Category  |  Pedoman Harian

Domba Bodoh, Gembala Baik

Rakan saya Chad menjadi gembala domba di Wyoming, Amerika Syarikat selama setahun. “Domba-domba itu sangat bodoh, dan akan terus makan apa sahaja yang ada di hadapan,” katanya kepada saya. “Walaupun domba-domba itu telah makan semua rumput yang di hadapan, binatang ini tidak akan berganjak untuk mencari tempat baru yang mempunyai rumput segar—domba mula makan tanah di situ selepas menghabiskan rumput!”

Siapakah yang Memandu?

Jiran saya, Tim mempunyai sebuah patung kecil di atas papan pemuka keretanya, “binatang liar” yang berdasarkan buku kegemaran kanak-kanak Where the Wild Things Are (Di Manakah Binatang-Binatang Liar), yang ditulis oleh Maurice Sendak.

Harapan Keyakinan

Dr. William Wallace seorang pakar bedah yang melayani sebagai mubaligh di Wuzhou, China, pada tahun 1940-an ketika Jepun menyerang China. Wallace, sebagai ketua di Hospital Stout Memorial pada masa itu, mengarahkan hospital memuatkan peralatannya di tongkang dan terus berfungsi sebagai sebuah hospital mengapung di sungai, agar mengelakkan serangan daripada tentera darat.

Hadirat-Nya

Seorang ayah yang cemas telah pergi kepada tukang tilik bersama dengan anak remaja lelakinya untuk bertanya nasib. “Sejauh manakah anak anda akan mengembara?” tanya tukang tilik itu. “Dia akan pergi ke bandar besar,” jawab ayah tersebut, “dan dia akan pergi untuk jangka masa yang lama.” Sementara menghulurkan azimat (sejenis azimat yang akan membawa nasib baik) kepada ayah itu, dia berkata, “Ini akan melindungi dia ke mana dia pergi.”

Apa yang Kita Boleh Lakukan

Walaupun dengan keadaan kesihatan dan pergerakan tubuh yang terhad di katil, Morrie Boogaart yang berusia 92 tahun tetap menjahit topi untuk orang yang tidak memiliki tempat tinggal di Michigan. Dia dilaporkan telah membuat lebih daripada 8,000 buah topi dalam masa lima belas tahun. Tanpa mengambil kira keadaan kesihatannya, Encik Boogaart memandang dirinya lebih daripada keterbatasan, serta melakukan apa yang mampu dilakukan demi mengutamakan keperluan orang lain berbanding keperluannya sendiri. Dia mengatakan bahawa pekerjaannya itu telah membuat dia sukacita dan memberinya satu tujuan dalam hidup. Dia berkata, “Saya akan melakukan hal ini sehinggalah saya pulang ke syurga”— dia meninggal pada bulan Februari 2018. Walaupun kebanyakan penerima topinya tidak mengetahui kisah Morrie, atau betapa banyak yang dikorbankannya untuk menghasilkan setiap topi, namun tindakan kasihnya yang sederhana itu kini telah memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia.

Bapa Dan Anak

Ayah saya seorang yang baik, dan, dalam banyak aspek, saya merupakan anak lelaki yang bertanggungjawab. Tetapi, saya tidak pernah meluahkan hati saya kepadanya.

Maafkan Saya

Pada tahun 2005, Collins memalsukan sebuah laporan yang mengakibatkan McGee dipenjarakan selama 4 tahun. McGee bersumpah untuk mencari Collins apabila dia keluar nanti dan “mencederakan dia.” McGee akhirnya dibebaskan, tetapi dia sudah kehilangan segala-galanya. Sementara itu, banyak laporan yang dipalsukan oleh Collins telah terbongkar dan dia kehilangan pekerjaan, serta turut dipenjarakan. Tetapi kedua-dua lelaki itu percaya kepada Kristus semasa di penjara.

Ayah Di Klinik Pergigian

Saya tidak menjangka bahawa saya dapat mempelajari satu pengajaran yang penting tentang hati Bapa syurgawi di klinik pergigian. Saya berada di sana bersama anak lelaki saya yang berumur 10 tahun. Dia mempunyai gigi kekal yang tumbuh di bawah gigi susu yang masih belum tertanggal. Gigi itu harus dicabut. Tiada cara yang lain.

Sumber Kebijaksanaan

Seorang lelaki membuat tuntutan mahkamah terhadap seorang wanita, dengan tuduhan bahawa wanita itu memiliki anjing yang sebenarnya kepunyaan lelaki itu. Di mahkamah, wanita itu berkata bahawa anjing tersebut tidak mungkin ialah milik lelaki itu, serta memberitahu hakim tempat yang dia membeli anjing itu. Namun identiti pemilik sebenar telah didedahkan apabila hakim melepaskan ikatan anjing itu di bilik mahkamah. Ekornya bergoyang-goyang, dan dengan serta-merta anjing itu berlari ke arah lelaki tersebut!