Sentiasa Diterima
Selepas Angie bergelut selama beberapa tahun untuk menguasai pelajarannya, dia akhirnya berhenti dari sekolah rendah elitnya dan dipindahkan ke sebuah sekolah yang “biasa”. Dalam landskap pendidikan yang bersaing hangat di Singapura, bahawa berada di sekolah yang “baik” boleh meningkatkan prospek masa depan seseorang, ramai orang akan menganggap perpindahan ke sekolah biasa ini sebagai satu kegagalan.
Bawa Bot-Bot Anda
Ribut taufan Harvey mencetuskan banjir yang membawa kemusnahan telah melanda Texas Timur pada tahun 2017. Serangan hujan ribut memerangkap beribu-ribu orang di rumah mereka, sehingga mereka tidak dapat melarikan diri. Sementara itu, ramai penduduk yang digelar sebagai “Angkatan Laut Texas”, yang datang dari bahagian negeri dan negara yang lain telah membawa bot sendiri untuk membantu memindahkan orang yang terkandas.
Duri Yang Menembus
Duri tu menusuk jari telunjuk saya sehingga mengeluarkan darah. Saya berteriak dan kemudian mengerang, lalu menarik balik tangan saya secara naluri. Tetapi saya tidak sepatutnya terkejut, sebab jika anda cuba memangkas semak berduri tanpa sarung tangan berkebun, perkara seperti ini pasti akan berlaku.
Doa dan Gergaji Rantai
Saya menghormati semangat keberanian ibu saudari saya, Mak Cik Gladys, walaupun semangat itu kadangkala sangat membimbangkan saya. Reaksi saya sedemikian adalah disebabkan oleh berita yang dikongsikannya melalui e-mel: “Saya menebang sepohon pokok walnut semalam.”
Perkara yang Dahsyat dan Indah
Ketakutan boleh menyebabkan kita tergamam. Banyak perkara boleh menyebabkan kita berasa takut—segala yang telah menyakiti kita pada masa lalu, semuanya dengan mudah boleh diulangi lagi. Jadi kadangkala kita tidak dapat bergerak—tidak dapat mengubah masa lampau; terlalu takut untuk maju ke hadapan. Saya tidak boleh melakukannya. Saya tidak cukup pintar, cukup kuat, atau cukup berani untuk menghadapi segala kesakitan hati seperti itu lagi.
Mempercayai Dia Terlebih Dahulu
“Jangan lepaskan saya, Ayah!”
Tanyalah Haiwan-Haiwan Itu
Anak-anak cucu kami amat gembira kerana mereka dapat mendekati seekor helang botak yang diselamatkan. Mereka juga dibenarkan untuk menyentuhnya. Semasa sukarelawan di zoo menceritakan burung yang hebat ini yang hinggap di lengannya, saya terkejut untuk mengetahui bahawa burung jantan ini mempunyai sayap selebar dua meter, namun oleh sebab tulang-tulang sayap sangat ringan, burung ini hanya seberat kira-kira 3.6 kilogram.
Dia Memikul Beban Kita
Ini bukan perkara yang luar biasa jika menerima bil air dan elektrik yang tinggi secara mengejut. Tetapi Kieran Healy dari Carolina Utara, Amerika Syarikat menerima bil air yang akan membuat jantung anda berhenti. Pemberitahuan tersebut mengatakan bahawa dia berhutang sebanyak 100 juta dolar! Dia amat yakin bahawa dia tidak menggunakan sebegitu banyak air pada bulan sebelumnya, Healy secara bergurau bertanya sama ada dia boleh membayar bil itu secara ansuran.
Selamat Dalam Tangan-Nya
Cuaca di luar semakin buruk, dan notifikasi dalam telefon bimbit saya memberi amaran mengenai banjir kilat mungkin akan berlaku. Bilangan kereta yang banyak secara luar biasa telah diletakkan di kawasan kejiranan saya semasa ibu bapa dan orang lain berkumpul untuk mengambil anak-anak di perhentian bas sekolah. Pada masa bas tiba, hujan mula turun. Itulah masanya saya memerhatikan seorang wanita keluar daripada keretanya dan mengambil payung daripada but kereta. Dia berjalan ke arah seorang gadis kecil dan memastikan anak itu dilindungi daripada hujan sehingga mereka kembali ke kenderaan. Betapa indahnya gambar “pada masa nyata” mengenai penjagaan ibu bapa, dan perlindungan ini mengingatkan saya tentang penjagaan Bapa syurgawi kita.