Category  |  Pedoman Harian

Keadilan yang Sempurna

Pada tahun 1983, 3 remaja ditangkap atas tuduhan pembunuhan seorang budak lelaki berusia 14 tahun. Menurut laporan, remaja itu “ditembak ... disebabkan sebuah jaket sukan yang berjenama.” Akibatnya, ketiga-tiga mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Setelah dipenjarakan selama 36 tahun, akhirnya bukti ditemukan dan mendapati mereka tidak bersalah. Rupanya pembunuh adalah orang lain. Sebelum hakim membebaskan mereka, dia mengeluarkan penyataan maaf.

Tidak Salah untuk Meratap  

Saya berlutut dan membiarkan air mata jatuh berderai. Saya berseru kepada Tuhan, “Tuhan, mengapa Engkau tidak menjaga aku?” Masa itu berlaku ketika pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Saya telah diberhentikan kerja selama hampir sebulan dan saya menghadapi masalah untuk mengisytiharkan status pengangguran saya. Maka saya belum menerima bantuan wang kerajaan Amerika Syarikat yang dijanjikan. Di lubuk hati, saya percaya bahawa Tuhan akan menyelesaikan segalanya. Saya yakin bahawa Dia benar-benar mengasihi dan menjaga saya. Tetapi pada ketika itu, Tuhan seolah-olah meninggalkan saya. 

Kehidupan yang Luar Biasa

Saya mengetahui tentang Catherine Hamlin, seorang pakar bedah Australia yang luar biasa selepas membaca berita kematiannya. Di Etiopia, Catherine dan suaminya mendirikan satu-satunya hospital di dunia untuk merawat wanita yang menderita trauma fizikal dan emosi yang teruk kerana obstetrik fistula, iaitu kecederaan yang biasa berlaku kepada wanita semasa mereka melahirkan anak di negara-negara sedang membangun. Disebabkan oleh usaha dan penyeliaan Catherine, lebih daripada 60,000 wanita telah menerima rawatan. 

Tuhan yang Adil

Mungkin lembu itu merupakan “lembu hitam” terbesar dalam sejarah. Kami tidak tahu sama ada namanya ialah Daisy, Madeline, ataupun Gwendolyn (nama-nama yang dicadangkan). Lembu Puan O’Leary dipersalahkan kerana kebakaran besar yang berlaku di Chicago pada tahun 1871, menyebabkan sepertiga daripada penduduk bandar kehilangan tempat tinggal. Akibat tiupan angin kencang ke atas bangunan-bangunan kayu, api berbara selama 3 hari dan meragut nyawa hampir 300 orang.

Pemberi Rahsia

Bagi Christopher, seorang bekas askar kurang upaya, aktiviti hariannya menjadi lebih mencabar, mengambil masa yang lama untuk disiapkan, dan menambahkan kesakitannya. Tetapi dia berusaha untuk menjaga isteri dan anaknya. Setiap minggu, orang yang lalu akan melihatnya memotong rumput dengan menggunakan mesin rumput tolak.

Berbaloi, atau Layak?

Helen Roseveare, seorang doktor wanita berbangsa Inggeris berkhidmat sebagai misionari di Congo Afrika, ditawan oleh pemberontak semasa Pemberontakan Simba pada tahun 1964. Dia dipukul, didera dan menderita dengan teruk. Pada hari-hari seterusnya, dia bertanya kepada dirinya, “Adakah ini berbaloi?”

Zon Kematian

Pada tahun 2019, seorang pendaki melihat matahari terbit buat kali terakhir dari puncak Gunung Everest. Dia terselamat dalam pendakian yang berbahaya, tetapi tekanan udara yang menurun menyebabkan gangguan pada jantungnya, dan dia meninggal semasa menuruni gunung. Seorang pakar perubatan memberi amaran kepada para pendaki agar tidak hanya memikirkan puncak sebagai akhir perjalanan mereka. Mereka mesti mendaki dan menuruni secepat mungkin kerana “mereka berada di Zon Kematian.” 

Lingkaran Pelangi

Semasa mendaki gunung, Adrian diselubungi oleh awan yang berkedudukan rendah. Dengan cahaya matahari di belakangnya, Adrian memandang ke bawah dan bukan hanya melihat bayang-bayangnya, malahan juga pemandangan mengagumkan yang dikenali sebagai Fenomena Brocken. Fenomena ini menyerupai lingkaran pelangi yang mengelilingi bayang-bayang orang. Ia berlaku ketika cahaya matahari memantulkan semula awan di bawah. Adrian menggambarkan saat itu sebagai detik “ajaib” yang sangat menggembirakannya. 

Berkembang Kembali 

Dengan cahaya matahari dan air yang mencukupi, bunga liar membentang luas dengan indahnya di kawasan-kawasan California, seperti Lembah Antelope dan Pergunungan Figueroa. Tetapi apakah yang berlaku ketika kemarau melanda? Para saintis telah menemukan bahawa bunga-bunga liar tertentu menyimpan kuantiti benih yang banyak di bawah tanah dan tidak membiarkannya keluar ke permukaan tanah. Selepas musim kemarau, tumbuhan tersebut menggunakan benih yang telah disimpan untuk bertumbuh semula.