Category  |  Pedoman Harian

Panggilan Terakhir

Selepas berkhidmat bagi negaranya selama dua dekad sebagai juruterbang helikopter, James kembali ke rumah untuk berkhidmat untuk masyarakatnya sebagai seorang cikgu. Tetapi dia rindu untuk memandu helikopter, maka dia mengambil tugas dalam menerbangkan para pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan ke sebuah hospital tempatan. Dia menerbangkan helikopter sehingga akhir hidupnya.

Berkongsi Kasih Tuhan

Suami saya bertolak untuk perjalanan selama sebulan, dan saya diselubungi dengan keperluan pekerjaan saya, rumah serta anak-anak kami. Tarikh akhir penulisan mendekat. Mesin pemotong rumput rosak. Anak-anak saya sedang dalam cuti persekolahan dan mula berasa bosan. Bagaimanakah saya mampu menghadapi semua perkara ini bersendirian?

Tiada Sesiapa Menyukai Saya

Sewaktu saya masih kanak-kanak, apabila saya berasa kesunyian, ditolak, atau berasa kasihan diri, kadangkala ibu saya akan cuba menghibur saya dengan menyanyikan lagu pendek yang popular: “Tiada sesiapa menyukai saya, semua orang membenci saya. Baik saya pergi makan cacing.” Selepas senyuman muncul di muka sedih saya, dia akan menolong saya melihat bahawa saya sebenarnya memiliki banyak hubungan yang istimewa dan sebab untuk bersyukur.

Hikmah Secara Kebetulan

Beberapa tahun yang lalu, seorang wanita berkongsi cerita dengan saya tentang dia telah mendapati anak lelaki remajanya menonton berita tentang satu kejadian yang melibatkan keganasan. Dia terus menukar saluran televisyen. “Kamu tidak perlu menonton hal seperti begitu,” dia memberitahu anaknya. Seterusnya perdebatan yang hangat tercetus antara mereka, akhirnya kawan saya berkongsi bahawa anaknya perlu mengisi fikirannya dengan “apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah …” (Filipi 4:8). Selepas makan malam, ketika dia dan suaminya sedang menonton berita, tiba-tiba anak perempuan mereka yang berumur 5 tahun berlari masuk dan mematikan televisyen. “Kamu tidak perlu menonton hal-hal seperti itu,” katanya dengan meniru suara ibunya. “Sekarang fikirkan apa yang ada dalam Alkitab!”

Berkalih-kalih di Katil

Apakah yang membuatkan anda tidak dapat tidur pada waktu malam? Kebelakangan ini saya kekurangan tidur, berkalih-kalih di katil, cuba mencari penyelesaian bagi satu isu. Akhirnya saya mula berasa risau bahawa saya tidak mendapat cukup tidur untuk menghadapi cabaran pada hari keesokan!

Wanita Babushka

“Wanita Babushka” merupakan salah satu misteri yang meliputi pembunuhan Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pada tahun 1963. Seorang wanita telah merakam peristiwa pembunuhan itu dengan kamera filemnya, tetapi identitinya sukar untuk dikesan. Wanita misteri yang memakai jaket dan selendang (menyerupai babushka Rusia) ini tidak pernah dikenal pasti dan filemnya tidak pernah dilihat. Selama beberapa dekad, sejarawan dan cendekiawan telah membuat spekulasi bahawa perasaan takut telah menghalang “Wanita Babushka” tersebut memberitahukan ceritanya tentang hari yang tragedi pada hari dalam bulan November itu.

Atas Pokok

Ibu saya menemukan anak kucing saya Velvet sedang makan roti buatan sendiri di atas kaunter dapur. Dengan keluhan marah, dia menghalau kucing itu keluar dari pintu. Beberapa jam kemudian, kami gagal mencari kucing yang hilang itu di halaman rumah. Kemudian bunyi ‘meow’ yang perlahan kedengaran dibawa angin, maka saya memandang ke atas pokok populus dan kelihatan terdapat bayang hitam sedang bergantung pada ranting kayu.

Doa untuk Pengampunan

Pada tahun 1960, Ruby Bridges yang berumur enam tahun menjadi anak berbangsa Afrika-Amerika pertama yang dimasukkan ke sekolah rendah untuk anak-anak berkulit putih di bahagian selatan Amerika Syarikat. Setiap hari selama beberapa bulan, polis persekutuan mengiringi Ruby melewati sekumpulan ibu bapa yang marah, melemparkan kutukan, ancaman dan hinaan kepadanya. Setelah Ruby masuk ke sekolah dengan selamat, dia duduk bersendirian dengan Barbara Henry, satu-satunya guru yang rela mengajarnya, sementara ibu bapa lain melarang anak-anak mereka menghadiri sekolah itu bersama Ruby.

Masyarakat yang Baharu

Maija, anak perempuan kawan saya, Carrie, yang berumur lima tahun, mempunyai pendekatan yang menarik tentang masa bermain. Dia suka mencampurkan semua patungnya daripada permainan yang berbeza untuk menjadikan sebuah masyarakat yang baharu. Dalam dunia imaginasinya, segala sesuatu harus bersatu. Inilah rakyatnya. Dia percaya bahawa mereka akan amat gembira apabila mereka bersatu, walaupun mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza.