Hidup Tanpa Dikenali
Saya sering membaca salinan esei yang bertajuk “Menjadi Tidak Bernama” (Working Up To Anon [Anonymous]) sehingga ia menjadi lusuh, iaitu hasil tulisan Jane Yolen dan digunting daripada majalah The Writer bertahun-tahun lalu. “Penulis terbaik,” katanya, “adalah mereka yang benar-benar, berhasrat menjadi penulis tanpa nama. Yang pentingnya ialah kisah yang diceritakan, bukan penceritanya.”
Siapakah Dia Ini?
Alihkan semua benda daripada meja kamu, keluarkan sekeping kertas dan pensel.” Ketika saya masih seorang pelajar, kata-kata amat ditakuti ini menandakan bahawa “masa ujian” telah tiba.
Kisah Ruth
Ruth sering menitiskan air mata apabila menceritakan kisahnya. Umur Ruth sudah mencapai pertengahan 80-an dan tidak lagi kuat untuk ke sana ke sini, malah tidak dapat menyertai banyak aktiviti di gereja. Dia menumpang kereta orang untuk pergi ke gereja dan tidak mempunyai ramai kawan kerana dia hidup bersendirian.
Menguraikan Misteri
Saya selalu terhibur dengan kepintaran dan pemahaman mendalam Charles Schulz, pelukis komik Peanuts. Salah satu lukisan kartunnya yang saya suka muncul dalam sebuah buku bertajuk Teen-Ager Is Not a Disease, kisah tentang anak muda di gereja. Kartun itu menunjukkan seorang anak muda sedang memegang sebuah Alkitab sambil bercakap kepada kawannya melalui telefon, “Saya sedang mula membaca Perjanjian Lama, langkah pertama untuk menguraikan misterinya!”
Rekod Kebolehpercayaan
Sebelum saya dan suami saya menyerahkan hidup kami kepada Kristus, kami telah mempertimbangkan perceraian secara serius. Tetapi selepas membuat komitmen untuk mengasihi dan mentaati Tuhan, kami komited semula kepada satu sama lain. Kami mendapat kaunseling dan mengundang Roh Kudus untuk mengubah kami secara individu dan sebagai pasangan suami dan isteri. Bapa syurgawi juga menolong kami mewujudkan komunikasi yang sihat secara berterusan. Dia mengajar kami bagaimana mengasihi dan percaya kepada-Nya—dan kepada satu sama lain—tidak mengira apa jua yang berlaku.
Berakar Dalam Tuhan
Ketika kawan-kawan saya berpindah ke rumah baru, mereka menanam pokok bunga wisteria berhampiran pagar rumah dan berharap bunganya yang berwarna ungu muda akan mekar selepas lima tahun ditanam. Mereka dapat menikmati kecantikan dan kesuburan bunga itu selama dua dekad, dengan mencantas dan menjaga bunga-bunganya dengan baik. Tetapi tiba-tiba pokok bunga itu mati kerana tanah di sebelah pagar telah dituangi racun rumpai oleh jiran mereka. Mereka berfikir mungkin racun itu telah meresap ke akar bunga sehingga pokok itu mati. Tetapi di luar jangkaan mereka, pada tahun berikutnya, pokok itu bertumbuh lagi.
Pembekalan Tuhan
Di luar tingkap pejabat saya, tupai-tupai bising menyediakan dan menyimpan bekalan makanan di tempat yang selamat untuk musim dingin. Saya geli hati dengan tingkah binatang-binatang yang bising itu. Sekawanan rusa boleh dengan senyap sahaja berlalu halaman belakang rumah saya, tetapi bunyi bising seekor tupai kedengaran seolah-olah tercetusnya satu peperangan.
Jauh Lebih Baik
Hari jadi saya adalah sehari selepas hari jadi ibu saya. Semasa saya seorang anak remaja, saya akan tergesa-gesa memikirkan hadiah yang boleh menyenangkan hati ibu mengikut bajet yang saya ada. Dia sentiasa menghargai hadiah saya, dan apabila tiba giliran dia memberikan hadiah, biasanya hadiah itu jauh lebih baik jika berbanding hadiah saya. Namun ini tidak bermaksud dia hendak memperkecil pemberian saya; dia hanya menghadiahi saya menurut apa yang ada padanya, dengan murah hati dan jauh lebih baik.
Terselamat Di Padang Gurun
Pada era 1960-an, kumpulan Kingston Trio telah mengeluarkan sebuah lagu yang bertajuk “Desert Pete”. Lagu itu mengisahkan seorang koboi yang kehausan telah menemui sebuah pam air ketika merentasi sebuah gurun. Di sebelah pam itu, ada sebuah balang yang berisi air disertakan satu nota daripada Desert Pete. Dia menggesa pembaca notanya agar tidak minum air dalam balang itu tetapi menggunakannya untuk mengisi pam air itu.