Berakar Umbi dalam Kasih
D iiringi oleh perasaan takut dan kesunyian, saya tiba di pusat penjagaan kanser untuk mula menjadi pengasuh ibu saya. Keluarga dan sahabat-sahabat saya yang merupakan penyokong saya selama ini kini berada sejauh lebih kurang 1,200 kilometer. Namun sebelum saya memunggah bagasi, Frank, seorang lelaki yang tersenyum lebar menawarkan pertolongannya. Pada masa kami tiba di tingkat keenam, saya merancang untuk berjumpa dengan Lori, iaitu isteri Frank, yang menjaga Frank sepanjang rawatannya. Tanpa disedari, saya dan pasangan tersebut sejurusnya menjadi seperti keluarga ketika kami bergantung pada Tuhan dan satu sama lain. Kami ketawa, mengeluh, menangis dan berdoa bersama-sama. Walaupun kami harus meninggalkan segala yang telah biasa tahu, hubungan kami dengan Tuhan dan satu sama lain membantu kami berakar umbi dalam kasih-Nya ketika kami saling memberi sokongan.
Menyalakan Lilin
Waktu itu sudah tengah hari, namun matahari tidak kelihatan. Hari Gelap di New England jatuh pada 19 Mei 1780, bermula dari awal pagi dan berlanjutan sehingga beberapa jam. Kegelapan yang di luar realiti ini kemungkinan besar disebabkan oleh kepulan asap tebal berpunca daripada kebakaran hutan yang tidak terkawal di Kanada, sehingga ramai orang tertanya-tanya jika Hari Kiamat sudah tiba pada hari itu.
Apabila Kita Berkumpul Bersama
Denmark merupakan salah sebuah negara yang paling bahagia di dunia, menurut Laporan Negara Paling Bahagia (World Happiest Report). Rakyat Denmark mengharungi musim sejuk yang panjang dan gelap dengan mengadakan sesi berkumpul dengan sahabat-sahabat terdekat, berkongsi minuman panas ataupun santapan yang lazat. Perkataan yang sering digunakan oleh mereka untuk mengungkapkan perasaan pada waktu itu adalah hygge (HOO-gah). Hygge menolong mereka mengimbangi impak daripada keadaan cuaca yang jarang menerima sinar matahari, berbanding dengan kawasan lain yang berada di latitud yang lebih bawah. Dengan duduk mengelilingi sebuah meja bersama dengan orang yang tersayang, mereka sudah cukup berpuas hati.
Apabila Pengetahuan Menyakitkan
Zach Elder dan kawan-kawannya berhenti di tepi pantai selepas 25 hari berakit melalui Grand Canyon. Seorang lelaki yang datang untuk mendapatkan rakit mereka memberitahu mereka tentang virus COVID-19. Mereka ingat lelaki itu sedang bergurau. Tetapi apabila mereka meninggalkan ngarai, telefon mereka dipenuhi oleh mesej-mesej penting daripada ibu bapa mereka. Zach dan kawan-kawannya tergamam. Mereka berharap dapat kembali ke sungai dan melarikan diri daripada apa yang mereka ketahui sekarang.
Biarkan Lampu Menyala
Satu iklan rangkaian hotel menayangkan sebuah bangunan kecil berdiri teguh pada malam yang gelap. Tiada benda lain di sekelilingnya. Satu-satunya sinaran yang memancar dalam latar iklan itu datang dari sebuah lampu kecil, dekat pintu di anjung bangunan tersebut. Mentol itu memancarkan cukup cahaya untuk seorang pengunjung berjalan menaiki tangga dan memasuki bangunan. Iklan tersebut berakhir dengan ungkapan, “Lampu selalu dipasang untuk anda.”
Benih Masa
Pada tahun 1879, orang yang menyaksikan perbuatan William Beal akan menyangkanya orang gila. Mereka melihat profesor botani ini mengisi 20 biji botol dengan pelbagai jenis benih, kemudian menguburkannya jauh ke dalam tanah. Mereka tidak tahu bahawa Beal sedang melakukan satu eksperimen kebolehhidupan biji benih yang akan menjangkau berabad-abad lamanya. Setiap 20 tahun, sebiji botol akan dikeluarkan, dan biji benih di dalamnya akan ditanam untuk melihat jika benihnya akan bercambah.
Kasih dan Bergantung kepada Tuhan
Zach kelihatan seorang yang lucu, bijak dan disukai ramai. Tetapi dia bergelut dengan kemurungan secara diam-diam. Selepas Zach membunuh diri pada usia 15 tahun, ibunya, Lori, menceritakan tentang dia, “Memang sangat sukar untuk memahami bahawa seseorang sepertinya yang mempunyai begitu banyak keindahan dalam hidupnya akan tiba ke saat ini. Aku memang tidak sangka Zach akan membunuh diri.” Ada seketikanya dalam kesepian Lori meluahkan kedukaannya kepada Tuhan. Dia berkata bahawa kesedihan yang mendalam selepas kejadian itu adalah “satu tahap kedukaan yang berbeza.” Namun dia dan keluarganya belajar untuk bergantung kepada Tuhan dan orang lain demi mendapatkan kekuatan, dan sekarang mereka menggunakan masa mereka untuk mengasihi orang lain yang juga bergelut dengan kemurungan.
Rancangan dan Pemberian Tuhan
Pada tahun 2000, sebuah syarikat permulaan Netflix yang beroperasi dengan menyewa filem melalui sistem kiriman telah membuat tawaran untuk menjual syarikat mereka sebanyak 50 juta dolar kepada Blockbuster, iaitu syarikat yang memberi perkhidmatan sewa filem dan permainan video bagi rumah-rumah yang terbesar pada masa itu. Netflix mempunyai kira-kira seramai 300,000 pelanggan, manakala Blockbuster mempunyai berjuta-juta pelanggan. Blockbuster melepaskan peluang untuk membeli syarikat pesaing kecil mereka. Hasilnya? Pada hari ini, Netflix mempunyai lebih daripada 180 juta pelanggan dan bernilai menghampiri 200 bilion dolar. Manakala Blockbuster, ... syarikat ini menjadi muflis. Tiada seorang pun dapat meramalkan masa depan.
Minta Saja!
Sorakan kegembiraan isteri saya, Shirley kedengaran dari tingkat bawah tanah rumah kami. Selama berjam-jam dia bergelut dengan satu projek surat berita, dan akhirnya dia bersedia untuk menyiapkannya. Oleh sebab dia risau dan tidak pasti bagaimana untuk meneruskan, dia berdoa memohon pertolongan Tuhan. Dia juga telah menghubungi rakan-rakan Facebook dan tidak lama kemudian projek tersebut telah disiapkan―atas usaha pasukan.