Diciptakan untuk Berhubung
Terdapat industri “sewa-sebuah-keluarga” yang semakin meningkat di kebanyakan negara untuk memenuhi keperluan mereka yang kesunyian. Sesetengah orang menggunakan perkhidmatan ini untuk mengekalkan penampilan mereka, supaya ketika menghadiri sebuah majlis sosial, mereka kelihatan seperti keluarga yang bahagia. Sesetengah pula mengupah pelakon untuk mengajuk saudara-mara yang berhubungan renggang, agar mereka dapat merasakan hubungan kekeluargaan yang diinginkan mereka biarpun untuk seketika.
Kisah Sedih
Dengan sedihnya, kejahatan yang lama disembunyikan—penganiayaan seks yang dilakukan oleh lelaki yang berkuasa ke atas ramai wanita—telah didedahkan. Sewaktu saya membaca tajuk-tajuk utama berita, hati saya berasa kecewa apabila saya mendengar tuduhan penganiayaan oleh dua orang lelaki yang saya kagumi telah terbukti benar. Jemaah Kristian juga tidak dikecualikan daripada menghadapi isu-isu ini.
Poket Lincoln
Pada malam Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln ditembak di Teater Ford pada tahun 1865, poketnya mengandungi benda-benda berikut: dua pasang cermin mata, penggilap lensa, pisau lipat, jam rantai, sapu tangan, dompet kulit yang mengandungi 5 Dolar Negeri-negeri Gabungan Amerika, dan 8 keratan akhbar, antaranya keratan akhbar yang memuji dia dan beberapa polisi kerajaannya..
Ilusi Pengawalan
Hasil kajian Ellen Langer pada tahun 1975 yang bertajuk The Illusion of Control (Ilusi Pengawalan) telah membuat penelitian tentang tahap pengaruh kita terhadap peristiwa dalam kehidupan. Dia mendapati bahawa kita membuat penilaian yang berlebihan tentang tahap pengawalan kita dalam kebanyakan situasi. Kajian itu juga menunjukkan bagaimana realiti selalu hampir menghancurkan ilusi kita.
Yesus yang Menjadi Manusia
Anak saya, Geoff mengambil bahagian dalam “simulasi tiada tempat tinggal baru-baru ini.” Dia menghabiskan masa selama tiga hari dan dua malam untuk merayau-rayau dan tidur di jalan-jalan di bawah suhu beku. Tanpa makanan, wang, atau tempat perlindungan, dia bergantung pada kebaikan orang yang tidak dikenali untuk keperluan asasnya. Pada salah satu hari itu, satu-satunya makanan yang dimilikinya ialah sandwic, dibelanjakan oleh seorang lelaki setelah dia mendengar Geoff meminta roti basi di sebuah restoran makanan segera.
Meraikan Kreativiti Tuhan
Tatkala muzik memenuhi auditorium gereja, Lance Brown, iaitu seorang pelukis buta warna menaiki pentas. Dia berdiri di hadapan kanvas besar berwarna putih. Belakangnya menghadap jemaah dan dia mencelupkan berusnya ke dalam cat hitam. Dengan sapuan yang halus, dia menyelesaikan sebuah lukisan mengenai kayu salib. Coretan demi coretan dengan berus dan tangannya, dia menceritakan penyaliban dan kebangkitan Kristus dengan gambar visual. Dia menutup tompok besar kanvas dengan cat hitam serta menambahkan warna biru dan putih untuk menyiapkan lukisan abstrak dalam masa kurang daripada 6 minit. Dia mengambil kanvas itu, lalu menterbalikkannya, dan mendedahkan imej tersembunyi—wajah Yesus yang penuh belas kasihan.
“Meskipun”
Pada tahun 2017, selepas bencana Taufan Harvey tercetus di Amerika Syarikat, kami sekumpulan terdorong untuk pergi ke Houston. Matlamat kami adalah memberi dorongan kepada mereka yang terjejas/terkesan oleh ribut. Dalam proses itu, iman kami turut dicabar dan dikuatkan ketika kami berdiri bersama dengan mereka di bangunan gereja dan rumah yang terjejas oleh bencana.
Kuasa Dorongan
Apabila dia masih kecil, Benjamin West cuba melukis gambar adik perempuannya, tetapi lukisan tersebut tidak menyerupai rupa adiknya. Setelah ibunya melihat hasil karyanya, dia menciumnya di dahi dan berkata, “Inilah Sally!” Dia kemudian berkata bahawa ciuman itulah yang mendorong dia menjadi seorang pelukis, malah seterusnya menjadi seorang pelukis Amerika yang terkenal. Dorongan itu sangat berkuasa!
Kasih yang Bertahan
Apabila kami pertama kali melihat anak sungai di belakang rumah kami, ini hanyalah air yang mengalir melalui batu-batan pada musim panas. Papan-papan kayu yang berat menjadi jambatan yang memudahkan kami menyeberanginya. Beberapa bulan kemudian, hujan lebat telah turun selama beberapa hari secara berturut-turut. Sungai kecil kami membanjiri masuk ke dalam sungai yang mengalir deras sedalam 1 meter dan 3 meter lebarnya. Daya aliran air tersebut telah menghanyutkan jambatan itu sejauh beberapa meter dari tempat asalnya.