Category  |  Pedoman Harian

Menanti dengan Harapan

Pada setiap May Day Hari Mei (1 Mei) di Oxford, England, ramai orang akan berkumpul pada awal pagi untuk menyambut musim bunga. Pada jam 6.00, koir Kolej Magdalen menyanyi dari atas Menara Magdalen. Beribu-ribu orang menunggu dengan harapan agar fajar menyinsing dengan lagu dan bunyi loceng.

Memutuskan Belenggu

Kami mendapati lawatan kami ke Gereja Christ Church di Stone Town, Zanzibar, sangat menyentuh hati kerana ia terletak di tempat yang dahulunya merupakan pasar menjual hamba abdi yang terbesar di Afrika Timur. Pereka bentuk gereja ini ingin menunjukkan Injil telah memutuskan belenggu perhambaan melalui simbol yang kelihatan. Tempat itu bukan lagi tempat yang menghasilkan kejahatan dan kekejaman yang dahsyat, melainkan tempat yang menyatakan kasih kurnia Tuhan.

Lihat Yesus Sekali Lagi!

Sekiranya ada seorang yang sangat setia, pasti orang itu ialah Saudara Justice. Dia setia terhadap pernikahannya, bersungguh-sungguh dalam kerja sebagai seorang pekerja pos, dan setiap Ahad dia akan berdiri di tempatnya sebagai seorang pemimpin di gereja kami. Baru-baru ini saya melawat gereja asal kami dan mendapati bahawa loceng yang digunakan oleh Saudara Justice untuk mengingatkan kami tentang masa penyelidikan Alkitab sudah hampir tamat itu masih terletak di atas piano. Loceng itu telah bertahan sangat lama. Walaupun Saudara Justice sudah lama meninggal dunia, warisan kesetiaannya tetap membawa pengaruh.

Latihan Semasa Kerja

Saya teragak-agak sewaktu guru anak lelaki saya meminta saya menjadi penjaga bagi khemah sains mereka. Bagaimanakah saya dapat menjadi teladan yang baik sedangkan saya melakukan banyak kesilapan pada masa lampau, dan saya juga masih bergelut serta kembali ke tabiat lama? Tuhan telah menolong saya mengasihi dan membesarkan anak saya, tetapi saya sering meragui bahawa Tuhan dapat memakai saya untuk menolong orang lain.

Seruan Hikmah

Malcolm Muggeridge, seorang wartawan dan pengkritik sosial British yang ternama, percaya kepada Tuhan pada umur enam puluh tahun. Pada hari jadinya yang ketujuh puluh lima tahun, dia memberikan dua puluh lima pemerhatiannya yang bernas mengenai kehidupan. Salah satu pemerhatiannya berkata, “Saya tidak pernah melihat seorang yang kaya berasa gembira, tetapi saya jarang menemui seseorang miskin yang tidak mahu menjadi seorang yang kaya.”

Iman Seorang Balu

Keadaan masih gelap gelita ketika Ah-pi memulakan harinya. Orang lain di kampung itu akan bangun sebentar lagi untuk bersedia ke kebun getah. Menoreh getah merupakan salah satu pendapatan utama bagi penduduk Kampung Hongzhuang, China. Pokok getah perlu ditoreh setiap awal pagi sebelum matahari terbit untuk mendapatkan sebanyak mungkin susu getah. Ah-pi ialah salah seorang penoreh, tetapi sebelum itu dia akan meluangkan masa untuk bersekutu dengan Tuhan.

Kehilangan Ingatan

Perkhidmatan kecemasan di Carlsbad, California telah menyelamatkan seorang wanita berloghat Australia yang tidak dapat mengingati dirinya. Disebabkan dia mengalami kehilangan ingatan dan tidak membawa kad pengenalan, dia tidak dapat memberitahu namanya atau dari mana asalnya. Para doktor dan media antarabangsa telah bekerjasama untuk memulihkan kesihatannya, berkongsi ceritanya, agar wanita itu dapat bertemu semula dengan keluarganya.

Tempat Menanti

“Menantikan ikan memakan umpan atau menantikan angin untuk menerbangkan layang-layang. Atau menanti kedatangan malam Hari Jumaat ... semua orang sedang menanti” begitulah yang dikatakan oleh Dr. Seuss, seorang penulis bagi banyak buku kanak-kanak.

Rahsia Kesejahteraan

Grace merupakan seorang wanita yang sangat istimewa. Satu perkataan akan terlintas dalam fikiran apabila saya berfikir tentangnya, iaitu kesejahteraan. Wajahnya yang kelihatan tenang tidak berubah dalam masa enam tahun saya mengenalinya. Dia tetap tenang walaupun suaminya didapati sedang menghidap penyakit yang jarang ditemui dan sedang menerima rawatan di hospital.