Diampuni!
Kawan saya Norm Cook kadang-kadang memberikan kejutan kepada keluarganya apabila dia balik ke rumah dari tempat kerja. Dia akan berjalan melalui pintu depan, dan menjerit, “Anda telah diampuni!” Ini bukan kerana ada ahli keluarga yang telah berbuat salah dan memerlukan pengampunannya. Dia mengingatkan mereka bahawa walaupun mereka ada berdosa sepanjang hari, mereka telah diampuni sepenuhnya kerana rahmat Tuhan.
Sahabat Yang Indah
Wanita tua di rumah penjagaan itu tidak bercakap kepada sesiapa atau meminta apa-apa. Seolah-olah dia hanya wujud, berayun di kerusi lamanya yang berderit. Dia tidak mempunyai ramai pengunjung, jadi seorang jururawat muda sering pergi ke biliknya pada waktu rehatnya. Tanpa bertanya soalan untuk cuba membuat wanita itu bercakap, dia hanya menarik sebuah kerusi lain dan berayun bersama. Selepas beberapa bulan, wanita tua itu berkata kepadanya: “Terima kasih kerana berayun bersama saya.” Dia bersyukur kerana seseorang sanggup menemaninya.
Keluar Daripada Limpahan Air
Saya mengamati air dengan penuh perhatian, berjaga-jaga jika ada sebarang tanda bahaya. Semasa syif saya sebagai penyelamat selama enam jam, saya memerhatikan dari tepi kolam untuk memastikan keselamatan orang yang berenang. Jika saya meninggalkan tempat itu, atau saya tidak menumpukan perhatian, ini boleh membawa akibat yang serius bagi orang di kolam renang itu. Jika seseorang perenang lemas akibat kecederaan atau tidak mahir berenang, inilah tanggungjawab saya untuk menarik dia keluar dari air dan membawa dia ke dek kolam renang dengan selamat.
Apa Yang Kita Bawa Balik
John F. Burns menghabiskan empat puluh tahun melaporkan peristiwa-peristiwa dunia untuk majalah The New York Times. Dalam sebuah artikel yang ditulis selepas persaraannya pada tahun 2015, Burns teringat akan kata-kata seorang kawan rapat, iaitu seorang wartawan sekerjanya yang telah mati kerana penyakit kanser. “Jangan sekali-kali lupa,” rakannya berkata, “Yang penting bukan sejauh mana anda telah mengembara; melainkan apa yang anda telah bawa kembali.”
Membangun Komuniti
“Komuniti” merupakan tempat seseorang yang anda tidak ingin hidup bersama sentiasa berada , kata Henri Nouwen. Sering kali kita bergaul dengan orang yang kita paling ingin hidup bersama, ini sebenarnya membentuk kelab atau puak, bukan komuniti. Sesiapa sahaja boleh membentuk kelab; namun ia memerlukan rahmat, wawasan bersama, dan kerja keras untuk membina sebuah komuniti.
Tidak Mendapat Penghargaan?
Muzikal Hollywood sangat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an, dan tiga orang pelakon khususnya—Audrey Hepburn, Natalie Wood dan Deborah Kerr—menjadikan penonton teruja dengan persembahan mereka yang menarik. Tetapi sebahagian besar tarikan para pelakon ini ialah nyanyian mereka yang menakjubkan yang mempertingkatkan lakonan mereka. Malah, kejayaan filem-filem klasik ini sebenarnya adalah bergantung kepada sumbangan besar Marni Nixon, yang mengalih suara bagi setiap wanita terkemuka ini, namun usaha pentingnya langsung tidak mendapat penghargaan untuk jangka masa yang panjang.
“Saya Benar-benar Takut ... ”
“Saya benar-benar takut.” Inilah nota yang memilukan daripada seorang remaja. Dia telah mengirimkan kepada rakan-rakannya di Facebook ketika dia memberitahu mereka tentang beberapa ujian perubatan yang harus dibuatnya. Dia berkemungkinan dimasukkan ke hospital dan menjalani satu siri prosedur di sebuah bandar tiga jam dari rumahnya dan dia berasa cemas menunggu sementara doktor cuba mencari punca beberapa masalah kesihatan serius yang dialaminya.
Berpakaian Elok
Dalam bukunya Wearing God, penulis Lauren Winner berkata bahawa pakaian kita boleh secara senyap memberitahu orang lain tentang siapa diri kita. Apa yang kita pakai mungkin menandakan kerjaya, masyarakat atau identiti, perasaan, atau status sosial. Fikirkan baju-T dengan slogan, baju perniagaan, pakaian seragam, atau jeans dan segala yang mungkin didedahkan tentang kita. Dia menulis, “Idea bahawa orang Kristian boleh menonjolkan Yesus tanpa kata, seperti pakaian—adalah mengagumkan.”
Waktu Untuk Segala Sesuatu
Dalam penerbangan baru-baru ini, saya memerhatikan seorang ibu dan anak-anaknya yang duduk beberapa baris di hadapan saya. Sementara kanak-kanak kecilnya yang lain bermain dengan puas hati, ibu itu merenungkan mata anaknya yang baru lahir, tersenyum dan mengusap pipinya. Anak itu merenung kembali dengan mata lebar penuh kekaguman. Saya menikmati masa ini dengan mengenangkan saat-saat manis, memikirkan anak-anak saya sendiri pada usia itu dan musim yang telah berlalu.