihantarnya ke sekolah setiap hari—menanyakan mereka soalan-soalan kuiz tentang kerja rumah dan bergembira atas kejayaan mereka. “Saya mahu melihat anak-anak ini berjaya dalam hidup,” katanya. Tetapi ada juga sebab yang lain.

Memberi

“Saya ada hadiah untuk kamu!” teriak cucu saya yang baru berumur 2 tahun dengan sangat gembira sambil menghulurkan sebuah kotak kepada saya. “Dia sendiri yang memilihnya,” tersenyum isteri saya.