Category  |  Pedoman Harian

Makan dan Ulangi

Apabila Kerry dan Paul berkahwin, mereka tidak tahu untuk memasak. Namun pada suatu malam, Kerry cuba membuat spageti—hidangan itu begitu banyak sehingga pasangan itu harus makan lagi pada waktu makan malam keesokan harinya. Pada hari ketiga, Paul menawarkan diri untuk memasak, dengan menggandakan jumlah pasta dan sos, serta berharap makanan dalam periuk besar itu akan mencukupi sehingga hujung minggu. Ketika pasangan itu duduk untuk makan pada malam itu, akhirnya Kerry berkata, “Saya sudah jemu dengan spageti.”

Penyembuhan yang Tersedia

Semasa mengikut pemandu taman itu, saya mengambil nota sementara dia mengajar tentang tumbuhan di hutan asal Bahamas. Dia memberitahu kami tentang pokok-pokok yang harus kami elakkan. Menurutnya, pokok yang beracun mengeluarkan getah berwarna hitam yang akan menyebabkan ruam yang sakit dan gatal. Tetapi jangan risau! Penawarnya selalu boleh didapati tumbuh di sebelah pokok tersebut. “Potong bahagian kulit berwarna merah pada pokok gam elemi itu, dan sapukan getahnya pada bahagian ruam. Anda pasti akan sembuh dengan segera,” katanya.

Siapakah Aku?

Dave menyukai pekerjaannya, tetapi untuk tempoh yang lama, dia berasa bahawa ada tugas lain yang menarik minatnya. Sekarang dia sudah hampir memenuhi impiannya dan melangkah masuk ke dalam kerja misi. Tetapi anehnya, dia mula berasa amat ragu-ragu.

“Setakat Sebuah Pejabat”?

Saya merenung ke arah bukit bakau hijau yang beralun di Lancashire, utara England, melihat pagar batu yang memagar beberapa ekor domba di sekeliling bukit. Awan-awan gebu bergerak melintasi langit yang cerah, dan saya menyedut udara sedalam-dalamnya, menikmati pemandangan ini. Apabila saya menceritakan pemandangan yang indah itu kepada seorang wanita yang bekerja di pusat retret yang saya kunjungi, dia berkata, “Tahukah anda, sebelum ini saya tidak pernah memerhatikan pemandangan itu sehingga para pelanggan kami menunjukkannya kepada saya. Sudah lama kami tinggal di sini; dan dahulu ketika kami masih bekerja sebagai petani, tempat ini cumalah pejabat bagi kami!”

Hidup Seperti Yesus Akan Datang

Saya diilhamkan oleh lagu Tim McGraw, “Live Like You Were Dying” (Hiduplah Seperti Anda Akan Mati). Dalam lagu itu, dia menjelaskan beberapa perkara dalam “senarai” yang dilakukan oleh seseorang selepas dia menerima berita buruk mengenai kesihatannya. Dia juga memilih untuk mengasihi dan mengampuni dengan senang hati—bercakap dengan lebih lemah lembut dengan mereka. Lagu itu memberitahu kita menjalani hidup dengan baik, seolah-olah hidup kita akan berakhir tidak lama lagi.

Pendirian Iman

Desmond Doss memasuki tentera semasa Perang Dunia Kedua. Walaupun kepercayaan agamanya melarang dia membawa pistol, Doss mampu berkhidmat sebagai ahli perubatan di tempat pertempuran. Dalam satu pertempuran, dia mampu bertahan daripada tembakan musuh yang sengit dan berulang-ulang serta menarik seramai 75 orang askar dalam unitnya ke tempat selamat setelah mereka cedera. Kisahnya diceritakan dalam dokumentari The Conscientious Objector (Penolak Berdasarkan Hati Nurani) dan dimainkan dalam filem Hacksaw Ridge.

Tempat Selamat yang Palsu

Ketika Anjing kami yang bernama Rupert masih kecil, dia sangat takut untuk keluar rumah. Saya terpaksa mengheretnya ke taman. Suatu hari, selepas membawanya ke sana, saya melepaskan tali cawak dari lehernya tanpa berfikir. Dia berlari pulang, kembali ke tempat yang selamat.

Layak di Mata Tuhan

Sebuah firma perunding teknologi menawarkan pekerjaan selepas saya tamat pembelajaran di universiti, walaupun saya tidak pandai menulis sebaris kod komputer dan hanya memiliki sedikit pengetahuan dalam hal perniagaan. Semasa proses temu duga untuk tahap kemasukan, saya mengetahui bahawa syarikat itu tidak meletakkan nilai tinggi pada pengalaman kerja. Sebaliknya, kualiti peribadi seperti kebolehan menyelesaikan masalah secara kreatif, mengamalkan penilaian yang baik, dan bekerja baik dalam pasukan adalah lebih penting. Syarikat itu menganggap pekerja baru boleh diajar dengan kemahiran yang perlu selagi mereka adalah orang yang dicari oleh syarikat tersebut.

Perisai yang Melindungi Aku

Jemaah kami berasa amat sedih apabila Paul, seorang pemimpin nyanyian pujian yang berbakat meninggal dunia pada usia 31 dalam satu kemalangan bot. Paul dan isterinya, DuRhonda, sering bersedih; mereka pernah mengebumikan beberapa orang anak mereka yang meninggal dalam kandungan. Sekarang, ada sebuah kubur lagi berdekatan dengan kubur-kubur anak mereka. Krisis kehidupan yang menghancurkan yang dialami oleh keluarga ini, menimpa orang yang mengasihi mereka seperti hentaman pada kepala.