Category  |  Pedoman Harian

Senantiasa Mendengar

Ayah saya seorang pendiam. Dia mempunyai masalah pendengaran ekoran tugasnya dalam ketenteraan selama bertahun-tahun dan kini dia memakai alat bantu pendengaran. Pada suatu tengah hari ketika saya dan ibu saya bercakap dengan tidak berhenti-henti, dia memberi respons secara jenaka, “Apabila saya mahukan kedamaian dan ketenangan, inilah yang akan saya lakukan.” Dia mematikan alat bantu pendengarannya sambil melipatkan kedua-dua tangannya di belakang kepala, serta menutup mata diiringi senyuman yang tenang.

Kurnia Untuk Memberi

Seorang pastor memberikan huraian yang hidup tentang frasa “Dia akan memberikan baju yang ditanggalkannya” ketika dia memberikan cabaran ini kepada jemaah: “Apakah yang akan terjadi jika kita menanggalkan kot dan memberikannya kepada orang yang memerlukan?” Kemudian dia mengambil kotnya sendiri dan meletakkannya di hadapan para jemaah. Sejumlah orang turut melakukan hal yang sama. Ini berlaku semasa musim sejuk, jadi perjalanan pulang ke rumah adalah kurang selesa pada hari itu. Namun bagi sejumlah orang yang ada keperluan, badan mereka akan merasai kehangatan yang penuh kasih pada musim sejuk.

Membiarkan Pergi

Untuk ulang tahun perkahwinan kami, suami saya meminjam sebuah basikal tandem (tunggang bersama) supaya kami boleh menikmati perjalanan romantik bersama. Sewaktu kami mulai mengayuh, saya sedar bahawa sebagai pengayuh di belakang, pandangan saya kepada jalan di hadapan adalah terhalang oleh bahu luas suami saya. Tambahan lagi, gagang basikal di belakang adalah tetap; jadi ia tidak memberi kesan kepada kemudi basikal. Hanya gagang basikal di hadapan yang menentukan arah kami; gagang saya cuma berfungsi sebagai penyokong bahagian atas badan saya. Saya boleh sahaja memilih untuk berasa kecewa kerana tidak turut mengawal basikal tersebut, ataupun menikmati perjalanan itu serta mempercayai Mike akan menunggang dengan selamat di sepanjang perjalanan kami.

Bau Harum Semerbak

Seorang penulis bernama Rita Snowden menceritakan sebuah kisah yang menyeronokkan tentang lawatannya ke sebuah desa kecil di Dover, England. Ketika dia sedang duduk di luar sebuah kafe pada suatu tengah hari sambil menghirup teh, dia terhidu bau wangi yang semerbak. Rita bertanya kepada seorang pelayan tempat datangnya bau tersebut, dan dia diberitahu bahawa bau itu datangnya daripada orang yang sedang berlalu, di hadapannya. Kebanyakan orang kampung di situ bekerja di sebuah kilang minyak wangi yang berdekatan. Dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka membawa haruman yang meresap ke baju mereka serta mengharumi jalan yang dilalui oleh mereka.

Nikmatilah Pemandangan

Matahari terbenam. Biasanya orang akan berhenti melakukan apa yang sedang dilakukan untuk melihat matahari terbenam ... menangkap gambar ... menikmati pemandangan yang indah.

Pulang Ke Rumah Bersama Yesus

“Tiada tempat yang lebih baik daripada rumah sendiri.” Frasa ini mencerminkan satu keinginan yang sudah berakar secara mendalam dalam diri kita untuk memiliki tempat rehat dan tempat pemilikan sendiri. Yesus menyatakan keinginan yang mendalam ini ketika Dia dan para sahabat-Nya selesai menikmati makan bersama untuk kali terakhir. Dia bercakap tentang kematian dan kebangkitan-Nya yang bakal terjadi. Dia berjanji bahawa walaupun Dia akan pergi, tetapi Dia akan kembali serta menyediakan tempat untuk mereka—sebuah kediaman. Sebuah rumah.

Dia Mengerti Dan Peduli

Ketika seorang pemuda ditanyakan tentang pendapatnya mengenai kejahilan dan sikap acuh tak acuh merupakan masalah dalam masyarakat moden, dia berjenaka, “Saya tidak tahu dan saya tidak peduli.”

Disebabkan Kasih

Anak perempuan kami tiba-tiba menangis ketika kami melambai untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa kami. Selepas melawat kami di England, mereka memulakan perjalanan panjang untuk pulang ke rumah mereka di Amerika Syarikat. “Saya tidak mahu mereka pergi,” kata anak perempuan kami. Sementara saya menenangkannya, suami saya berkata, “Saya rasa itulah disebabkan kasih.”

Mengingati Kayu Salib

Di gereja yang saya beribadat, terletaknya sebuah kayu salib besar di depan ruang ibadat. Ia merupakan lambang Yesus disalibkan—tempat dosa kita bertembung dengan kekudusan-Nya. Di kayu salib, Tuhan Bapa membenarkan Anak-Nya yang sempurna untuk mati bagi setiap perbuatan salah yang pernah kita lakukan, ucapkan, atau fikirkan. Di kayu salib, Yesus menyempurnakan tugas yang dituntut untuk menyelamatkan kita daripada maut yang sepatutnya kita terima (Roma 6:23).