Tidak Putus Harapan
Setelah kawan saya disahkan menghidapi penyakit kanser, doktor menasihati dia supaya mengurus segala urusannya yang perlu. Dia menelefon saya sambil menangis kerana bimbang tentang suami dan anak-anaknya. Saya berkongsi permintaan doa dengan kawan-kawan kami. Kami gembira apabila doktor yang kedua menggalakkannya tidak berputus asa dan menjamin pasukan perubatannya akan melakukan yang terbaik untuk membantu. Walaupun terdapat hari-hari yang lebih sukar, namun dia menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Tuhan dan bukan pada dirinya. Dia tidak pernah berputus asa.
Lakukan Seterusnya
Bilakah kali terakhir anda berasa terdorong untuk membantu seseorang, tetapi hanya membiarkan masa berlalu tanpa melakukan sesuatu? Dalam Peraturan 10-Saat, Clare De Graaf mencadangkan bahawa dorongan Roh Kudus setiap hari dapat menjadi salah satu cara Tuhan memanggil kita mendalami perjalanan rohani kita dan mentaati Dia kerana digerakkan oleh kasih kepada-Nya. Peraturan 10-Saat mendorong anda “melakukan perkara seterusnya jika anda yakin ini ialah kehendak Yesus,” dan melakukannya dengan segera “sebelum anda mengubah fikiran.”
Tidak Lagi Berasa Takut
Sewaktu polis Ethiopia menemui seorang gadis yang diculik selepas seminggu, didapati bahawa ada tiga ekor singa jantan bersurai hitam mengelilinginya sambil menjaganya seolah-olah gadis itu ialah anak sendiri. 7 orang lelaki telah menculik dan membawa gadis berusia 12 tahun itu ke dalam hutan serta memukulnya. Ajaib sekali, ada sekawan kecil singa telah mendengar tangisan gadis tersebut lalu muncul dan mengusir para penyerang itu. “[Singa-singa] melindungi gadis itu sehingga kami menemuinya lalumeninggalkan gadis itu seperti hadiah, dan selepas itu kembali ke hutan,” kata seorang sarjan polis, Wondimu kepada seorang wartawan.
Manusia Baru
Sebuah karya seni telah menarik perhatian saya ketika saya melawat Galeri Tate Modern di London. Ia merupakan menara gergasi yang diperbuat daripada beratus-ratus radio lama yang dicipta oleh artis dari Brazil, Cildo Meireles. Setiap radio telah dipasangkan dan ditalakan kepada rancangan radio yang berbeza sambil menghasilkan bunyi kuat yang mengelirukan serta ucapan yang tidak dapat difahami. Meireles memanggilnya sebagai arca Babel.
Tempat yang Paling Selamat
Ketika Taufan Florence melanda Wilmington di Carolina Utara yang mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat, anak perempuan saya sudah bersedia untuk meninggalkan rumahnya. Dia menunggu sehingga saat terakhir dengan harapan ribut itu akan reda dan berlalu. Tetapi sekarang dia mengemaskan kertas, gambar, dan barang-barang penting dengan tergesa-gesa, sambil memutuskan apa yang perlu dibawanya. “Saya tidak menjangka bahawa begitu sukar untuk meninggalkan semua benda ini , Saya tidak tahu apa yang akan terjadi apabila saya kembali,” katanya.
Pintu Pemulihan
Di bangunan Katedral St Patrick di Dublin, Ireland, terdapat sebuah pintu yang menceritakan kisah pada lima abad yang lalu. Pada tahun 1492, perebutan kuasa di rantau itu tercetus antara dua keluarga, iaitu keluarga Butlers dan keluarga FitzGeralds. Pergaduhan menjadi sengit sehingga Butlers terpaksa berlindung di bangunan katedral. Sewaktu FitzGeralds datang untuk meminta peletakan senjata, Butlers berasa takut untuk membuka pintu. FitzGeralds kemudian membuka satu lubang pada pintu tersebut dan pemimpin mereka menghulurkan tangannya sebagai tanda perdamaian. Kedua-dua keluarga ini kemudiannya telah berdamai. Permusuhan telah menjadi persahabatan.
Kisah tentang Parut
Rama-rama terbang keluar dan masuk dari bunga ibu saya. Semasa zaman kanak-kanak, saya rindu sekali untuk menangkapnya. Saya pun berlari dari belakang rumah ke bahagian dapur untuk mengambil sebuah balang kaca, tetapi ketika saya tergesa-gesa kembali, kaki saya tersandung dan terpukul pada konkrit keras. Balang itu pecah di bawah pergelangan tangan saya dan meninggalkan parut yang memerlukan 18 jahitan. Hari ini, parut itu kelihatan seperti ulat yang melilit di pergelangan tangan saya, yang menceritakan kedua-dua kisah tentang kecederaan dan penyembuhan.
Cahaya dalam Kegelapan
Dalam buku These Are the Generations, watak utama Encik Bae menggambarkan kesetiaan Tuhan dan kuasa Berita Baik yang menembusi kegelapan. Datuk dan neneknya, ibu bapa, serta ahli-ahli keluarganya sendiri dianiayai kerana mereka berkongsi kepercayaan mereka dalam Kristus. Tetapi sesuatu perkara yang menarik telah berlaku. Ketika Encik Bae dipenjarakan kerana berkongsi tentang Tuhan kepada rakannya: imannya bertumbuh. Begitu juga dengan ibu bapanya apabila mereka dimasukkan ke kem tahanan—mereka tetap berkongsi tentang kasih Kristus di situ. Encik Bae mendapati bahawa janji Tuhan dalam Yohanes 1:5 adalah benar: “Cahaya ini bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya.”
Jalan yang Tidak Pernah Dilalui
Orang bertanya kepada saya jika saya mempunyai rancangan lima tahun bagi masa hadapan. Bagaimanakah saya dapat membuat perancangan lima tahun “di jalan” yang saya tidak pernah melaluinya?