Sukacita Pemberi
Masih ingat akan patung Elmo daripada program TV Sesame Street? Doraemon? Apakah persamaan kedua-dua ini? Setiap satunya merupakan hadiah Krismas yang paling popular sepanjang zaman. Dalam senarai itu juga termasuklah hadiah kesukaan seperti Monopoly, Nintendo Game Boy dan Wii.
Kegagalan adalah Mustahil
“Kegagalan adalah mustahil!” Kata-kata ini diucapkan oleh Susan B. Anthony (1820—1906). Dia dikenali kerana pendirian teguhnya terhadap hak kaum wanita di Amerika Syarikat. Meskipun dia terus-menerus menghadapi kritikan dan kemudiannya ditahan, dibicarakan, dan didapati bersalah kerana mengundi secara haram, Anthony bertekad tidak berputus asa dalam perjuangannya demi mendapatkan hak wanita untuk mengundi, kerana dia percaya bahawa perjuangannya adalah demi keadilan. Walaupun dia tidak lagi hidup untuk melihat hasil usahanya, namun penegasannya dibuktikan benar. Pada tahun 1920, pindaan Perlembagaan yang ke-19 telah memberikan hak mengundi kepada kaum wanita.
Tertulis dalam Hati
Sebagai seorang profesor, saya selalu diminta oleh pelajar-pelajar untuk menulis surat perakuan untuk mereka—bagi jawatan kepemimpinan, program belajar di luar negara, sekolah siswazah, bahkan permohonan pekerjaan. Dalam setiap surat, saya berpeluang untuk memuji sikap serta kelayakan setiap pelajar.
Berjalan dengan Tuhan
Dalam buku Mere Christianity, C. S. Lewis menulis, “Sudah tentu Tuhan itu di luar lingkup masa. Hidup-Nya tidak terbatas oleh masa ... Misalnya, jam pukul 10:30—dan setiap saat dari permulaan bumi—selalunya adalah masa sekarang bagi-Nya.” Namun, musim penantian selalu terasa seakan-akan tidak berakhir. Tetapi apabila kita belajar untuk percaya kepada Tuhan, iaitu Pencipta masa yang kekal, kita dapat menerima realiti bahawa kewujudan kita yang begitu rapuh pasti selamat dalam tangan-Nya.
Perlindungan Tuhan
Saya sedang memasuki kereta ketika cahaya menyilaukan mata saya: sebatang paku terkena pada tayar belakang kereta saya. Saya terdengar bunyi udara yang keluar secara perlahan-lahan daripada tayar tersebut. Syukurlah, lubang itu ditutup—sekurang-kurangnya untuk sementara.
Nilai Anda
Caitlin, seorang penulis yang ulung menggambarkan pergelutannya dalam kemurungan selepas melawan serangan. Keganasan emosi itu meninggalkan kesan luka yang lebih dalam ke atas dirinya berbanding pergelutan yang dialaminya secara fizikal. Dia meluahkan isi hatinya, “betapa saya tidak diperlukan. Saya bukanlah jenis perempuan yang engkau ingin kenali.” Dia berasa dirinya tidak layak untuk dicintai, yang hanya dipergunakan dan kemudiannya disingkirkan.
Air Sumber Harapan
Pelayanan Tom dan Mark membawa kesegaran dalam hidup orang Haiti. Ini jelas kelihatan melalui video yang dikongsi mereka: sekumpulan kanak-kanak ketawa riang dan menari di bawah sebuah pancuran air—pengalaman mereka yang pertama. Dua orang lelaki itu bekerja dengan gereja tempatan untuk memasang sistem penapisan air pada perigi-perigi di Haiti. Sistem penapisan air ini memberikan kemudahan dan memanjangkan tempoh hayat seseorang kerana penyakit-penyakit yang berkaitan dengan air yang tercemar dapat dicegah. Dengan adanya air bersih dan segar, ini memberikan harapan bagi masa hadapan mereka.
Kisah yang Luar Biasa
Seorang rakan yang murah hati menawarkan diri untuk menjaga anak-anak kami supaya saya dan isteri boleh keluar berdua-duaan. “Kamu sepatutnya pergi ke suatu tempat yang istimewa!” katanya dengan beria-ia. Kami menuruti cadangannya, tetapi kami akhirnya memutuskan untuk pergi membeli barangan runcit. Sewaktu kami kembali, dengan barangan runcit yang ada di tangan kami, sahabat kami itu bertanya mengapa kami tidak melakukan seperti yang dicadangkannya. Kami memberitahunya bahawa apa yang membuatkan masa berdua-duaan itu istimewa bukan apa yang kita lakukan, melainkan dengan siapa yang kita keluar bersama.
Meminta kepada Tuhan
Ketika suami saya, Daniel, disahkan menghidapi penyakit kanser, saya tidak dapat menemukan cara yang “betul” untuk meminta Tuhan menyembuhkannya. Dalam pandangan saya yang terbatas, orang lain di dunia ini mempunyai masalah-masalah yang serius seperti—peperangan, kebuluran, kemiskinan, dan bencana alam. Kemudian pada suatu hari, semasa doa pagi kami, saya mendengar suami saya memohon dengan rendah hati, “Tuhan, sembuhkanlah penyakitku.”