Category  |  Pedoman Harian

Empati Melaksanakan Tugas

Rakan saya, Ellen bekerja mengira gaji untuk firma perakaunan. Pekerjaan ini mungkin kedengaran mudah, tetapi ada kalanya majikan menyerahkan maklumat mereka lebih lambat daripada masa yang ditentukan. Akibatnya, Ellen harus bekerja lebih masa supaya para pekerja menerima gaji tepat pada masa. Dia melakukan ini disebabkan pertimbangan terhadap ahli keluarga yang bergantung pada wang tersebut untuk membeli barang harian, membeli ubat dan membayar pinjaman perumahan.

Selamat Tinggal dan Helo 

Semasa abang saya, David tiba-tiba meninggal kerana kegagalan jantung, perspektif saya tentang kehidupan berubah secara mendadak. David ialah anak keempat antara 7 adik-beradik dalam keluarga saya tetapi dia yang pertama meninggalkan kami. Kematiannya membuat saya banyak berfikir. Jelas bahawa apabila usia kita semakin meningkat, keluarga kami akan mengalami lebih banyak kehilangan orang tersayang pada masa depan. Ungkapan “selamat tinggal” akan diucapkan sebanyak sapaan “helo.” 

Perlindungan Ikan Paus

Seorang ahli biologi marin sedang berenang berhampiran Kepulauan Cook di Lautan Pasifik Selatan. Tiba-tiba seekor ikan paus bonggol seberat lebih kurang 23,000 kg muncul dan menyelipkan wanita itu di bawah siripnya. Wanita itu menyangka hidupnya nyawa-nyawa ikan. Tetapi setelah berenang dengan perlahan-lahan dalam bulatan, ikan paus itu melepaskannya. Ketika itulah dia melihat seekor jerung harimau sedang meninggalkan kawasan tersebut. Dia percaya bahawa ikan paus itu telah melindunginya daripada bahaya. 

Hari Dorongan 

Pasukan tindak balas kecemasan menunjukkan dedikasi dan keberanian setiap hari dengan berada di barisan depan ketika tercetusnya bencana. Dalam serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di Bandaraya New York pada tahun 2001, ribuan orang terbunuh atau cedera, malah lebih daripada 400 pekerja kecemasan turut kehilangan nyawa. Sebagai penghormatan kepada mereka, Senat Amerika Syarikat mengisytiharkan 12 September sebagai Hari Dorongan Kebangsaan. 

Api di Padang Pasir

Semasa menunggang kuda di Gurun Chihuahuan pada lewat 1800-an, Jim White, seorang koboi muda ternampak kepulan asap yang aneh naik ke langit. Dia menyangka mungkin berlaku kebakaran liar, lalu bergegas menuju ke tempat sumber api itu. Rupanya “asap” itu ialah kawanan kelawar besar yang terbang keluar dari lubang tanah. White telah menemukan Gua Carlsbad di New Mexico, iaitu gua yang sangat besar dan menakjubkan. 

Pembawa Imej Tuhan

Pengarah koir Arianne Abela, sentiasa duduk di atas tangannya untuk menyembunyikan tangannya sejak kecil. Dia dilahirkan tanpa jari atau jarinya melekat bersama di kedua-dua tangannya. Dia juga tidak mempunyai kaki kiri dan kehilangan jari kaki di kaki kanannya. Sebagai peminat muzik dan penyanyi soprano lirik, dia merancang untuk mengambil jurusan kerajaan di Kolej Smith. Tetapi suatu hari guru koir memintanya menjadi konduktor koir, ini membuatkan tangannya dilihat orang lain. Sejak itu dia menemukan kerjayanya. Kini dia mengetuai beberapa koir gereja dan berkhidmat sebagai pengarah koir di universiti lain. “Guru saya melihat potensi dalam diri saya,” jelas Abela.

Dicetak di Hati Kita 

Ketika Johannes Gutenberg menggabungkan mesin cetak dengan pencetakan taip cerai (kepingan-kepingan taip logam yang mudah alih) pada tahun 1450, dia membawa masuk era komunikasi massa di dunia Barat dan menyebarkan pembelajaran ke alam sosial baru. Kebolehan membaca dan menulis yang semakin meningkat di seluruh dunia dan idea-idea baru telah menghasilkan transformasi pesat dari segi sosial dan agama. Gutenberg menghasilkan versi cetakan Alkitab yang pertama. Sebelum ini, Alkitab disalin oleh jurutulis dengan tangan secara teliti sehingga mengambil masa setahun untuk menghasilkannya.

Mengasihi Orang Lain dengan Doa

“Adakah orang masih mendoakan saya?”  

Sekarang dan Seterusnya 

Baru-baru ini, saya menghadiri upacara penamatan sekolah menengah. Penceramah hari itu mencabar orang muda yang sedang menunggu sijil mereka. Dia mengatakan bahawa ini adalah masa dalam hidup mereka ketika semua orang akan mengajukan soalan seperti “Apakah seterusnya?” Apakah kerjaya yang akan diceburi mereka? Adakah mereka akan sambung belajar atau bekerja? Kemudian dia mengemukakan soalan yang lebih penting: Apakah yang dilakukan mereka sekarang?