Sudah Menguning untuk Dituai
Pada akhir musim panas, kami berjalan-jalan di kawasan Hutan Baru di England. Kami juga seronok memetik buah beri liar yang berwarna hitam sementara memerhatikan beberapa ekor kuda bermain tidak jauh daripada kami. Semasa saya menikmati kemanisan buah beri hitam yang mungkin ditanam oleh orang lain bertahun-tahun sebelumnya, saya teringat kata-kata Yesus kepada murid-murid-Nya: “Aku menyuruhmu menuai ladang yang bukan hasil usahamu” (Yohanes 4:38).
Tenanglah
“Kita telah mencipta lebih banyak maklumat dalam lima tahun kebelakangan ini berbanding seluruh sejarah manusia sebelumnya, dan ia masih memberikan impak kepada kita pada setiap waktu” (Daniel Levitin, penulis buku, The Organized Mind: Thinking Straight in the Age of Information Overload). “Dari satu segi,” kata Levitin, “kita menjadi ketagih kepada rangsangan yang keterlaluan.” Kawalan yang rendah terhadap berita dan pengetahuan yang tidak putus-putus boleh menguasai minda kita. Dalam persekitaran hari ini yang menenggelami kita dengan maklumat media secara berlebihan, kesukaran bagi mencari masa untuk berdiam diri, berfikir dan berdoa semakin meningkat.
Penggantian
Dalam upacara pengebumian seorang bekas askar, seorang pengkhutbah berkata tentang tempat yang si mendiang itu mungkin sedang berada. Namun dia tidak memberitahu para hadirin di situ bagaimana mereka boleh mengenal Tuhan, sebaliknya dia membuat andaian tentang perkara-perkara yang tidak berdasarkan Alkitab. Saya berfikir, Di manakah harapan kita?
Kesedihan Digantikan Sukacita
Masalah berlaku semasa kehamilan Kelly sehingga menimbulkan kebimbangan para doktor. Ketika melalui kesukaran yang lama untuk melahirkan anak, mereka memutuskan untuk membuat pembedahan Caesarean. Namun selepas penderitaannya itu, Kelly dengan serta-merta melupakan kesakitannya apabila dia menggendong bayi lelakinya yang baru lahir. Sukacita telah menggantikan kesakitan.
Ciptaan Asli
Setiap kita merupakan ciptaan asli tangan Allah. Tiada seorang pun lelaki atau perempuan yang mencipta dirinya sendiri. Tiada seorang pun yang memperoleh bakat ataupun kecerdikan disebabkan oleh dirinya sendiri. Kita diciptakan oleh Tuhan sendiri. Dia mempedulikan kita serta membentuk kita berdasarkan kasih-Nya yang tidak terkata.
Rumah Yang Penuh Kedamaian
65 juta orang. Itulah jumlah pelarian di dunia ini sekarang—orang yang terpaksa meninggalkan rumah disebabkan oleh konflik dan penganiayaan—dan jumlah itu mencapai puncak yang tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengemukakan petisyen kepada para pemimpin negara untuk bekerjasama dalam hal menerima pelarian supaya setiap kanak-kanak akan mendapat pendidikan, setiap orang dewasa akan mendapat pekerjaan, dan setiap keluarga akan memperoleh tempat tinggal.
Bukan Ketakutan, Melainkan Iman
“Suami saya telah ditawarkan kenaikan pangkat di negara lain, tetapi saya risau untuk meninggalkan rumah kami, jadi dia pun dengan berat hati menolak tawaran tersebut,” kata seorang kawan kepada saya. Dia menerangkan bagaimana kekhuatiran ke atas peluang besar seperti itu terus menghalangnya daripada mendapat pengalaman baru. Menurutnya lagi, kadangkala dia tertanya-tanya akan perkara yang terlepas untuk dinikmati kerana menolak perpindahan itu.
Di Bawah Naungan Sayap-Nya
Apabila saya berfikir tentang perlindungan, saya tidak secara langsung memikirkan bulu pelepah seekor burung. Walaupun bulu pelepah burung mungkin merupakan bentuk perlindungan yang lemah pada pandangan kita, namun ia mempunyai maksud lain yang amat penting. Bulu pelepah burung merupakan contoh yang mengagumkan dalam ciptaan Tuhan. Bulu pelepah mempunyai bahagian yang licin dan bahagian yang penuh dengan bulu. Bahagian licin ini mempunyai cangkuk keras berserta dengan cangkuk kecil yang saling bercantum seperti gigi zip. Bahagian yang penuh dengan bulu pula memanaskan badan burung. Kedua-dua bahagian bulu pelepah itu melindungi burung daripada angin dan hujan. Namun anak-anak burung hanya ditutupi dengan bahagian berbulu kerana burung-burung ini belum matang. Jadi induk burung harus menutupi anak-anak dalam sarang dengan bulu sendiri, supaya dilindungi daripada angin dan hujan. Gambaran bahawa Tuhan “akan meliputimu dengan bulu-Nya” dalam Mazmur 91:4 dan bahagian Alkitab yang lain (lihat Mazmur 17:8) adalah salah satu daripada kata-kata yang menenangkan dan memberikan perlindungan. Gambaran yang timbul dalam fikiran adalah seekor induk burung menutupi anak kecilnya dengan bulunya. Seperti tangan ibu bapa, ia merupakan tempat yang selamat untuk melindungi kita daripada ribut yang menakutkan ataupun hati yang terluka, demikianlah perlindungan yang diberikan oleh hadirat Tuhan dapat memberi kita keselamatan dan perlindungan daripada badai hidup yang penuh emosi. Walaupun kita melalui kesusahan dan penderitaan batin, kita boleh menghadapinya tanpa ketakutan selagi pandangan kita tertumpu pada Tuhan. Dia ialah penaung kita (91:2,4,9).
Kasih Untuk Kanak-kanak
Thomas Barnado telah memasuki Sekolah Perubatan Hospital London pada tahun 1865, dan bercita-cita menjadi seorang mubaligh perubatan di negara China. Namun Barnado kemudiannya mendapati bahawa ada satu keperluan yang sangat mendesak di halaman depan tempat tinggalnya—begitu banyak kanak-kanak terbiar yang hidup dan mati di lorong-lorong jalan di London. Barnado memutuskan untuk melakukan sesuatu untuk mengubah situasi yang dahsyat ini. Setelah siap membangunkan rumah-rumah bagi kanak-kanak yang miskin di timur London, Barnado telah menyelamatkan sekitar 60,000 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada kemiskinan dan kematian awal. Seorang ahli teologi dan pastor, John Scott berkata, “Pada hari ini, Barnado boleh digelar sebagai pelindung santo bagi kanak-kanak jalanan.”