Category  |  Pedoman Harian

Utuslah Aku

Ketika mubaligh berbangsa Sweden, Eric Lund mendapat panggilan Tuhan untuk pergi ke Sepanyol dan melakukan pekerjaan misi pada akhir tahun 1890-an, dia segera mentaatinya. Walaupun pelayanan tidak kelihatan berkesan, dia bertahan kerana keyakinannya terhadap panggilan Tuhan. Suatu hari, dia bertemu dengan seorang lelaki Filipina, Braulio Manikan, dan berkongsi Injil kepadanya. Lund dan Manikan menterjemahkan Alkitab ke dalam bahasa Filipina tempatan dan memulakan stesen misi gereja Baptis yang pertama di Filipina. Disebabkan Lund menyahut panggilan Tuhan seperti nabi Yesaya, hasilnya ramai orang percaya kepada Yesus.

Dipenuhi Dalam Kristus

Dalam sebuah filem popular, seorang pelakon memainkan watak sebagai ejen atlet yang berjaya, tetapi perkahwinannya mulai hancur. Dalam usahanya untuk menawan balik hati isterinya, Dorothy, dia menatap mata isterinya sambil berkata, “Kamu menyempurnakan hidupku.” Mesej yang mengharukan ini menggemakan satu kisah falsafah Yunani. Menurut mitos tersebut, kita cumalah “setengah” daripada satu bahagian dan mesti mencari “setengah bahagian yang lain” untuk menjadi lengkap.

Tetap Yakin dalam Tuhan

Saya menulis surat kepada anak-anak kami ketika mereka meningkat remaja. Dalam salah satu surat, saya menyebut identiti kita dalam Kristus, ia mengingatkan saya tentang zaman remaja saya. Saya orang yang kurang yakin. Saya perlu mengingatkan diri bahawa saya anak Tuhan yang dikasihi-Nya. Saya berkata dalam surat, “Dengan mengetahui siapa identiti kamu, kamu akan mengetahui kamu milik Siapa.” Apabila kita memahami bahawa Tuhan telah menciptakan kita dan kita bertekad untuk mengikut-Nya, maka kita dapat berdamai dengan Pencipta kita. Kita juga tahu bahawa Dia mengubah kita lebih menyerupai Yesus setiap hari.

Pertolongan Roh Kudus

Walaupun saya dan rakan sekelas sekali-sekala ponteng kuliah universiti, semua orang memastikan mereka menghadiri kuliah terakhir Profesor Chris sebelum peperiksaan akhir tahun. Waktu itulah dia akan memberi petua tentang soalan-soalan peperiksaan yang akan dibuatnya.

Orang yang Berdoa

Keluarga saya mengingati datuk saya, Dierking sebagai seorang yang beriman dan kuat berdoa. Tetapi datuk saya bukan selalu begitu. Mak cik saya masih ingat pertama kali ayahnya memimpin keluarga untuk berdoa, “Kita akan mulai bersyukur kepada Tuhan sebelum kita makan.” Doa pertamanya tidak lancar, tetapi datuk meneruskan amalan berdoa selama 50 tahun berikutnya, bahkan sering berdoa sepanjang hari. Ketika dia meninggal dunia, suami saya memberi nenek saya sejenis tumbuhan yang digelar “tanaman doa”, sambil berkata, “Datuk orang yang kuat berdoa.” Keputusannya untuk mengikut Tuhan dan berbicara kepada-Nya setiap hari mengubahnya menjadi hamba Kristus yang setia.

Tangan Kosong 

Robert berasa malu kerana dia terlupa membawa dompet ketika bersarapan dengan sekumpulan kawan di sebuah kedai makan. Hal itu memalukan serta mengganggunya sehingga dia berfikir sama ada dia harus makan atau hanya memesan minuman. Setelah diyakinkan oleh rakannya beberapa kali, dia pun memesan makanan. Mereka menikmati makanan dan rakannya dengan senang hati membelanjanya. 

Gambaran Besar Alkitab

Ketika Colin membuka kotak kepingan kaca berwarna yang dibelinya, dia sepatutnya menerima serpihan-serpihan kaca untuk sebuah projek, sebaliknya dia mendapat beberapa keping tingkap kaca berwarna yang lengkap. Dia mengkaji latar belakang tingkap tersebut dan mendapati bahawa ia ditanggalkan dari sebuah gereja untuk melindunginya daripada pengeboman sewaktu Perang Dunia II. Colin kagum dengan kualiti kerja dan “serpihan-serpihan” pada daun tingkap itu membentuk sebuah gambar yang indah. 

Masa untuk Pengubahsuaian  

Sudah masanya untuk mengubah suai rumah kami. Tetapi ketika saya mula bersedia untuk mengecat sebuah bilik, kerajaan negeri kami mengumumkan penghentian penjualan barang-barang pembaikan rumah disebabkan oleh pandemik COVID-19. Sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut, saya bergegas ke kedai dan membeli bahan-bahan yang diperlukan. Kerja mengubahsuai tanpa bahan dan peralatan yang betul memang tidak dapat dilakukan. 

Berkongsi tentang Yesus

Tidak lama setelah Dwight Moody (1837–99) percaya kepada Kristus, penginjil ini memutuskan untuk berkongsi Berita Baik tentang Tuhan Yesus kepada sekurang-kurangnya satu orang setiap hari. Pada hari-harinya yang sibuk, dia kadangkala terlupa tentang azamnya sehingga larut malam. Suatu malam, dia berbaring di atas katil dan tiba-tiba teringat akan azamnya. Dia pun melangkah keluar rumah, Tiada orang akan keluar waktu hujan lebat ini, fikirnya. Kemudian dia melihat seorang lelaki sedang berjalan di jalan raya. Moody bergegas mendapatkan lelaki itu dan memintanya berdiri di bawah payungnya untuk mengelakkan hujan. Pada saat pelawaannya diterima, dia bertanya, “Adakah kamu mempunyai tempat berteduh semasa hujan ribut melanda hidup kamu? Bolehkah aku memberitahu kamu tentang Yesus?”