Category  |  Pedoman Harian

Hati Kristus

Seorang wartawan Australia yang telah berada di penjara Mesir selama 400 hari menyatakan emosi yang bercampur baur ketika dia dibebaskan. Sewaktu meluahkan perasaan leganya, dia berkata bahawa dia menerima pembebasannya dengan hati yang amat mengambil berat terhadap rakan-rakan yang ditinggalkannya. Dia berkata bahawa dia amat sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan pemberitanya yang lain. Mereka telah ditahan dan dipenjarakan bersama dengan dia—tanpa mengetahui tempoh penahanan yang masih akan dilalui mereka.

Tersedia Bagi Semua

Dalam budaya obsesi terhadap selebriti pada hari ini, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila para usahawan memasarkan “selebriti sebagai produk … yang membenarkan mereka menjual masa dan perhatian peribadi selebriti.” Artikel Vauhini Vara dalam surat khabar The New Yorker menuliskan bahawa dengan membayar $15,000 (sekitar RM67,500), anda boleh mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan penyanyi Shakira, sementara $12,000 (sekitar RM54,000) akan membenarkan anda makan tengah hari dengan chef selebriti Michael Chiarello di estet peribadinya, bersama dengan sebelas orang tetamu lain.

Hidup Yang Berlimpah-limpah

Semasa saya singgah untuk melawat keluarga kakak saya, anak-anak buah saya sangat beria-ia untuk menunjukkan kepada saya sistem kerja harian mereka yang baru, iaitu sebuah set papan Choropoly. Setiap papan elektronik yang berwarna-warni akan mengawasi kerja harian mereka. Jika sesuatu kerja itu dilakukan dengan baik, maka ini bermakna bahawa budak-budak itu boleh menekan butang hijau, yang mana boleh menambah mata kepada akaun “perbelanjaan” mereka. Kesalahan seperti membiarkan pintu belakang rumah terbuka akan dikenakan hukuman iaitu beberapa mata akan ditolak. Oleh sebab mata tertinggi akan diberi ganjaran menarik seperti waktu bermain komputer—manakala kesalahan akan dikenakan penolakan mata keseluruhan—maka anak-anak buah saya sekarang sangat dimotivasikan untuk melakukan tugas mereka dan memastikan agar pintu belakang terus dalam keadaan tertutup!

Mencerminkan Kasih Tuhan

Saya telah berpeluang untuk tinggal bersama dengan ibu saya serta menjadi penjaganya ketika dia menjalani rawatan di pusat rawatan kanser. Walaupun berada dalam keadaan yang amat sukar, ibu saya tetap membaca Alkitab dan berdoa bagi orang lain sebelum bangun dari katil.

Menunjukkan Rahmat Tuhan

Kejuaraan Golf Masters Amerika Syarikat telah bermula pada tahun 1934, dan sejak itu hanya ada tiga pemain yang berjaya memenanginya selama dua tahun berturut-turut. Pada 10 April 2016, nampaknya Jordan Spieth yang baru berusia 22 tahun akan menjadi pemain keempat yang akan memenangi kejuaraan tersebut untuk dua tahun berturut-turut. Tetapi ketika permainan berbaki sembilan lubang, prestasinya merosot dan akhirnya dia menduduki tangga kedua. Walaupun dia menghadapi kekalahan yang mengecewakan itu, Spieth menunjukkan baik budi kepada Danny Willett, iaitu juara hari itu dengan memberikan ucapan tahniah atas kemenangannya dan kelahiran anak pertamanya, sesuatu yang “lebih berharga daripada kejuaraan dalam golf.”

Latihan Hidup

Latihan saya untuk lumba jarak jauh berjalan dengan teruk, dan rekod larian terbaru saya amat mengecewakan. Kebanyakan masa saya berjalan selama separuh daripada masa yang diambil, bahkan terpaksa duduk seketika untuk berehat. Rasanya saya telah gagal dalam ujian kecil ini.

Sejahtera dan Percaya

Ketika saya berumur enam tahun, saya telah menaiki roller coaster buat pertama kalinya bersama dengan abang-abang saya. Semasa roller coaster itu bergerak pada kelajuan yang tinggi, saya mulai berteriak: “Hentikan benda ini sekarang juga! Saya mahu turun!” Roller coaster itu sudah pastinya tidak akan berhenti, dan saya terpaksa bertahan, berpegangan sekuat mungkin pada pegangan tangan sampai akhir.

Pengakuan Profesor

Oleh sebab bimbang akan kebiasaan buruk pelajarnya dalam penulisan, penulis terkenal dan profesor universiti, David Foster Wallace mempertimbangkan bagaimana dia boleh mempertingkatkan kemahiran mereka. Itulah masanya dia terfikir akan satu soalan yang mengejutkan. Profesor tersebut terpaksa bertanya kepada dirinya sendiri mengapa seseorang pelajar harus mendengarkan seseorang yang memiliki sikap “bangga diri, berfikiran sempit, menganggap diri sendiri betul, dan meninggikan diri” seperti dirinya. Dia menyedari bahawa dia mempunyai masalah keangkuhan.

Harapan Nozomi

Pada tahun 2011, satu gempa bumi yang bermagnitud 9 dan disusuli dengan tsunami telah meragut hampir 19,000 nyawa dan memusnahkan 230,000 buah rumah di kawasan Timur Laut Tokyo. Akibat daripada bencana itu, Projek Nozomi, yang namanya diambil sempena dengan perkataan “harapan” dalam bahasa Jepun telah ditubuhkan untuk merujuk kepada Tuhan yang menyediakan nafkah, komuniti, maruah dan harapan.