Memberi Selagi Hidup
Seorang usahawan yang berjaya berusaha untuk mendermakan kekayaannya dalam beberapa dekad terakhir hidupnya. Sebagai seorang jutawan, dia menyumbangkan wang tunai untuk pelbagai tujuan seperti membawa keamanan di Ireland Utara dan memodenkan sistem penjagaan kesihatan di Vietnam. Tidak lama sebelum dia meninggal, dia menghabiskan 3.51 bilion dolar Amerika Syarikat untuk mengubah Pulau Roosevelt di Bandar Raya New York menjadi sebuah pusat teknologi. Usahawan itu berkata, “Saya sangat percaya bahawa kita harus menderma selagi kita masih hidup. Aku tidak melihat apa-apa alasan untuk melengahkan menderma. Tambahan pula, adalah lebih menyeronokkan untuk memberi semasa anda masih hidup berbanding daripada memberi selepas anda meninggal.” Berilah selagi anda hidup—inilah sikap yang luar biasa.
Suka Belajar
Ketika seorang lelaki ditanya bagaimana dia menjadi wartawan, dia menceritakan kisah ibunya yang penuh dedikasi untuk membantu dia menuntut ilmu. Semasa menaiki kereta api bawah tanah setiap hari, ibunya mengumpulkan akhbar yang ditinggalkan di tempat duduk dan memberikan akhbar itu kepadanya. Walaupun dia sangat gemar membaca tentang sukan, akhbar tersebut juga membuka pengetahuannya kepada dunia, sehingga akhirnya dia memupuk minat yang lebih luas.
Berjaga-jagalah!
Apabila seorang pekerja bank di Jerman memindahkan sejumlah 62.40 euro dari akaun bank seorang pelanggan, dia secara tidak sengaja tertidur di mejanya sementara jarinya berada pada kekunci “2” yang mengakibatkan berlakunya pemindahan 222 juta euro (kira-kira RM1 bilion) ke dalam akaun pelanggan. Rakan sekerjanya yang mengesahkan pemindahan wang itu turut dipecat. Walaupun kesalahan yang diakibatkan oleh kecuaian pekerja ini telah berjaya diselesaikan dan diperbetulkan, tabiat pekerja yang kuat mengantuk itu hampir menjadi mimpi buruk bagi pihak bank tersebut.
Kurnia Kasih Terbesar
Anak lelaki saya, Geoff keluar dari sebuah kedai sementara dia terlihat sebuah tongkat berkaki empat dibiarkan di tepi. Harap-harap tiada orang dalam masalah, fikirnya. Dengan segera dia pergi ke belakang bangunan dan mendapati seorang lelaki gelandangan yang tidak sedar diri terlantar di kaki lima.
Tempuhi Badai Anda
Pada 3 April 1968, ribut petir melanda Memphis, Tennessee pada waktu petang. Reverend Dr. Martin Luther King Jr. yang keletihan dan kurang sihat tidak berniat menunaikan rancangannya untuk memberikan ucapan sokongan kepada para pekerja pembersihan yang mogok di dewan gereja. Tetapi dia dikejutkan oleh sebuah panggilan telefon yang meminta dia datang segera kerana ramai orang telah mengharungi cuaca buruk untuk mendengar ucapannya. Oleh itu, dia berangkat ke dewan dan berucap selama 40 minit. Menurut sesetengah orang, itulah ucapannya yang paling hebat, “Aku Pernah ke Puncak Gunung.”
Kegelapan dan Cahaya
Semasa duduk di bilik mahkamah, saya menyaksikan beberapa contoh kehancuran di dunia ini: hubungan renggang antara seorang anak perempuan dan ibunya; suami isteri yang tidak lagi saling mengasihi dan kini hanya menderita kepahitan; seorang suami yang rindu untuk berdamai dengan isterinya dan hidup bersama dengan anak-anaknya. Mereka sangat memerlukan perubahan hati, agar luka-luka disembuhkan dan kasih Tuhan untuk mengatasi segalanya.
Hidup Melalui Kematian
Carl sedang bergelut dengan penyakit barah dan memerlukan pemindahan dua paru-paru. Dia meminta paru-paru yang baru daripada Tuhan, tetapi berasa pelik untuk berdoa sedemikian. Dia mengakui bahawa doa seperti itu seolah-olah berbunyi “seseorang harus mati supaya aku dapat hidup.”
Lakukan Apa yang Diajarkan
Saya mula membacakan Alkitab kepada anak-anak lelaki saya ketika anak bongsu saya, Xavier mula menghadiri tadika. Saya akan mencari peristiwa penting dan berkongsi ayat-ayat Alkitab yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan kami, serta mendorong mereka berdoa bersama dengan saya. Xavier dapat terus menghafal ayat Alkitab dengan cepat. Ketika kami berada dalam keadaan sulit dan memerlukan kebijaksanaan, Xavier akan mengeluarkan ayat-ayat yang menerangkan kebenaran Tuhan.
Pelaburan yang Tidak Masuk Akal
Pada tahun 1929, ketika berlaku kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat, jutaan orang kehilangan segalanya. Tetapi ini tidak terjadi kepada Floyd Odlum. Ketika orang lain panik dan menjual saham-saham mereka dengan harga yang amat rendah, Odlum bertindak cepat dan membeli saham-saham tersebut sementara masa depan negara itu hancur. Tindakan itu kelihatan bodoh. Tetapi perspektif “bodoh” Odlum membuahkan hasil, mendatangkan pelaburan kukuh yang bertahan selama beberapa dekad.