Category  |  Pedoman Harian

Berlari Menuju ke Kasih

Nora berbadan kecil, tetapi pandangan marah daripada Bridget yang setinggi 1.8 meter dan suka bergaduh itu tidak menakutkan Nora. Bridget sendiri tidak tahu sebabnya dia datang ke Pusat Jagaan Ibu Hamil walaupun dia sudah memutuskan untuk menggugurkan anak dalam kandungannya. Kemudian Nora mengajukan beberapa soalan dengan lembut, namun Bridget menjawabnya dengan kasar lalu pergi tanpa menyesali keputusan untuk menamatkan kehamilannya.

Harapan Mekar

Setelah kawasan perumahan kosong yang dipenuhi lalang dibersihkan serta ditanami bunga dan pohon-pohon hijau yang cantik di kota Philadelphia, kesihatan mental para penghuni yang berhampiran di situ juga semakin bertambah baik terutama mereka yang mengalami pergelutan kewangan. 

Pekerjaan Besar

Seorang pegawai keselamatan menemukan dan menanggalkan sekeping pelekat yang menghalang pintu bangunan itu tertutup. Kemudian, apabila dia memeriksa pintu itu lagi, dia mendapati pelekat baru pada pintu itu dan melaporkan kejadian kepada polis. Akhirnya, polis menahan 5 pencuri yang mencerobohi bangunan tersebut. 

Hidup yang Bertujuan 

“Kita pergi jalan-jalan sekarang!” kata isteri saya dengan gembira kepada cucu kami, Austin yang berumur 3 tahun sewaktu kami bertolak dari rumah untuk memulakan perjalanan. Austin memandangnya sambil berfikir panjang dan berkata, “Aku tidak pergi jalan-jalan. Aku ada misi!” 

Dinamakan oleh Tuhan

Anggerik, Batman, dan Mahsuri adalah antara beberapa nama yang diberikan kepada para ketua kumpulan di kem yang keluarga kami hadiri setiap tahun. Nama ini biasanya diberi berdasarkan kejadian yang memalukan, tabiat lucu atau hobi mereka. 

Ketidakpastian

Artikel akhbar yang bertarikh Mei 1970 melaporkan kedudukan pelumba kereta, Steve Krisiloff yang “tergugat.” Dia mencatatkan masa pusingan kelayakan yang paling lambat dalam acara perlumbaan kereta Indianapolis 500. Walaupun demikian, dia masih layak mengambil bahagian dalam perlumbaan.

Surat yang Melangkaui Masa 

Lebih daripada sejuta pemuda mengambil bahagian dalam Pertandingan Penulisan Surat Antarabangsa setiap tahun. Tema pertandingan pada tahun 2018 ialah: “Bayangkan anda ialah sepucuk surat yang mengembara melalui masa. Apakah mesej yang anda ingin sampaikan kepada para pembaca?”

Melepaskan 

“Bapa kamu nazak” kata jururawat. “Nazak” merujuk kepada detik-detik akhir hayat seseorang. Ia merupakan istilah baru bagi saya, sesuatu yang ganjil seperti memandu sendirian di jalan sehala. Hari terakhir sebelum bapa saya meninggal, saya dan kakak saya berada bersama di sisinya. Kami mencium dahinya dan membisikkan janji Tuhan kepadanya, lalu menyanyikan lagu “Besar Setia-Mu” serta membaca Mazmur 23. Kami memberitahu dia bahawa kami sangat mengasihi dia dan berterima kasih kerana dia menjadi bapa kami. Kami juga memberitahunya bahawa dia boleh pergi kepada Bapa kerana kami tahu bahawa hatinya rindu untuk bersama Yesus. Ungkapan tersebut merupakan langkah pertama kami yang menyakitkan untuk melepaskannya. Beberapa minit kemudian, bapa kami kembali ke rumahnya yang kekal dengan sukacita.

Dengan Cara Bapa

Pada tahun 1960-an, masyarakat di North Lawndale yang terletak di bahagian barat Chicago, merupakan masyarakat berbilang kaum yang pertama. Sebilangan kecil orang Afrika-Amerika dari kelas pertengahan membeli rumah berdasarkan “kontrak” yang merangkumi tanggungjawab pemilik rumah dan keburukan sewa. Dalam kontrak jualan, pembeli tidak diperlakukan dengan adil. Jika dia tidak membuat bayaran sekali, dia akan kehilangan bayaran pendahuluan, bayaran bulanan dan harta tersebut. Kemudian, penjual yang tidak berhati perut itu akan menjual hartanya pada harga yang tinggi dan mengusir penghuni apabila mereka gagal membuat pembayaran. Orang lain akan membeli rumah itu menurut kontrak yang sama dan kitaran yang didasari ketamakan itu tetap berterusan.