Category  |  Pedoman Harian

Segala Sesuatu Ada Musimnya

Hari ini merupakan hari pertama musim bunga di hemisfera utara. Jika anda tinggal di Australia, maka hari ini ialah hari pertama musim luruh—ekuinoks musim bunga di hemisfera utara, dan ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan. Ini bermaksud, matahari bersinar langsung pada khatulistiwa pada hari ini, dan masa siang dan malam adalah hampir sama di seluruh dunia.

Hati Yang Bersyukur

Pada hari perkahwinan kami, Martie dan saya dengan gembira berikrar untuk tetap setia “pada masa senang atau susah, sakit atau sihat, kaya atau miskin.” Ini agak pelik untuk menyebutkan ikrar mengenai kenyataan hidup yang suram seperti masa-masa susah, sakit dan kemiskinan pada hari perkahwinan yang meriah. Namun ini menekankan hakikat bahawa hidup memang sering ada masa-masa yang susah.

Surat Ke Rumah

Ketika berada jauh dari rumah dan mengikuti latihan asas untuk Perang Dunia II, tentera-tentera pelatih Amerika menggunakan cara berlawak dan surat-menyurat untuk mengatasi cabaran yang dihadapi mereka. Seorang tentera muda menghuraikan proses suntikan vaksin mereka dengan lawak yang keterlaluan dalam suratnya kepada keluarganya: “Dua orang pegawai kesihatan mengejar kami, masing-masing memegang tempuling di tangan. Lalu mereka menyambar kami dan terus menjatuhkan kami ke lantai, lalu menusukkan suntikan ke lengan kami masing-masing.”

Bisikan Yang Menggalakkan

Budak lelaki itu menggelisah di tempat duduknya dalam kapal terbang. Dia sebentar-sebentar melihat luar. Kemudian dia menutup mata dan menarik nafas dalam-dalam, dia cuba bertenang—tetapi tidak berhasil. Ketika kapal terbang berlepas, badan budak tersebut bergerak ke depan dan ke belakang secara perlahan-lahan di tempat duduknya kerana gelisah. Seorang wanita yang duduk di sebelah lorong pun meletakkan tangannya pada lengan budak lelaki itu, malah dengan lembut bercakap kepada dia untuk mengalihkan perhatiannya daripada kegelisahan. Dia berbisik, “Apakah nama kamu?” “Dari manakah kamu?” “Jangan takut, kita selamat,” dan “Keadaan kamu bertambah baik.” Wanita itu sebenarnya boleh berasa jengkel atau hanya membiarkan anak lelaki itu. Tetapi dia memilih untuk menenangkan anak itu dengan sentuhan dan kata-kata. Ketika mendarat tiga jam kemudian, budak lelaki itu berkata, “Terima kasih kerana sanggup membantu saya.”

Keajaiban dalam Pemfokusan

Sesetengah kita lebih cenderung melihat kecacatan di dunia ini. Namun seorang jurugambar bagi majalah National Geographic, DeWitt Jones telah menggunakan kepakarannya untuk memerhatikan keindahan dunia ini. Dia menunggu dan memerhati sehingga kemunculan satu alur cahaya, atau perubahan sudut pandangan tiba-tiba memperlihatkan suatu keajaiban yang telah wujud sejak mula lagi. Dengan kameranya, dia berfokus pada keindahan paras rupa orang dan alam semula jadi yang paling biasa.

Didedahkan Untuk Disembuhkan

Semasa saya kecil, saya melihat bapa saya membajak tanah yang belum pernah diusahakan. Semasa pembajakan pertama, batu-batu besar akan ditariknya keluar. Kemudian, dia akan membajak berulang kali untuk menghancurkan tanah itu. Setiap kali pembajakan seterusnya dilakukan, batu-batu yang lebih kecil akan dikeluarkan. Tanah ladang yang baru itu memerlukan pembajakan yang berulang kali.

Berdoa Bagi Orang Lain

“Saya tidak tahu apa itu doa sehinggalah abang saya sakit dan kalian semua berdoa untuknya. Tidak terkatakan penghiburan yang saya terima melalui doa-doa kalian!”

Menyokong Satu Sama Lain

Mengapakah setiap tahun lebih daripada 500 juta orang sanggup membayar untuk berlari beberapa kilometer jauh disertai jalan berhalangan, yang termasuklah mendaki dinding tegak, mengharungi lumpur, menaiki paip tegak sambil disirami air? Ada yang berpendapat ini sebagai cabaran peribadi untuk melihat setakat mana mereka boleh tahan atau mengalahkan ketakutan dalam diri. Bagi orang lain, tarikannya adalah kerja berpasukan, iaitu para pesaing menghulurkan bantuan dan menyokong satu sama lain. Ada orang menyebutnya sebagai “zon tidak pandang rupa” bahawa orang yang tidak dikenali akan memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menamatkan perlumbaan (Stephanie Kanowitz, The Washington Post).

Bersuka Ria Kerana Tuhan

Saya seorang yang pesimis, maka saya cenderung membuat kesimpulan yang negatif dengan segera tentang situasi dalam hidup saya akan berakhir. Jika usaha saya bagi sesuatu kerja terhalang, saya mudah sekali percaya bahawa kerja-kerja lain juga tidak akan berjaya—walaupun kerja-kerja itu sama sekali tidak berkaitan—saya tidak percaya bahawa saya dapat berjaya. Tambahan lagi, saya menganggap diri sebagai seorang ibu yang tidak dapat melakukan apa-apa dengan betul. Kegagalan saya dalam satu hal, ini akan mempengaruhi perasaan saya dalam banyak hal lain.