Bertemu Dengan Yesus
Ketika saya berdoa di mimbar dalam satu upacara pengebumian, saya terpandang sebuah plak loyang yang mengandungi kata-kata daripada Yohanes 12:21: “Tuan, kita ingin bertemu dengan Yesus”. Ya, saya berpendapat bahawa memang tepat untuk mempertimbangkan bagaimana kita melihat Yesus melalui seorang wanita yang kami kenangkan dengan air mata dan senyuman. Walaupun dia menghadapi cabaran dan kekecewaan dalam hidup, namun dia tidak pernah melepaskan kepercayaannya terhadap Kristus. Dan oleh sebab Roh Tuhan hidup di dalamnya, maka kami dapat bertemu dengan Yesus.
Sukacita Yang Berterusan
Sering kali kita kedengaran bahawa sukacita datang daripada melakukan sesuatu dengan cara kita sendiri. Walau bagaimanapun, itu tidak benar. Falsafah itu hanya menujukan perasaan kekosongan, bimbang, dan sakit hati.
Penjagaan Tuhan Kepada Kita
Cucu-cucu lelaki saya suka memakai pakaian diri sendiri. Kadangkala mereka memakai baju secara terbalik, dan yang lebih kecil pula selalu mengenakan kasutnya pada kaki yang salah. Saya biasanya tidak sampai hati untuk menegur mereka; lagipun, muka mereka yang polos memang comel.
Doa yang Penuh Keyakinan
Salah satu doa pertama yang saya pelajari sewaktu saya masih kecil ialah “Sekarang saya berbaring untuk tidur, saya berdoa kepada Tuhan untuk menjaga jiwa saya ... “ Itulah doa yang saya pelajari daripada ibu bapa saya, dan saya mengajarkannya kepada anak-anak lelaki dan perempuan saya semasa mereka kecil. Sebagai seorang kanak-kanak, saya berasa cukup selesa dengan menyerahkan diri saya dalam tangan Tuhan melalui kata-kata itu sebelum saya terlena.
Dalam Proses Atau Selesai?
Penyempurnaan sesuatu tugas merupakan hal yang memuaskan. Sebagai contoh, pada setiap bulan, salah satu tanggungjawab saya adalah mengalihkan sesuatu tugas daripada satu kategori kepada kategori yang lain, daripada “Dalam Proses” kepada “Sudah Selesai.” Saya suka mengklik butang “Sudah Selesai”. Tetapi pada bulan lepas ketika saya sedang mengklik butang itu, saya berfikir, Alangkah baiknya jika saya dapat mengatasi kelemahan-kelemahan dalam iman saya dengan begitu mudah! Seolah-olahnya kehidupan Kristian sentiasa berada dalam proses dan tidak pernah selesai.
Pencipta Yang Luar Biasa
Sebagai seorang jurugambar yang bukan profesional, saya suka mengambil gambar tentang segala ciptaan Tuhan yang kreatif dengan kamera saya. Saya melihat cap jari-Nya pada setiap helai kelopak bunga yang halus, setiap terbitan matahari dan setiap waktu senja, serta reka bentuk Tuhan ke atas awan dan langit yang dihiaskan bintang-bintang yang berkelipan.
Taman Langit
Semasa berada di London, seorang rakan membawa saya dan isteri saya, Marlene untuk melawat Taman Langit. Taman Langit merupakan sebuah bangunan kaca yang penuh dengan tanaman, pokok-pokok, dan berbagai-bagai jenis bunga. Ia berada di bahagian tingkat puncak bangunan sebanyak tiga puluh lima tingkat di kawasan perniagaan di London. Bahagian langit di tempat itu telah menangkap perhatian kami. Di tempat dengan ketinggian yang lebih daripada 500 kaki itu, kami memandang ke bawah sambil mengagumi bangunan Katedral St. Paul, Menara London, dan lain-lain. Pandangan kami terhadap ibu kota yang sangat menarik itu—memberikan pelajaran yang bermanfaat tentang perspektif.
Yesus Menghulurkan Tangan
Ada kalanya kehidupan menjadi sibuk—pembelajaran yang sukar, kerja yang meletihkan, bilik mandi yang perlu dibersihkan, serta menghadiri temu janji, semuanya tersenarai dalam jadual harian. Saya begitu sibuk sehingga satu tahap bahawa saya memaksa diri untuk membaca Alkitab selama beberapa minit sahaja sehari dan mengatakan kepada diri saya bahawa saya akan mengambil lebih banyak waktu untuk Tuhan pada minggu depan. Namun ia berlaku hanya dalam masa yang singkat dan perhatian saya mula terganggu lagi, dilemaskan dengan tugasan harian, serta lupa untuk memohon apa-apa pertolongan daripada Tuhan.
Hasrat Hati
Sewaktu menunggang motosikal bersama suami dalam perjalanan pendek untuk menghantar barang, saya menatal e-mel dalam telefon saya dan terkejut kerana melihat iklan tentang sebuah kedai donat tempatan yang baru sahaja kami lalui di sebelah kanan jalan. Tiba-tiba perut terus berkeroncong kelaparan. Saya terkagum akan bagaimana teknologi membolehkan usahawan menarik hati kami untuk membelanjakan wang dalam perniagaan mereka.