Timur Bertemu Barat
Satu pelajaran telah dipelajari apabila seorang guru dari Amerika Utara mengajar sekumpulan pelajar dari Asia Tenggara. Selepas memberi ujian berbentuk soalan objektif, dia terkejut kerana banyak soalan tidak terjawab. Ketika dia memulangkan kertas jawapan mereka, dia mencadangkan lain kali mereka patut cuba meneka jawapan, biarpun mereka tidak tahu jawapannya, supaya soalan tidak dibiarkan kosong. Tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan dan berkata, “Apa akan terjadi jika saya mendapat jawapan yang betul, secara tidak sengaja? Ini menunjukkan saya tahu jawapannya walaupun sebenarnya saya tidak tahu.” Para pelajar dan guru ada perspektif dan tindak balas yang berbeza.
Bukan Anda
Daud telah melakarkan pelan, mereka bentuk perabot dan mengumpulkan bahan-bahan pembangunan. Dia telah membuat segala persediaan (lihat 1 Tawarikh 28:11-19). Tetapi Rumah TUHAN yang pertama dibina di Yerusalem, dikenali sebagai Rumah TUHAN Salomo, bukannya Daud.
Wajah-Nya Yang Mulia
Anak lelaki saya yang berumur empat tahun mempunyai banyak persoalan dan asyik bercakap. Saya suka bercakap dengannya, tetapi dia mempunyai satu tabiat buruk, iaitu bercakap walaupun dia sudah menoleh ke belakang. Saya selalu berkata, “Ibu tidak dapat mendengar anda—tolong pandanglah saya apabila sedang bercakap.”
Dibuai Dengan Hiburan
Kawan saya memberikan saya keyakinan penuh untuk mendukung anak perempuan kesayangannya yang berumur empat hari. Tidak lama kemudian, bayi ini mula menjadi tidak selesa. Saya pun memeluk dia dengan lebih dekat, pipi saya menyentuh kepalanya, dan mula mendodoi serta menyanyi dengan lembut supaya dia berasa selesa. Walaupun telah banyak mencuba, pengalaman saya sebagai seorang ibu selama 15 tahun, saya masih gagal untuk menenangkannya. Bayi itu mula menjadi sedih sehingga saya meletakkan dia kembali ke pangkuan ibunya. Keamanan menyelubunginya dengan serta-merta; tangisan berhenti, dan badan kecilnya terus menjadi relaks. Kawan saya tahu cara untuk memegang dan mendodoikan anaknya yang berasa kurang tenang.
Apakah Yang Anda Diperingati?
Di negara China, sebuah tugu peringatan didirikan di tanah yang pernah menjadi kem tawanan perang Jepun, iaitu tempat seorang penginjil meninggal dunia pada tahun 1945. Tertulis pada tugu itu, “Eric Liddell dilahirkan oleh ibu bapa yang berbangsa Scotland di Tianjin pada tahun 1902. Kerjayanya mencapai kemuncak apabila dia memenangi pingat emas dalam acara 400 meter, Sukan Olimpik pada tahun 1924. Dia kembali ke China untuk bekerja sebagai seorang guru di Tianjin ... Dia menghabiskan seluruh hidupnya dengan mendorong ramai orang muda untuk memberi sumbangan terbaik mereka demi kebajikan masyarakat.”
Hujan Pada Musim Bunga
Saya berjalan-jalan di sebuah taman berdekatan untuk merelakskan badan. Dalam perjalanan, saya tertarik akan pucuk hijau yang mula kelihatan dari tanah lumpur, yang akan bertumbuh menjadi bunga dafodil dalam beberapa minggu. Ini menandakan musim bunga akan datang tidak lama lagi. Musim sejuk berjaya diharungi!
Berlari dan Rehat
Tajuk utama ini menarik perhatian saya: “Rehat Adalah Penting Bagi Pelari.” Dalam artikel Tommy Manning, seorang bekas ahli Pasukan Larian Gunung Amerika Syarikat, dia menekankan prinsip yang selalu tidak dihiraukan oleh kebanyakan atlet—badan kita memerlukan masa untuk berehat dan bertenaga semula selepas latihan. “Dari segi fisiologi, perubahan dalam badan hasil daripada latihan hanya akan berlaku semasa waktu rehat,” Manning menulis. “Ini bermakna waktu rehat adalah sama penting dengan waktu latihan.”
Api Kecil
Pada suatu malam Ahad bulan September, semasa ramai orang sedang tidur, tiba-tiba kebakaran kecil telah tercetus di kedai roti Thomas Farriner di Lorong Pudding. Api merebak dari rumah ke rumah dan seluruh London ditelan api dalam Kebakaran Besar London pada tahun 1666. Seramai 70,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran tersebut serta memusnahkan 4/5 bahagian bandar itu. Begitu dahsyatnya kemusnahan kerana api kecil!
Ada Masalah
Pada pagi selepas anak lelaki kami, Allen dilahirkan, doktor duduk di sebuah kerusi di hujung katil saya dan berkata, “Anak anda ada masalah kesihatan.” Anak kami yang kelihatan sempurna secara luaran sebenarnya mempunyai kecacatan yang menggugat nyawa sejak lahir. Dia perlu dipindahkan ke sebuah hospital yang terletak sejauh 1130 km untuk pembedahan segera.