Category  |  Pedoman Harian

Semakin Mengetahui

“Anda akan menjadi pelajar pertukaran!” Masa itu saya berumur 17 tahun dan teruja ketika mengetahui bahawa saya telah diluluskan untuk belajar di Jerman. Tetapi saya hanya menerima berita ini tiga bulan sebelum saya berangkat, dan saya tidak pernah mengambil kelas bahasa Jerman.

Kedudukan Setinggi-tingginya

Nama Antonio Stradivari (1644–1737) ialah legenda di dunia muzik. Semua alat muzik seperti violin, selo, dan biolanya amat berharga kerana mutu buatan dan kejelasan bunyinya sehingga banyak alat muzik telah diberikan namanya sendiri. Contohnya salah satu violin dikenali sebagai Messiah-Salabue Stradivarius. Selepas pemain violin Joseph Joachim (1831–1907) memainkannya, dia menulis, “Bunyi Stradivarius, bunyi ‘Messie’ yang unik terus-menerus muncul dalam ingatan saya, dengan gabungan keindahan dan keagungannya.”

Tetap Pada Pokok

Pada suatu musim bunga selepas musim dingin yang sangat suram, Emma membantu untuk menjaga seorang ahli keluarganya yang telah lama sakit. Emma mendapat galakan setiap kali dia melewati sepohon pokok ceri berdekatan rumahnya di Cambridge, England. Bunga putih berkembang di atas bunga-bunga yang berwarna merah muda. Seorang tukang kebun yang mahir telah mencantum carang yang berbunga putih ke pokok tersebut. Apabila Emma melewati pokok yang luar biasa itu, dia teringatkan kata-kata Yesus bahawa Dia ialah Pokok dan para pengikut-Nya ialah carang-carang-Nya (Yohanes 15:1-8).

Terasa Diri Kecil

Ramai pengkritik filem menganggap bahawa filem David Lean, Lawrence of Arabia merupakan salah sebuah filem yang terhebat sepanjang masa. Dengan pemandangan padang pasir Arab yang kelihatan tiada hujungnya, filem ini telah mempengaruhi satu generasi pembuat filem—termasuk pemenang Anugerah Akademi, pengarah Steven Spielberg. “Saya mendapat inspirasi pada kali pertama saya menonton filem Lawrence,” kata Spielberg. “Filem ini telah membuatkan saya terasa kecil dan lemah. Kini saya masih terasa kecil dan lemah apabila menontonnya, dan inilah menunjukkan betapa hebatnya filem ini.”

Berpaling dan Lari

Ally merupakan seorang remaja yang cantik, pintar dan berbakat, serta mempunyai ibu bapa yang penyayang. Tetapi selepas tamat sekolah menengah, dia tergoda untuk mengambil dadah. Ibu bapanya sedar akan perubahan Ally, maka mereka menghantarnya ke pusat pemulihan dadah setelah Ally mengakui kesan dadah ke atas dirinya. Selepas rawatan, mereka bertanya apa yang akan dikatakannya kepada kawan-kawannya yang ingin cuba mengambil dadah. Nasihatnya ialah: “Terus berpaling dan lari.” Katanya, tidak cukup “hanya berkata tidak”.

Lebih Daripada Sekadar Air

Salah satu kenangan tentang gereja pada zaman kanak-kanak saya ialah seorang pastor berjalan menuju para jemaah, mencabar kami “ingatlah air baptisan kami”. Mengingat air itu? Saya bertanya kepada diri sendiri. Bagaimanakah saya boleh mengingat air tersebut? Kemudian pastor itu terus menyimbah setiap orang dengan air, membuat saya berasa gembira dan bingung pada masa yang sama sebagai seorang kanak-kanak kecil.

Jangan Pedulikan Troll

Pernahkan anda dengar tentang ungkapan, “Jangan pedulikan orang yang bercakap troll”? Troll merujuk kepada masalah yang baru timbul di dunia digital hari ini—para pengguna dalam talian berulang kali sengaja menyiarkan komen-komen yang buruk dan menyakitkan dalam berita atau forum perbincangan di media sosial. Namun dengan tidak mengendahkan komen sedemikian—jangan pedulikan troll—membuatkan mereka lebih sukar untuk menjejaskan sesuatu perbualan.

Kesatuan

Pada tahun 1722, sekumpulan kecil orang Kristian Moravia yang tinggal di tempat yang dikenali sebagai Republik Czech sekarang, mendapat perlindungan daripada penganiayaan di sebuah estet kepunyaan seorang bangsawan Jerman yang murah hati. Dalam masa 4 tahun, terdapat lebih daripada 300 orang telah datang ke tempat tersebut. Namun tempat itu menjadi penuh dengan perbalahan, bukannya sebuah komuniti yang ideal bagi pelarian-pelarian yang dianiayai. Perspektif Kekristianan yang berbeza-beza telah mencetuskan perpecahan di kalangan mereka. Seterusnya apa yang dilakukan oleh mereka mungkin satu pilihan yang kecil, tetapi tindakan ini telah melancarkan satu kebangkitan rohani yang hebat: Mereka mula menumpukan perhatian kepada apa yang disetujui mereka, bukan yang sebaliknya. Hasilnya, mereka mencapai kesatuan.

Apa Pun Harganya

Filem Paul, Apostle of Christ (Paulus, Rasul Kristus), mengambil sudut pandangan yang cekal terhadap penganiayaan pada zaman gereja awal. Malahan watak-watak yang kecil memperlihatkan betapa bahayanya mengikut Yesus. Renungkan peranan-peranan ini dalam senarai kredit penutup filem: Wanita yang didera; Lelaki yang didera; Mangsa Orang Kristian 1, 2, dan 3.