Category  |  Pedoman Harian

Bukalah Mata Hatiku

Pada tahun 2001, seorang bayi pramatang bernama Christopher Duffley telah mengejutkan para doktor kerana dia terselamat. Pada umur lima bulan, dia telah dimasukkan dalam sistem penjagaan anak angkat sehingga keluarga ibu saudaranya mengambilnya sebagai anak angkat. Seorang guru menyedari bahawa Christopher yang berumur empat tahun, walaupun buta dan menghidapi autisme, dia mempunyai nada sempurna, yakni kebolehan mengenal pasti semua nada. Enam tahun kemudian, Christopher berdiri di atas pentas gereja dan menyanyikan lagu, “Bukalah Mata Hatiku.” Rakaman video persembahan tersebut telah mencecah berjuta-juta penonton di internet. Pada tahun 2020, Christopher berkongsi matlamatnya untuk melayani sebagai wakil bagi golongan orang kurang upaya. Dia telah membuktikan bahawa segala kemungkinan adalah tidak terbatas dengan mata hatinya terbuka kepada rancangan Tuhan.

Harapan untuk Mereka yang Terluka

“Kebanyakan orang mempunyai parut yang tidak dapat dilihat atau difahami oleh orang lain.” Kata-kata yang jujur itu datang daripada pemain Besbol Liga Utama, Andrelton Simmons, yang bersara pada penghujung musim 2020 kerana masalah kesihatan mental. Simmons berkongsi kisahnya untuk menggalakkan orang lain yang menghadapi cabaran yang serupa dan memperingatkan orang ramai untuk menunjukkan simpati.

Rahmat yang Perlahan 

Pernahkah anda mendengar tentang “fesyen perlahan” (#slowfashion)? Hashtag (simbol “pagar” atau “#”) ini menggambarkan sebuah gerakan yang menolak “fesyen pantas”—sebuah industri yang dikuasai oleh produk pakaian yang dihasilkan dengan murah dan mudah dilupuskan. Dalam fesyen pantas, pakaian menjadi ketinggalan zaman sepantas ia berada di kedai pakaian. Akibatnya beberapa jenama melupuskan jumlah produk mereka yang besar setiap tahun.

Hikmat yang Kita Perlukan  

Dalam bukunya yang agung, The Great Influenza, John M. Barry menceritakan tentang kisah wabak selesema pada tahun 1918. Barry menjelaskan bahawa para pegawai kesihatan bukannya terkejut tetapi sebenarnya telah menjangkakan cetusan wabak tersebut secara besar-besaran. Mereka khuatir disebabkan Perang Dunia I, ratusan ribu orang tentera yang bersesak-sesak dalam kubu parit dan bergerak merentasi sempadan akan mencetuskan virus yang baharu. Namun pengetahuan ini tidak berguna untuk menghentikan kemusnahan yang akan berlaku. Ini kerana para pemimpin yang berkuasa telah memukul gendang peperangan, dan menghantar askar bergegas ke arah keganasan dengan mencetuskan peperangan. Ahli-ahli epidemiologi menganggarkan seramai lima puluh juta orang maut akibat wabak tersebut, selain daripada kira-kira dua puluh juta orang yang terbunuh dalam peperangan tersebut.

Pilihan 

Beberapa minggu selepas kematian sahabat saya, saya pergi bertemu dengan ibunya. Saya berasa serba salah untuk bertanya bagaimana keadaannya kerana masa itu dia masih sedang bersedih. Namun saya bertanya juga. Dia menjawab: “Saya pilih untuk berasa gembira.”

Apakah yang Lebih Baik?

Eric mendengar tentang kasih Yesus semasa dia berusia awal dua puluhan. Dia mula menghadiri gereja dan bertemu dengan seseorang yang membantu dia bertumbuh dalam pengetahuan tentang Kristus. Tidak lama kemudian, mentor Eric menugaskannya untuk mengajar sekumpulan kecil budak lelaki di gereja. Bertahun-tahun kemudian, Tuhan menaruh beban dalam hati Eric untuk membantu belia yang bermasalah di bandarnya, melawat rumah orang tua, dan menunjukkan keramahan kepada jiran-jirannya—segalanya adalah untuk kemuliaan Tuhan. Kini Eric berusia lewat lima puluhan, dia menjelaskan dia amat bersyukur kerana dia telah diajar sejak awal lagi untuk melayani: “Hati saya amat teruja untuk berkongsi harapan yang saya temui dalam Yesus, Apakah yang lebih baik daripada melayani-Nya?”

Sedia untuk Berlepas

Semasa wabak koronavirus melanda, ramai orang telah kehilangan orang tersayang. Pada 27 November 2020, keluarga kami telah melalui pengalaman yang sama apabila Bee Crowder, ibu saya yang berumur sembilan puluh lima tahun telah meninggal dunia—walaupun bukan disebabkan oleh COVID-19. Seperti kebanyakan keluarga lain, kami tidak dapat berkumpul dan berkabung untuk ibu, berkongsi tentang kehidupannya, atau mendorong satu sama lain. Sebaliknya, kami telah menggunakan cara lain untuk meraikan pengaruh ibu saya yang penuh kasih sayang—dan kami mendapat penghiburan melalui kata-katanya sebelum dia meninggal. Dia berkata, jika Tuhan memanggilnya pulang, dia sudah bersedia malah tidak sabar untuk pergi. Inilah harapan yang penuh keyakinan, yang nyata dibuktikan dalam kehidupan ibu saya, juga merupakan caranya untuk menghadapi kematian.

Menemui Kehidupan

Bagi Brett, ini amat natural bagi dia menghadiri sebuah universiti Kristian dan mengkaji Alkitab. Lagipun dia dikelilingi oleh orang-orang yang mengenal Yesus seumur hidupnya—di rumah, sekolah dan gereja. Malah dia menumpukan pembelajarannya dalam “pekerjaan Kristian” di universiti sebagai matlamat kerjayanya.

Aku Boleh Nampak Engkau!  

Seorang pakar mata telah membantu Andreas yang berumur tiga tahun untuk melaraskan cermin mata pertamanya. “Lihat ke dalam cermin,” katanya. Andreas mengerling kepada pantulannya, kemudian berpaling kepada bapanya dengan sebuah senyuman gembira dan penuh kasih sayang. Kemudian bapa Andreas dengan perlahan-lahan mengesat air mata yang mengalir di pipi anaknya dan bertanya, “Kenapa?” Andreas memeluk leher bapanya. “Saya boleh nampak ayah.” Dia berundur ke belakang, mendongak, dan memandang ke arah mata bapanya. “Saya boleh nampak ayah!”